Mi bandung
Mi bandung (مي باندوڠ) ialah masakan tradisional terkenal di Malaysia yang berasal daripada Muar, Johor.[1][2][3]
Mi bandung | |
---|---|
Nama alternatif | Mi Bandung Muar |
Jenis | Mi |
Tempat asal | Malaysia |
Kawasan/rantau | Johor |
Dicipta oleh | Muar |
sunting · sunting di Wikidata |
Etimologi
suntingPerkataan 'bandung' di sini bererti 'berganda', 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu berganding atau bercampuran dengan sesuatu yang lain.[4] Umpamanya seperti 'sirap bandung' untuk minuman susu digandingkan dengan sirap berperisa ros ataupun 'rumah berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D).[5] Manakala, daerah Muar diketahui dan dikenali ramai sebagai tempat asalnya mi bandung.[2][6][7][8]
Sejarah
suntingMi bandung pada asalnya adalah masakan gandingan mi kuning dan telur ditambah dengan kuah pekat yang dibuat daripada ramuan campuran cili, tumisan bawang bersama rempah ratus, belacan dan udang kering.[9] Ia kemudiannya ditambah baik dengan bahan-bahan seperti udang, daging, kek ikan dan sayuran.[3][10] Sajian versi khas ("spesial") telah dihasilkan mengikut peredaran masa dengan penambahan bahan seperti udang galah, udang karang ("lobster") atau tulang kaki lembu yang dikenali juga sebagai "gear box".[3][11]
Ia juga lebih lazim dikenali sebagai 'mi bandung Muar' yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia juga termasuk negara jiran Singapura,[12][13] namun masih diakui dan diketahui umum bahawa mi bandung asli Muar adalah yang terbaik dan terpilih untuk dijamah.[2][3][14][15][16] Ia juga dikatakan kegemaran Sultan Johor, Sultan Ibrahim, mantan Presiden Singapura, S R Nathan dan juga jurumasak selebriti antarabangsa serta usahawan restoran, Chef Wan.[17]
Mi bandung tidak seharusnya dikelirukan dan disalah anggap berasal atau berkaitan dengan Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya tiada hubungan langsung meskipun namanya digelar sedemikian.[5][18]
Galeri
sunting-
Mee Bandung House di Kuala Lumpur.
-
Semangkuk mi bandung.
Rujukan
sunting- ^ "Muar Mee Bandung". We Love Muar. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ a b c "Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Wah San Kopitiam". Vkeong.com - Malaysian Food & Travel Blog. 26 November 2012. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ a b c d Azalea. "Mee Bandung Muar: A Homemade Recipe: How To Make Mee Bandung Muar: History of Mee Bandung Muar". LokaTaste (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Online Keyword Search: Bandung", Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017, dicapai pada 6 April 2021
- ^ a b Di Malaysia : Bandung Mempunyai Arti Berbeda (dalam bahasa Indonesia), Jakarta Indonesia: Mahfudz Tejani: Memaparkan Apa Yang Patut Di Paparkan, 5 July 2014, dicapai pada 6 April 2021
- ^ Dania Zainuddin (17 Oktober 2016). "'More Pages From My Past' papar kisah kehidupan membesar era 50an dan 60an". Astro Awani. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Terus Diwarisi". Mi Bandung Abu Bakar Hanipah Muar. 27 September 2015. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Mee Bandung". Mee Bandung Hjh Milah Muar. Dicapai pada 13 April 2021.
- ^ "Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah @ Muar, Johor" (dalam bahasa Inggeris). Eatophilia.com. 27 February 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (4 August 2011). "MEE BANDUNG MUAR". Anim Agro Technology. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Nurul Hani. "5 Restoran Mi Bandung Asli dan Terbaik di Johor". Saji.My. Dicapai pada 15 April 2021.
- ^ "Pelancong/Makanan dan Hidangan/Mi bandung", Portal Rasmi Kerajaan Johor Darul Takzim, Johor, Malaysia: Kerajaan Negeri Johor, 5 March 2009, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-15, dicapai pada 5 April 2010
- ^ Mee Bandung Muar (Malaysian Bandung Noodles), What To Cook Today, dicapai pada 13 April 2021
- ^ Beh Heng Jian (4 November 2018). "Best Mee Bandung in PJ". Food Advisor. Dicapai pada 15 November 2018.
- ^ Murano 3.5L X-CVT crossover mewah Nissan, Oleh JOHARDY IBRAHIM, 17/04/2010, Utusan Malaysia.
- ^ Johor Cuisine/Food
- ^ Shaiffulazhar Misri (23 January 2013). "Memang Umph! Mee Bandung Muar". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2018 – melalui Berita Muar Dan Ledang.
- ^ Nurul Hidayati (2007-06-04), Mee Bandung di Kuala Lumpur, Jakarta Indonesia: DetikNews, diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-21, dicapai pada 2010-04-05
Pautan luar
sunting- Mee Bandung Muar: A Homemade Recipe: How To Make Mee Bandung Muar: History of Mee Bandung Muar - dalam bahasa Inggeris
- Resipi Mi Bandung Diarkibkan 2014-11-02 di Wayback Machine