Masjid Al-Falah, Jalan USJ 9/1

Masjid Al-Falah merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Masjid ini terletak di hadapan Persiaran Kewajipan dan berhadapan dengan Balai Polis USJ 8. Masjid ini diseliakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). MASJID AL-FALAH USJ 9 berperanan menjalankan aktiviti Dakwah Islamiyah, berlandaskan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dibina pada 1998, keluasan 40,000 kaki persegi di kedu-dua aras, dapat memuatkan 6000-7000 jemaah. Diindahkan pada 2004, berkonsepkan keindahan suasana dalaman Masjid Nabawi, Madinah.

Masjid Al-Falah
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada2000
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
ImamMohd Zuwairi (Imam Besar)
Fakrol Razi (Timb. Imam Besar)
Muhammad Hakimi
BilalHafizal
Hafizul
PengerusiTan Sri Dato Seri Syed Zainal Abidin
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
SelangorSelangor
PetalingDaerah Petaling
LokasiJalan USJ 9/1, 47620 Subang Jaya
Koordinat3°2′42″N 101°35′20″E / 3.04500°N 101.58889°E / 3.04500; 101.58889Koordinat: 3°2′42″N 101°35′20″E / 3.04500°N 101.58889°E / 3.04500; 101.58889
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat2
Bil. menara1
Kapasiti jemaah6000-7000
Keluasan40,000 kaki persegi
Bahan binaanKonkrit
Laman sesawang
www.masjidalfalah.com

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang

sunting

Masjid Al-Falah terletak di kedudukan Latitud 3 darjah, 2 minit, 42 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 35 minit, 20 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 35minit, 41 saat. [1]

Laman web rasmi masjid boleh dicapai di www.masjidalfalah.com.

Apa yang ada di Masjid Al-Falah USJ 9

sunting
  1. Ruang solat yang besar dan selesa.
  2. Tempat parkir kereta di dalam kawasan masjid, luas dan banyak.
  3. Pusat Pengurusan Pendaftaran Pengislaman Mualaf yang berdaftar dengan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Ustaz Hakimi (https://wa.hakiminur.com)
  4. Perkhidmatan pengurusan jenazah.
  5. Khidmat nasihat perkahwinan. Masjid mempunyai dua orang Penolong Pendaftar Perkahwinan yang mendapat tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ustaz Zuwairi dan Ustaz Hakimi.
  6. Al-Falah Care, pusat pengurusan aktiviti kebajikan yang dikelolakan oleh Biro Kebajikan masjid. Boleh layari https://afcusj9.masjidalfalah.com.
  7. Kedai masjid yang dijalankan oleh Koperasi Kariah Masjid Al-Falah.
  8. Klinik wakaf yang dikendalikan oleh pihak Klinik Wakaf an-Nur, KPJ Healthcare.
  9. Kelas pengajian khas untuk mualaf.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Masjid dan surau di Petaling" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-09-03. Dicapai pada 2014-07-05.


Pautan luar

sunting