Biji terbuka

(Dilencongkan daripada Gimnosperma)

Tumbuhan biji terbuka atau gimnosperma (daripada Yunani: gymnos, "telanjang" dan sperma, "biji"ialah kelompok tumbuhan berbiji yang bijinya tidak terlindung dalam bakal buah (ovarium). Bagi tumbuhan berbunga (angiosperma, atau magnoliofita), biji atau bakal bijinya selalu terlindungi penuh oleh bakal buah sehingga tidak terlihat dari luar. Bagi Gymnosperma pula, bijinya terekspos langsung atau terletak di antara daun-daun penyusun strobilus atau runjung. Pokok belinjau misalnya, pentilnya (iaitu bijinya) sejak dari kroto hingga masak dapat dilihat, sementara pada tusam biji terletak pada runjungnya.

Gimnosperma
Julat zaman: CarboniferousPresent
Bermacam jenis gimnosperma.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Gimnosperma
Divisi

Wujud: Pinofita (atau Koniferofita) – konifer
Ginkgofitaginkgo
Sikadofita – sikad
GnetofitaGnetum (belinjau), Ephedra, Welwitschia

Gimnosperma telah hidup di bumi sejak tempoh Devon (410-360 juta tahun yang lalu), sebelum era dinosaur. Pada saat itu, gimnosperma banyak diwakili oleh kelompok yang sekarang sudah punah dan kini menjadi fosil: paku biji, Bennettofita dan Kordaitofita. Ahli-ahlinya yang lain dapat melanjutkan keturunannya hingga sekarang. Angiosperma yang ditemui sekarang dianggap sebagai penerus dari salah satu kelompok gimnosperma purba yang telah punah (paku biji). Dalam klasifikasi tumbuhan moden, gimnosperma tidak memiliki status taksonomi kerana banyak petunjuk bahawa tumbuhan berbunga (angiosperma, tumbuhan berbiji tertutup) adalah keturunan dari salah satu tumbuhan berbiji terbuka. Pemisahan antara tumbuhan berbiji terbuka dengan berbiji tertutup akan menyebabkan pemisahan yang parafiletik.

Pengelasan

sunting

Subkelas Cycadidae

Subkelas Ginkgoidae

Subkelas Gnetidae

Subkelas Pinidae

Kelompok pupus

sunting