Mochi
Mochi adalah makanan proses Jepun yang dibuat daripada beras pulut yang ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudiannya dibentuk menjadi bulat. Di Jepun, mochi sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan Tahun Baru Jepun. Namun, jenis mochi ini sentiasa dijual dan dapat diperoleh di kedai-kedai mochi sepanjang tahun.[1][2]
Mochi | |
---|---|
![]() Marumochi (丸餅) atau mochi bulat | |
Nama alternatif | Bahasa Cina: 麻糬 ; Bahasa Jepun: 餅 |
Jenis | Glutinous rice cake, Japanese rice dish, wagashi ![]() |
Tempat asal | ![]() |
Bahan utama | Beras |
Bahan yang biasa digunakan | Pulut ![]() |
Cara penyediaan | Mochi production ![]() |
165 kcal (691 kJ) | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
![Mochi segi empat, mochi potong](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/ff/Mochi_002.jpg/220px-Mochi_002.jpg)
![mochi rata](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Noshimochi.kirimochi.kakumochi.jpg/220px-Noshimochi.kirimochi.kakumochi.jpg)
Jenis mochi
suntingMochi mempunyai dua jenis, iaitu tsuki-mochi dan neri-mochi. Tsukimochi merupakan mochi yang dibuat daripada pulut yang dikukus dan ditumbuk dengan tukul kayu. Nerimochi pula dibuat daripada bijirin yang diuli dengan tangan. Di Jepun selain Okinawa, secara am mochi dikenali sebagai tsukimochi.
Mochi dimakan dalam pelbagai cara. Selain perbezaan bentuk dan saiz mochi, ada juga kepelbagaian dalam makanan atau perasa yang dimakan bersama mochi. Mochi digunakan bukan sahaja dalam masakan mochi atau masakan tradisional seperti zoni, namun ia juga digunakan dalam masakan Barat atau pencuci mulut.
Jenis tsukimochi
suntingmarumochi
suntingMochi yang dibentuk bulat.
noshimochi, kakumochi (kirimochi)
suntingMochi yang dibentuk seperti papan dengan memanjangkan mochi kepada ketebalan 1.5 cm. Kakumochi merupakan mochi yang dipotong. Ia juga dipanggil kirimochi.
namakomochi
suntingMochi yang dibentuk bujur seperti gamat. Ia dimakan dengan dipotong mengikut ketebalan yang dikehendaki dan kemudian dipanggang atau digoreng. Di barat Jepun ia dipanggil nekomochi (ねこもち) juga di mana neko bermaksud kucing.
akafukumochi, gofukumochi, kawabemochi, ankoromochi, botamochi
suntingMochi yang dibungkus dengan anko (pes kacang merah).
anmochi, daifuku
suntingMochi yang intinya anko.
isobemochi
suntingKirimochi dipanggang, dicelup dalam kicap dan dibungkus dengan rumpai laut semasa ia panas.
kinakomochi
suntingMochi yang ditaburkan dengan kinako (tepung soya) ke atas mochi yang dibakar, direneh atau dikukus.
kusamochi
suntingMochi yang ditumbuk dengan daun yomogi. Kadang-kadang ada anko di dalamnya.
mamemochi
suntingMochi yang mempunyai kacang hitam.
zundamochi
suntingMochi yang dibuat dengan menghancurkan kacang edamame yang telah direbus dan mencampurkannya ke dalam mochi.
Jenis nerimochi
suntingsakuramochi
suntingPulut dikukus, dikeringkan, ditumbuk ringan dan kemudian anko dimasukkan ke dalamnya. Selepas itu ia dibungkus dengan daun bunga sakura.
shingenmochi
suntingKinako dan gula ditaburkan ke atas mochi nipis.
Jenis mochi yang lain
suntingdango
suntingMochi yang kecil dicucuk pada lidi. Ia dimakan bersama anko. Selain cara makan ini, ada banyak jenis cara makan. Mitarashidango ialah dango yang mentah atau dipanggang dan disalut dengan sos masin-manis yang diperbuat daripada kicap, gula, dan kanji kentang. Isobedango ialah dango yang dipanggang dengan kicap dan dibalut dengan rumpai laut.
kashiwamochi
suntingMochi yang dibalut dengan daun oak. Intinya anko atau pes miso.
Galeri
sunting-
Menumbuk mochi dalam usu (lesung)
-
Pembuatan mochi secara moden
Rujukan
sunting- ^ "What is Mochi?" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-05.
- ^ [1], (id) Mochi (dipun-akses tanggal 09 Januari 2013).
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.