Belinjau
Belinjau, belinjo, belingar, melinjau, melinjo, meninjau, maninjau, songkok atau sokak (nama botani: Gnetum gnemon)[3] ialah spesies tumbuhan dalam genus Gnetum. Ia tumbuh asli dalam kawasan dari Assam selatan dan timur di India merentasi Semenanjung Melayu, Kepulauan Melayu dan Filipina dari Asia Tenggara ke Fiji dan pulau-pulau Pasifik barat.[4][5] Belinjau tergolong dalam kumpulan pokok spesies gimnosperma yang hidup sejak zaman purba dan tidak mengeluarkan bunga untuk membiak.[5]:2-3
Belinjau | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Gimnosperma |
Divisi: | Gnetophyta |
Order: | Gnetales |
Keluarga: | Gnetaceae |
Genus: | Gnetum |
Spesies: | G. gnemon
|
Nama binomial | |
Gnetum gnemon | |
Sinonim[2] | |
Gnetum domesticum Reinw. ex E.A.Duchesne |
Peristilahan
suntingNama belinjau (Jawi: بلينجاو ) digunakan di Kedah, belinjo digunakan di Jawa Timur.[6][5]:1
Nama meninjau dan maninjau (Jawi: منينجاو ) digunakan di Semenanjung Melayu, nama melinjau (Jawi: ملينجاو ) dan melinjo (Jawi: ملينجو ) digunakan di Singapura.[5]:1[4]:340 Nama meninjon (Jawi: منينجون ) digunakan di Palembang.[6]
Botani
suntingPokok belinjau tumbuh sehingga 22 meter. Kulit kayunya berwarna kelabu. Sehelai daun berbentuk bujur dengan ukuran 7.5-20 sentimeter panjang dan 2.5-10 sm lebar, permukaannya licin.[7][5]
Walaupun pokok belinjau tidak berbunga, ia masih menumbuhkan organ pembiakan jantan dan betina yang menghasilkan spora pada tangkai-tangkai tunggal 3–6 sm panjang.[7][4] Organ betina yang disenyawakan menjadi sebiji buah berkulit nipis dengan benih besar seperti kekeras yang berukuran 2–4 sm panjang, buah belinjau bertukar warna menjadi jingga, ungu atau merah jambu apabila masak.[7]
Kegunaan
suntingBelinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi emping atau ditumbuk dan dijadikan emping belinjau.
Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masalah gout.
Khasiat
suntingPucuk dan buah muda belinjau mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Dalam setiap 100 gram (g), bahagian yang boleh dimakan mengandungi: Air 75.1 (miligram) mg, protein 6.6 g, lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1 g, serat 6.8 g, kalsium 151 mg, fosforus 224 mg, ferum 2.5 mg, vitamin A 10889 I.U. Niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.
Rujukan
sunting- ^ Baloch, E. (2011). "Gnetum gnemon". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T194943A8924190. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T194943A8924190.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ "Gnetum gnemon L." Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 13 Jun 2023.
- ^ "Gnetum gnemon". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c Markgraf, F. (1948). "Gnetaceae". Flora Malesiana. 4 (1): 336–347 – melalui Naturalis Institutional Repository.
- ^ a b c d e Manner, Harley I.; Elevitch, Craig R. (2006). "Gnetum gnemon (gnetum)" (PDF). Dalam Elevitch, Craig R. (penyunting). Traditional Trees of Pacific Islands: Their Culture, Environment, and Use. Permanent Agriculture Resources. ISBN 0970254458.
- ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "bĕlinjau". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 110–111 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b c Earle, Christopher J., penyunting (1997). "Gnetum gnemon". The Gymnosperm Database. Dicapai pada 14 Jun 2023.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Belinjau. |
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura