Mohamad Shukri Mohamad
Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad ialah seorang agamawan di Malaysia. Beliau kini merupakan Mufti Kelantan yang dilantik sejak 1 Januari 2008.[1]
Sahibus Samahah Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad SPSK, DPSK (Kelantan) | |
---|---|
Mufti Kelantan | |
Menyandang jawatan 1 Januari 2008 | |
Timbalan | Nik Abdul Kadir Nik Mohamad (2011–kini) Che Mohd Rahim Jusoh (2008–2010) |
Didahului oleh | Hasbullah Mohd Hassan |
Timbalan Mufti Kelantan | |
Dalam jawatan 15 April 1991 – 31 Disember 2007 | |
Didahului oleh | Hasbullah Mohd Hassan |
Digantikan oleh | Che Mohd Rahim Jusoh |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kota Bharu, Kelantan | 17 September 1945
Kediaman | Lot 2241, Jalan Dato’ Lundang, Kampung Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan |
Pendidikan | Maahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Universiti Al-Azhar, Mesir |
Pekerjaan | Guru Mufti Ulama |
Kerjaya
suntingBeliau pernah menjadi guru pendidikan Islam di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor dan SMK Agama Falahiah, Tumpat, Kelantan. Beliau juga pernah menjadi pegawai agama di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1989. Pada 1990, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Mufti Negeri Kelantan sebelum dilantik secara rasmi pada 15 April 1991.
Sumbangan
sunting1) Undangan selaku Pembentang Kertas Kerja Seminar Fatwa dalam Kesejahteraan Ummah.
2) Jemputan Ceramah Khas & Pembentangan Kertas Kerja dalam Seminar Jaringan Fatwa di Thailand Kali – 1.
Bertajuk: "Pengurusan Fatwa antara Kepentingan dan Masa Depan: Satu Pengalaman di Kelantan”.
3) Jemputan Ke Persidangan Organisasi Fatwa Sedunia Anjuran Darul Ifta’ Kaherah, Mesir.
Aktiviti sosial
suntingi) Penceramah di Radio Kelantan FM.
ii) Tenaga Pengajar & Pengkuliah di Masjid-Masjid.
iii) Penyampai Khutbah Jumaat & Hari Raya.
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Kelantan
- Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K) - Dato' (1991)
- Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi I) (S.P.S.K) - Dato' (2009)
- Gelaran Kebesaran Negeri Dato' Bergelar - Dato' Kaya Perba (2022)