Marcell Jansen
Marcell Jansen (lahir 4 November 1985) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Hamburger SV dan pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di posisi bek kiri ataupun sayap kiri.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Marcell Jansen[1] | ||
Tarikh lahir | 4 November 1985 | ||
Tempat lahir | Mönchengladbach, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.91 m (6 ka 3 in) | ||
Posisi permainan | Bek kiri / Sayap kiri | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Hamburger SV | ||
Nombor | 7 | ||
Kerjaya remaja | |||
1990–1993 | SV Mönchengladbach | ||
1993–2004 | Borussia Mönchengladbach | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2004–2007 | Borussia Mönchengladbach | 73 | (5) |
2007–2008 | Bayern Munich | 17 | (0) |
2008– | Hamburger SV | 144 | (18) |
2009 | Hamburger SV II | 1 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004–2005 | Jerman B21 | 4 | (1) |
2005– | Jerman | 45 | (3) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 November 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 Mac 2014 |
Kerjaya kelab
suntingBorussia Mönchengladbach
suntingBeliau sertai kelab Borussia Mönchengladbach dari SV Mönchengladbach pada tahun 1993. Beliau membuat debut untuk pasukan senior Mönchengladbach ketika menentang Hertha BSC Berlin. Jansen menyebabkan faul di kotak penalti untuk pasukan lawan pada separuh masa kedua. Walau bagaimanapun, Dick Advocaat mempertahankan kesilapan beliau pada perlawanan pertamanya. Selepas pemain pertahanan Christian Ziege mengalami kecederaan, beliau mengambil peluang untuk bermain. Selepas membuat sembilan kemunculan untuk kelab Mönchengladbach, Jansen menjaringkan gol pertamanya ketika seri 2-2 bertemu VfL Bochum.
Musim keduanya di Mochengladbach menyaksikan banyak kejayaan manis untuk Jansen. Pasukannya kini berada kedudukan jauh daripada posisi penyingkiran dan beliau menandatangani kontrak tiga tahun bersama Mönchengladbach.
Bayern Munich
suntingJansen berpindah ke FC Bayern Munich pada Julai 2007 dengan bayaran 10 juta euro. Berikutan perpindahannya ke Munich, Jansen membuat debut untuk Bayern pada perlawanan persahabatan menentang FC Schaffhausen dari Switzerland. Beliau menggantikan Philipp Lahm pada minit ke-46. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Bayern ketika membelasah FC 07 Albstadt 13-0. Jansen membuat debut rasmi untuk Bayern pada perlawanan pembukaan musim 2007-08 menentang Hansa Rostock, Bayern menang 3-0. Beliua akhirnya mengalami kecederaan buku lali dan menyebabkan tidak beraksi selama tiga bulan pada musim pertamanya untuk Bayern. Pada musim keduanya, Jansen hanya duduk di bangku simpanan pada dua perlawanan liga selepas Jürgen Klinsmann mengkritik aksi Jansen di Euro 2008. Beliau telah membuat 17 perlawanan liga, sepuluh perlawanan UEFA dan tiga kemunculan Piala DFB untuk Bayern Munich.
Hamburg
suntingPada 28 Ogos 2008, Hamburger SV mengumumkan bahawa pihak mereka telah mengikat Jansen dengan bayara 8 juta euro. Dia hari selepas beliau berpindah, Jansen membuat debut untuk Hamburg pada perlawanan menentang Arminia Bielefeld, Hamburg menang 4-2. Pada 7 Disember 2008, Jansen menjaringkan gol pertamanya untuk Hamburg semasa menang 2-1 ke atas 1. FC Köln. Itu merupakan gol pertamanya di perlawaan liga sejak beliau di Borussia Mönchengladbach. Di Hambrug, beliau mula bermain di posisi serangan dan diletakkan di posisi sayap kiri. Pada Jun 2012, beliau melanjutkan kontraknya bersama HSV sehingga Jun 2015.
Kerjaya antarabangsa
suntingJansen telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Jerman untuk perlawanan persahabatan menentang Slovakia pada 3 September 2005 di Bratislava. Beliau membuat debut pada perlawanan itu dan menggantikan Thomas Hitzlsperger dan keputusannya Jerman tewas 2-0. Selepas tampil dalam beberapa perlawanan antarabangsa untuk Jerman, belioau termasuk dalam skuad 23 pemain ke Piala Dunia 2006. Beliau menjadi pilihan pertama bek kiri dahulu sebelum Philipp Lahm mengambil tempatnya dan beliau diletakkan di posisi bek kanan.
Beliau dipanggil semula untuk perlawanan kelayakan Euro 2008. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman pada perlawanan kelayakan Euro menentang San Marino, Jerman menang 6-0. Beliau termasuk dalam skuad Joachim Löw ke UEFA Euro 2008. Beliau bermain pada perlawanan pertama kumpulan menentang Poland dan kemudian diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan kedua menentang Croatia yang menyaksikan Jerman tewas 2-1. Beliau kembali semula pada perlawanan suku akhir menentang Portugal dan perlawanan separuh akhir Turki serta pada perlawanan akhir Euro 2008 ketika tewas 2-0 kepada Sepanyol.
Perlawanan menentang Belgium pada perlawanan kelayakan Euro 2012 merupakan perlawanan terakhirnya untuk Jerman.
Pada 5 Mac 2014, beliau termasuk dalam kesebelasan utama menentang Chile pada perlawanan persahabatan dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-28 dan digantika oleh Marcel Schmelzer. Pada 8 Mei 2014, walaupun mengalami kecederaan berpanjangan, beliau termasuk dalam skuad utama Piala Dunia 2014 tetapi dikeluarkan daripada senarai akhir pemain ke Piala Dunia Brazil.
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Lokasi | Pasuka lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 Jun 2007 | Nuremberg, Jerman | San Marino | 2–0 | 6–0 | Kelayakan Euro 2008 |
2 | 28 Mac 2009 | Leipzig, Jerman | Liechtenstein | 2–0 | 4–0 | Kelayakan Piala Dunia 2010 |
3 | 10 Julai 2010 | Port Elizabeth, Afrika Selatan | Uruguay | 2–2 | 3–2 | Piala Dunia FIFA 2010 |
Penghargaan
suntingKelab
suntingAntarabangsa
sunting- Jerman
- Piala Dunia FIFA (Tempat ketiga): 2006, 2010
- Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA (Naib juara): 2008
Catatan
sunting- ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai pada 7 December 2013.
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi (Jerman)
- Marcel Jansen di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
- Marcell Jansen – Rekod persaingan FIFA
- Marcell Jansen – Rekod persaingan UEFA
- Kicker profile