Maktab Rendah Sains MARA Betong

Koordinat: 1°22′18″N 111°34′41″E / 1.37166°N 111.57792°E / 1.37166; 111.57792

Maktab Rendah Sains MARA Betong (singkatan: MRSM Betong) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Betong, Sarawak.

Maktab Rendah Sains MARA Betong
مكتب رنده ساءين س مارا بتوڠ
Lokasi
2124 Jalan Betong
Betong, 95700, Sarawak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Betong
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanNovember 2008
StatusBeroperasi
PengetuaPn. Juhaida binti Muhat Anuar
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Mohd Hafis bin Idris
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Wan Azizul bin Wan Mohamed Nor
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganCulture Of Excellence
Nama alumniANSARA Malaysia
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Jun 2024


Kejayaan

sunting

Akademik

sunting

Pada tahun 2013, seramai 55 orang pelajar memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 daripada 132 orang pelajar yang menduduki peperiksaan itu[1]. Gred purata maktab untuk PMR dicatatkan pada 1.18[1].

Pada tahun 2014, seramai 18 orang pelajar memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014[2], daripada sejumlah 119 orang pelajar yang menduduki peperiksaan ini. Gred purata maktab dicatatkan pada 2.14[2].

Pada tahun 2023, seramai enam orang pelajar memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023, 14 orang pelajar memperoleh 8A dan 5 orang pelajar memperoleh 7A[3]. Gred purata maktab pula dicatatkan pada 3.13[3].

Bukan akademik

sunting

Pada tahun 2013, MRSM Betong merangkul pingat emas dalam pertandingan International Sustainable World Project Olympiad (Tenaga, Kejuruteraan & Alam Sekitar) (I-SWEEEP) 2013[4] melalui projek The Potential Of Polyethylene Terephthalate (PET) To Replace Sand In The Production Of Brick – From Waste To Wealth bagi kategori Kejuruteraan Alam Sekitar dan Awam. Projek ini merupakan hasil kajian oleh dua orang pelajar, Wilson Mujang Nyuwak dan Sharifah Badriatul Afiqah Wan Madihi yang dibimbing oleh Saffrin Mukhar Mohd Salleh yang merupakan seorang guru cemerlang Kimia[5].

Pada tahun 2024, MRSM Betong merangkul pingat perak[6] dalam Pertandingan Robot Antarabangsa (IRO) yang telah diadakan di Greece menerusi dua orang pelajarnya, Chrisezra Ason Bert Wellingthon dan Catriona Siaw Cun Yun yang juga mewakili Malaysia[7]. Mereka dibimbing oleh Amran Tura yang merupakan seorang guru fizik[7]. Sebelum kejohanan itu, mereka berada di MRSM Bentong dalam menjalani sesi latihan[8].


Lagu rasmi

sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan

sunting
  1. ^ a b "MRSM Betong ulangi pencapaian terbaik PMR". Utusan Borneo. 21 Disember 2013. Dicapai pada 24 April 2024.
  2. ^ a b "MRSM Betong kekalkan kecemerlangan SPM". Utusan Borneo. 4 Mac 2015. Dicapai pada 24 April 2024.
  3. ^ a b "SPM 2023: Pencapaian pelajar MRSM Betong memberangsangkan". Suara Sarawak. 27 Mei 2024. Dicapai pada 24 April 2024.
  4. ^ "Kejayaan MRSM Betong membuktikan kecemerlangan pelajar luar bandar". The Borneo Post. 16 Mei 2013. Dicapai pada 22 Jun 2024.
  5. ^ Luna, Sandy Mark (16 Mei 2013). "Pelajar luar bandar mampu menyerlah". The Borneo Post. Dicapai pada 22 Jun 2024.
  6. ^ Brundang, Matthew (21 Januari 2024). "Dua pelajar MRSM Betong rangkul pingat Perak dalam pertandingan robotik di Greece". Suara Sarawak. Dicapai pada 22 Jun 2024.
  7. ^ a b "From Sarawak to Athens: MRSM Betong students win hearts, awards at Int'l Robot Olympiad 2024". Dayak Daily. 22 Januari 2024. Dicapai pada 22 Jun 2024.
  8. ^ Jee, Natasha (8 Januari 2024). "MRSM Betong students to represent Malaysia at International Robot Olympiad". New Sarawak Tribune. Dicapai pada 22 Jun 2024.


Lihat juga

sunting