Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
masjid di Bandar Seri Begawan, Brunei
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah (Jawi: جامع عصر حسن البلقية) atau lazim dikenali sebagai "Masjid Emas" ialah sebuah masjid yang terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Masjid ini dinamakan sempena sultan terkini Brunei, Hassanal Bolkiah. Setiap kubah pada masjid ini diperbuat daripada emas 29 karat. Bersama-sama Masjid Omar Ali Saifuddien, masjid ini berperanan sebagai masjid utama negara. Masjid ini mula dibina pada 1988 di sebuah tapak berukuran 20 ekar di Kiarong.[1] Masjid ini dirasmikan pada 14 Julai 1994 sempena hari keputeraan ke-48 Sultan Brunei.[1]
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Bandar Seri Begawan, Brunei |
Koordinat geografi | 4°53′52.6″N 114°55′18.4″E / 4.897944°N 114.921778°EKoordinat: 4°53′52.6″N 114°55′18.4″E / 4.897944°N 114.921778°E |
Agama | Islam |
Cabang/Mazhab | Islam Sunni |
Negara | Brunei Darussalam |
Pemilikan | Kerajaan Negara Brunei Darussalam |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Seni bina Islam |
Dibiayai oleh | Kerajaan Negara Brunei Darussalam |
Pecah tanah pada | 1988 |
Disiapkan pada | 1992 |
Kos pembinaan | ≈USD 8 juta |
Spesifikasi | |
Kapasiti | 5,000[1] |
Bil. kubah | 29 |
Bil. menara masjid | 4 |
Rujukan
sunting- ^ a b c "SenaraiMasjid - Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah". www.kheu.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-25.