Maahad Muhammadi Lelaki

Maahad Muhammadi Lelaki (MML) ialah sebuah sekolah menengah agama arab terkemuka di Kelantan yang terletak di jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan sebahagian daripada Maahad Muhammadi. Sekolah ini kini berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang berpusat di Nilam Puri. Sekolah ini menjalankan pendidikan multisistem atau lebih senang dikenali dengan istilah serampang dua mata dan mempunyai misi penting dalam menghasilkan intelektual berilmu agama di samping ilmu akademik yang membolehkan para pelajar berjaya di dunia dan akhirat.

Maahad Muhammadi Lelaki
المعهد المحمدي للبنين
Lokasi
Maahad Muhammadi Lelaki المعهد المحمدي للبنين yang terletak di Malaysia
Maahad Muhammadi Lelaki المعهد المحمدي للبنين
Maahad Muhammadi Lelaki
المعهد المحمدي للبنين
Lokasi di Malaysia
Kota Bharu, Kelantan
Malaysia
Koordinat6°07′54″N 102°15′27″E / 6.131754°N 102.257491°E / 6.131754; 102.257491
Maklumat
JenisSekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan negeri
Ditubuhkan1 April 1937; 87 tahun yang lalu (1937-04-01)
SesiSatu
Kod sekolahDXT 1018
PengetuaShamirul Shamsuddin(sardini Mohammad)
Warna    

              

Merah, hijau, kuning & merah jambu
Buku tahunanAl-Hikmah
Laman sesawang
Map

Sejarah MML

sunting

Nama Maahad Muhammadi memang tidak dapat dipisahkan lagi daripada sejarah pendidikan dan penyebaran keilmuan di Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantar Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri ini. Ianya telah mengeluarkan ribuan ulama', cendikiawan, negarawan, usahawan, teknokrat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya. 1 April 1937 merupakan tarikh keramat bagi warga Maahad Muhammadi kerana tarikh tersebut merupakan tarikh penubuhan Maahad Muhammadi. Maahad Muhammadi ditubuhkan pada hari Khamis bersamaan 20 Muharram 1356 dengan ampuni perkenan dan titah Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim

Falsafah, visi dan misi MML

sunting

Falsafah MML

sunting

Maahad Muhammadi Lelaki merupakan sebuah sekolah agama (arab) Kerajaan Negeri Kelantan yang terbesar. Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian dan kualiti pelajar dalam menyediakan pelapis kepimpinan negara hari ini. Berbagai usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti Maahad Muhammadi Lelaki, antaranya menjadikan Maahad Muhammadi Lelaki sebagai sebuah sekolah An-Namuzaji. Berdasarkan pencapaian dan kebolehan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, memang wajar Maahad Muhammadi Lelaki diletakkan sebagai sekolah An-Namuzaji. Oleh itu, bagi meralisasikan harapan ini kerjasama dari semua pihak adalah perlu termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan pihak kerajaan sendiri harus memberikan perhatian dan sokongan yang padu kepada Maahad Muhammadi Lelaki.

Visi MML

sunting

Merealisasikan Falsafah & Matlamat Pendidikan YIK.

Misi MML

sunting

Maahad Muhammadi Lelaki beriltizam untuk menjadi sebuah model institusi ilmu (mithali) terulung yang membangunkan sektor pendidikan sepadu dan menawarkannya untuk menggerak seluruh potensi pelajarnya bagi melahirkan generasi rabbani melalui program pendidikan terancang berteraskan Islam dan tradisi ilmunya.

Badan Utama di MML

sunting
  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Badan Asrama MML (BAMML)
  • Badan Pengawas (BP)
  • Badan Latihan & Kepemimpinan Islam (BALKIS)
  • Badan Kaunseling & Kerjaya

Cawangan

sunting

Syarat kemasukan

sunting

Syarat kemasukan bagi tingkatan 1

sunting

Sekolah-sekolah Kawalan Kerajaan Kelantan

sunting
  • Maahad Muhammadi Lelaki (MML)
  • Maahad Muhammadi Perempuan (MMP)
  • Maahad Tahfiz Sains (MTS)
  • Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTQ)
  • Maahad Sains Tok Guru

Syarat permohonan

sunting
  • Murid-murid tahun 6 SK/SRK/SRJK/SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 1999 (usia 13 tahun) adalah layak untuk memohon masuk ke Sekolah Kawalan Yayasan Islam Kelantan.
  • Keputusan UPSR 5A.
  • Keputusan UPKK 8A.
  • Permohonan boleh dibuat di Maahad Kawalan berkenaan.
  • Borang permohonan boleh didapati di Laman Sesawang YIK & Maahad berkenaan seawal bulan Oktober.
  • Borang dihantar terus ke sekolah yang dimohon.

Ujian kemasukan

sunting
  • Ujian lisan (membaca) yang ditetapkan oleh pihak Maahad.
  • Ujian bertulis
  • Pemohon dikehendaki membawa slip asal keputusan UPSR.

Perkara yang diuji

sunting
  • Ujian membaca
    • Al-Quran - 60 markah
    • Jawi - 40 markah
  • Ujian bertulis
    • Jawi dan Asas Pengetahuan Agama Islam - 100 markah
    • Matematik & Sains (sekolah kawalan sahaja)
  • Ujian hafazan
    • Hafazan Al-Quran - 100 markah (MTS & MTQ sahaja)

Makluman Penting

sunting
  • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepejabat Maahad berkenaan beserta salinan keputusan peperiksaan UPSR & UPKK yang telah disahkan.
  • Sewaktu menyerahkan borang permohonan,sila bawa bersama slip asal keputusan peperiksaan UPSR & UPKK untuk disemak oleh petugas bahagian penerimaan borang permohonan.

Pautan luar

sunting