Maktoum bin Rashid Al Maktoum

Sheikh Maktoum bin Rashid Al Maktoum (19434 Januari 2006) adalah bekas timbalan presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu serta amir Dubai.

Beliau telah dilahirkan di Shindagha, Dubai dan menjawat jawatan sebagai perdana menteri pada 9 Disember 1971 sehingga 25 April 1979 saat ia digantikan oleh ayahnya, Sheikh Rashid bin Said Al Maktoum. Pada 7 Oktober 1990, beliau kembali menjawat jawatan sebagai perdana menteri berikutan kematian ayahandanya sekaligus menjadi Amir Dubai. Beliau memegang kedua jawatan tersebut sampai beliau meninggal dunia di Gold Coast, Australia pada 4 Januari 2006 kerana serangan jantung.

Didahului oleh
-
Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu
1971—1979
Diikuti oleh:
Rashid bin Said Al Maktoum
Didahului oleh
Rashid bin Said Al Maktoum
Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu
1990—2006
Diikuti oleh:
Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Didahului oleh
Rashid bin Said Al Maktoum
Amir Dubai
1990—2006
Diikuti oleh:
Mohammed bin Rashid Al Maktoum