Christian Ziege
Christian Ziege (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪsti̯an ˈt͡siːɡə]; lahir 1 Februari 1972) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Tarikh lahir | 1 Februari 1972 | ||
Tempat lahir | Berlin Barat, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.86 m (6 ka 1 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah kiri / Bek sayap kiri | ||
Kerjaya remaja | |||
1978–1981 | FC Südstern 08 Berlin | ||
1981–1985 | TSV Rudow Berlin | ||
1985–1990 | FC Hertha 03 Zehlendorf | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1990–1997 | Bayern Munich | 185 | (38) |
1997–1999 | Milan | 39 | (4) |
1999–2000 | Middlesbrough | 29 | (6) |
2000–2001 | Liverpool | 16 | (1) |
2001–2004 | Tottenham Hotspur | 47 | (7) |
2004–2005 | Borussia Mönchengladbach | 13 | (0) |
Jumlah | 329 | (56) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1991–1993 | Jerman B21 | 12 | (3) |
1992 | Olimpik Jerman | 1 | (0) |
1993–2004 | Jerman | 72 | (9) |
Pasukan diurus | |||
2006–2007 | Borussia Mönchengladbach B17 | ||
2008 | Borussia Mönchengladbach (Jurulatih sementara) | ||
2008 | Borussia Mönchengladbach (Pembantu jurulatih) | ||
2010 | Arminia Bielefeld | ||
2011 | Jerman B19 | ||
2011–2012 | Jerman B18 | ||
2012–2013 | Jerman B19 | ||
2013–2014 | Jerman B18 | ||
2014–2015 | SpVgg Unterhaching | ||
2015–2017 | Atlético Baleares | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Beliau memulakan kerjaya profesionalnya di FC Bayern Munich, di mana beliau meraih dua gelaran Bundesliga dan satu trofi Piala UEFA sebelum Ziege melakukan perpindahan ke Milan dan berjaya meraih gelaran Scudetto. Pada tahun 1999, beliau sertai kelab Liga Perdana Inggeris, Middlesbrough sebelum dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kelab pada musim tunggalnya di kelab itu.[1] Tahun seterusnya, beliau berpindah ke Liverpool dan sebahagian daripada skuad yang meraih treble dengan memenangi Piala Liga Inggeris, Piala FA Inggeris dan Piala UEFA pada musim 2000-01. Pada tahun 2001, beliau sertai Tottenham Hotspur sebelum menamatkan kerjayanya di Jerman bersama Borussia Mönchengladbach.
Bersama pasukan kebangsaan Jerman di peringkat antarabangsa, Ziege menjuarai kejohanan UEFA Euro 1996 dan menjadi naib juara pada Piala Dunia 2002. Selain itu, beliau turut mewakili negaranya ke Euro 2000 dan 2004 dan Piala Dunia 1998.
Kerjaya kelab
suntingDi peringkat kelab, Ziege beraksi untuk Bayern Munich Bayern Munich (1990–97),[2] Milan (1997–99) dan Middlesbrough (1999–2000). Pada musim panas 2000, Liverpool F.C. membida 5.5 juta paun sterling untuk membeli Ziege. Middlesbrough mendesak mereka memerlukan tambahan 6 juta paun untuk Ziege tetapi kelab memaksa Ziege berbincang dengan pihak Liverpool sebelum Ziege berjaya melakukan perpindahan.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Liverpool ketika menang 3-1 ke atas Manchester City pada 9 September 2000 dengan menggantikan Steven Gerrard pada separuh masa kedua. Beberapa siri kecederaan dan peningkatan prestasi Jamie Carragher[4] memaksa beliau berpindah ke Tottenham pada penghujung musim. Beliau menjaringkan dua gol ketika di Liverpool; menentang Leeds dalam saingan liga[5] dan Stoke dalam Piala Liga Inggeris.[6] Ziege juga menyumbangkan gelaran "treble" kepada Liverpool pada musim 2000-01. Beliau menjadi pemain gantian pada masa tambahan pada perlawanan akhir Piala Liga Inggeris dan menyudahkan tendangan penalti pada penentuan penalti menentang Birmingham. Namun, beliau tidak termasuk dalam barisan skuad final Piala FA Inggeris dan Piala UEFA 2001.
Pada 14 Mac 2002, Liverpool didenda 28 ribu paun oleh Persatuan Bola Sepak England kerana membawa masuk Ziege dengan menyalahi undang-undang manakala pemain itu didenda 10 ribu paun.[7] Ketika di Tottenham, beliau menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala Liga Inggeris 2002 tetapi pasukannya akur tewas 2-1 kepada Blackburn. Walau bagaimanapun, masalah kecederaan Ziege semakin meningkat. Pada tahun 2004, kontraknya ditamat melalui persetujuan bersama sebelum beliau berpindah semula ke Jerman.
Ziege kembali ke Jerman untuk bermain bersama kelab Borussia Mönchengladbach pada Jun 2004[8] sebelum mengumumkan persaraan pada Oktober 2005 apabila beliau tidak beraksi sejak Disember 2004 akibat kecederaan buku lali yang berterusan.[9]
Kerjaya antarabangsa
suntingZiege telah beraksi sebanyak 72 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Jerman dan menjaringkan sembilan gol.[10] Selain meraih kejayaan UEFA Euro 1996, beliau mewakili pasukan Jerman ke Piala Dunia 1998 dan 2002. Di samping itu, beliau turut mewakili Jerman ke UEFA Euro 2000 dan 2004.
Kerjaya pengurus
suntingBorussia Mönchengladbach
suntingSelepas bersara dari arena bola sepak, Ziege mengambil diploma UEFA dalam bidang pengurusan. Pada tahun 2006, beliau memulakan karier jurulatihnya dengan berpindah ke kelab profesional terakhirnya sebagai seorang pemain iaitu Borussia Mönchengladbach, di mana beliau menjadi pengurus pasukan bawah-17 tahun menggantikan Thomas Schumacher. Pada musim 2006–07, pasukan bawah-17 telah memenangi sepuluh daripada 17 perlawanan di bawah kendalian Ziege dan pada Mac 2007, beliau menjadi pengarah sukan kelab bagi menggantikan Peter Pander.[11] Selepas perlantikannya, hanya berbaki sepuluh perlawanan sehingga penghujung musim. Borussia Mönchengladbach menduduki tangga tercorot liga dengan kekurangan lima untuk selamat daripada zon penyingkiran. Pada 5 Oktober 2008, Ziege menggantikan Jos Luhukay untuk menjadi pengurus sementara kelab. Jawatan sebagai pengurus sementara kelab berlarutan sehinggalah pada 18 Oktober 2008 apabila Hans Meyer menjadi pengurus tetap. Pada 15 Disember 2008, Ziege meninggalkan Borussia Mönchengladbach.
Arminia Bielefeld
suntingPada 26 Mei 2010, Ziege menandatangani kontrak sebagai pengurus bagi kelab Arminia Bielefeld. Walau bagaimanapun, kerjaya pengurusnya di Arminia bermula dengan keputusan hambar apabila hanya mencatat satu kemenagnan daripada lapan perlawanan. Ia juga merupakan permulaan musim Arminia Bielefeld paling truk dalam masa 23 tahun. Ziege telah dilepaskan dari jawatannya pada 6 November 2010 selepas tewas 2-0 kepada FC Augsburg.
Pasukan remaja Jerman
suntingMulai April 2011, Ziege bekerja untuk Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB). Pada mulanya, beliau mengendali pasukan bawah-19 Jerman sebelum mengambil alih pasukan bawah-18 Jerman pada bulan Ogos 2011.[12] Namun, kontraknya tidak diperbaharui apabila kontraknya tamat menjelang musim panas 2014.[13]
SpVgg Unterhaching
suntingZiege menjadi ketua jurulatih SpVgg Unterhaching pada 20 Mac 2014. Perlawanan pertama Ziege bersama pasukan barunya ketika terikat seri 1-1 bertemu RB Leipzig. Seterusnya, beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan pada 5 Mac 2015. Perlawanan terakhirnya ialah kekalahan 2-1 kepada Stuttgarter Kickers pada 21 Mac 2015.
Atlético Baleares
suntingPada 30 November 2015, Ziege menandatangani kontrak bersama kelab Segunda División B, Atlético Baleares sebagai ketua jurulatih.
Statistik kerjaya
suntingKelab
suntingKelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Eropah | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Bayern Munich | 1990–91 | 13 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 3 | 1 | 16 | 2 |
1991–92 | 26 | 2 | 0 | 0 | — | 3 | 1 | 29 | 3 | ||
1992–93 | 28 | 10 | 2 | 2 | — | 30 | 12 | ||||
1993–94 | 29 | 3 | 4 | 1 | 4 | 3 | 37 | 8 | |||
1994–95 | 29 | 12 | 0 | 0 | 0 | 0 | 9 | 0 | 38 | 12 | |
1995–96 | 33 | 3 | 1 | 0 | — | 10 | 1 | 44 | 4 | ||
1996–97 | 27 | 7 | 4 | 1 | 2 | 0 | 35 | 8 | |||
Jumlah | 185 | 38 | 11 | 4 | 0 | 0 | 31 | 6 | 227 | 48 | |
Milan | 1997–98 | 22 | 2 | 5 | 0 | — | — | 27 | 2 | ||
1998–99 | 17 | 2 | 3 | 0 | 20 | 2 | |||||
Jumlah | 39 | 4 | 8 | 0 | — | 0 | 0 | 47 | 4 | ||
Middlesbrough | 1999-2000 | 29 | 6 | 1 | 0 | 3 | 1 | — | 33 | 7 | |
Liverpool | 2000-01 | 16 | 1 | 3 | 0 | 4 | 1 | 9 | 0 | 32 | 2 |
Tottenham Hotspur | 2001–02 | 27 | 2 | 2 | 2 | 4 | 0 | — | 33 | 7 | |
2002–03 | 12 | 2 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 12 | 2 | |
2003–04 | 8 | 0 | 1 | 0 | 1 | 1 | — | 10 | 1 | ||
Jumlah | 47 | 7 | 3 | 2 | 5 | 1 | 0 | 0 | 55 | 10 | |
Borussia Mönchengladbach | 2004-05 | 13 | 0 | 1 | 0 | — | — | 14 | 0 | ||
Jumlah kerjaya | 329 | 56 | 27 | 6 | 12 | 3 | 40 | 6 | 396 | 68 |
Antarabangsa
suntingPasukan kebangsaan Jerman | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1993 | 7 | 0 |
1994 | 0 | 0 |
1995 | 6 | 1 |
1996 | 14 | 2 |
1997 | 7 | 0 |
1998 | 7 | 1 |
1999 | 4 | 3 |
2000 | 9 | 1 |
2001 | 9 | 0 |
2002 | 8 | 1 |
2003 | 0 | 0 |
2004 | 1 | 0 |
Jumlah | 72 | 9 |
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
6 September 1995 | Nuremberg, Jerman | Georgia | Kelayakan Euro 1996 | |||
4 Jun 1996 | Mannheim, Jerman | Liechtenstein | Persahabatan | |||
9 Jun 1996 | Manchester, England | Republik Czech | UEFA Euro 1996 | |||
25 Mac 1998 | Mannheim, Jerman | Luxembourg | Persahabatan | |||
8 September 1999 | Dortmund, Jerman | Ireland Utara | 2–0 | 4–0 | Kelayakan Euro 1988 | |
3–0 | ||||||
4–0 | ||||||
23 Februari 2000 | Amsterdam, Belanda | Belanda | Persahabatan | |||
27 Mac 2000 | Rostock, Jerman | Amerika Syarikat |
Pengurus
sunting- Sehingga 26 Mac 2015
Pasukan | Dari | Hingga | Rekod | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
BP | M | S | K | Menang % | ||||
Borussia Mönchengladbach | 5 Oktober 2008[14] | 19 Oktober 2008[15] | 1 | 0 | 1 | 0 | 0.00 | |
Arminia Bielefeld | 26 Mei 2010[16] | 6 November 2010[17] | 13 | 1 | 2 | 10 | 7.69 | |
SpVgg Unterhaching | 20 Mac 2014[18] | 25 Mac 2015[19] | 39 | 11 | 9 | 19 | 28.21 | |
Jumlah | 53 | 12 | 12 | 29 | 22.64 |
Pencapaian
suntingKelab
sunting- Bayern Munich
- Milan
- Liverpool
Antarabangsa
suntingCatatan
sunting- ^ "Premier League to solve Ziege row". BBC. 28 February 2001. Dicapai pada 27 April 2014.
- ^ Arnhold, Matthias (14 January 2016). "Christian Ziege - Matches and Goals in Bundesliga". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 22 January 2016.
- ^ "Ziege cleared for Reds". BBC Sport. 29 August 2000. Dicapai pada 30 June 2007.
- ^ Whatever Happened to: Christian Ziege
- ^ "Four-midable Viduka stuns Liverpool". BBC. 4 November 2000. Dicapai pada 2 November 2009.
- ^ "Liverpool blast eight at Stoke". BBC. 29 November 2000. Dicapai pada 2 November 2009.
- ^ "Liverpool handed Ziege fine". BBC Sport. 14 March 2002. Dicapai pada 30 June 2007.
- ^ "Ziege returns to Bundesliga". BBC Sport. 9 June 2004. Dicapai pada 30 June 2007.
- ^ "Injury forces Ziege to end career". BBC Sport. 20 October 2005. Dicapai pada 30 June 2007.
- ^ Arnhold, Matthias (14 January 2016). "Christian Ziege - International Appearances". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Dicapai pada 22 January 2016.
- ^ "Ziege clinches new Borussia role". BBC Sport. 8 March 2007. Dicapai pada 30 June 2007.
- ^ name=dfbu19
- ^ name="DFB trennt sich von Ziege und Böger"
- ^ name=borussiamoenchengladbachjob
- ^ name=newjobborussiamoenchengladbach
- ^ name=arminiabielefeldjob
- ^ name=arminiabielefeldsacking
- ^ name="Christian Ziege wird Trainer bei Unterhaching"
- ^ name="Der Retter hat keine Lust mehr"
- ^ name="Liverpool">"Player profile: Christian Ziege". LFC History. Dicapai pada 25 June 2014.
- ^ name="Liverpool"
- ^ name="Liverpool"
- ^ name="Liverpool"
- ^ name="Liverpool"
- ^ name="Liverpool"
Pautan luar
sunting- Laman web Soccerbase: Statistik kerjaya Christian Ziege
- (Inggeris) Profil Christian Ziege di National-Football-Teams.com
- Christian Ziege di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
- Christian Ziege at weltfussball.de (Jerman)
- LFChistory.net player profile