Boson adalah zarah-zarah yang menuruti statistik Bose-Einstein. Zarah-zarah ini cenderung untuk berada di dalam keadaan (yakni bernombor kuantum) yang sama, terutama pada suhu rendah. Ia merupakan salah satu kelas zarah asas selain fermion yang bersifat bertentangan.[1] Boson mempunyai (nombor kuantum) spin yang bernilai integer.

Nama "boson" dibentuk oleh Paul Dirac[2] memperingati sumbangan Satyendra Nath Bose,[3][4] seorang ahli fizik dan profesor di Universiti Dhaka yang membantu membangunkan statistik Bose-Einstein (bersama Albert Einstein) yang menteorikan ciri-ciri zarah asas.[5] Nama keluarga Bose atau lebih tepat dalam bahasa Benggali বসু Bosu serapan Sanskrit वसु vasu "kekayaan".[6]

Boson boleh bersifat asas (seperti foton) ataupun zarah komposit (seperti meson).

Terdapat lima jenis boson asas yang didapati mengikut Model Piawai Fizik Zarah (Standard Model of Particle Physics):

H0   boson Higgs
γ   Foton
g   Gluon (lapan jenis berbeza)
Z   Boson lemah neutral
  Boson lemah bercas (dua jenis)

Rujukan

sunting
  1. ^ Carroll, Sean (2007). Dark Matter, Dark Energy: The Dark Side of the Universe, Guidebook Part 2. The Teaching Company. m/s. 43. ISBN 1598033506. ...boson: A force-carrying particle, as opposed to a matter particle (fermion). Bosons can be piled on top of each other without limit. Examples include photons, gluons, gravitons, weak bosons, and the Higgs boson. The spin of a boson is always an integer, such as 0, 1, 2, and so on...
  2. ^ Nota syarahan Dirac Developments in Atomic Theory di Le Palais de la Découverte, 6 Disember 1945, UKNATARCHI Dirac Papers BW83/2/257889. See note 64 to p. 331 in "The Strangest Man" by Graham Farmelo
  3. ^ Daigle, Katy (10 Julai 2012). "India: Enough about Higgs, let's discuss the boson". AP News. Dicapai pada 10 Julai 2012.
  4. ^ Bal, Hartosh Singh (19 September 2012). "The Bose in the Boson". New York Times blog. Dicapai pada 21 September 2012.
  5. ^ "Higgs boson: The poetry of subatomic particles". BBC News. 4 Julai 2012. Dicapai pada 6 Julai 2012.
  6. ^ Biswas, Sailendra (2000). "বসু basu". Samsad Bengali-English dictionary. Calcutta: Sahitya Samsad. m/s. 730 – melalui Digital Dictionaries of South Asia kelolaan University of Madras.