Maktab Rendah Sains MARA Bentong
Koordinat: 3°28′21″N 101°54′36″E / 3.47239°N 101.91010°E
Maktab Rendah Sains MARA Bentong (singkatan: MRSM Bentong) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. MRSM Bentong adalah MRSM yang pertama melaksanakan program teknikal. Ianya terletak di tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dalam daerah Bentong di negeri Pahang.
Maktab Rendah Sains MARA Bentong مكتب رنده ساءين س مارا بنتوڠ | |
---|---|
Alamat | |
KM 63 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak Bentong, 28700, Pahang Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Bentong |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Januari 2009 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Zakpar bin Mahput |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Norul Huda binti Mohamad Hassan |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Imran Ramzi bin Ibrahim |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Rahmad bin Ahmad |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Teknikal |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Highway To Excellence |
Nama alumni | ANSARA Malaysia |
Laman sesawang | bentong |
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022 |
Sejarah
suntingPenubuhan maktab
suntingIdea untuk menubuhkan MRSM Bentong telah diilhamkan oleh pengerusi MARA pada ketika itu iaitu Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop pada tahun 2003. MRSM Bentong telah mula beroperasi pada 2 Januari 2009 di satu kawasan seluas 52 hektar di atas Lot 2650 dan 1945, Mukim Bentong, Pahang. Pembangunan infrakstrukturnya mengandungi bangunan Pentadbiran, bangunan Akademik, bangunan Asrama Putera dan Puteri, Dewan Selera, Dewan Besar, Pusat Sumber Pembelajaran, Bangunan Makmal Sains, Surau, Rumah Pengetua, Rumah Timbalan Pengetua, Apartmen Guru dan kakitangan serta Gelanggang Permainan.
Pengambilan pelajar pertama ialah pada 19 Mac 2009 yang terdiri daripada 366 orang pelajar tingkatan empat (186 pelajar putera, 180 pelajar puteri). Manakala bilangan guru kumpulan pertama pula ialah seramai 35 orang dan Bilangan kakitangan seramai 24 orang.
Pada 8 Disember 2010, berlaku tanah runtuh yang menyebabkan sebahagian daripada padang hoki dan tangki septik tertimbus[1]. Disebabkan insiden ini, pelajar dan staf dipindahkan ke MRSM Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan ditutup selama setahun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan[2].
Antara punca yang dikenalpasti mengundang kepada berlakunya tanah runtuh adalah disebabkan aliran air di bawah tanah yang membawa kepada hakisan tanah secara perlahan[1].
Senarai pengetua
suntingNama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
Tuan Hj. A. Bakar bin A. Rahim | Mei 2015 | Mei 2017 |
Dr. Noorzalina binti Mohd Noor | Mei 2017 | Julai 2019 |
En. Ariffin Bin Sulaiman | Julai 2019 | November 2023 |
En. Zakpar Bin Mahput | Disember 2023 |
Silibus
suntingSejak 2017, MRSM Bentong tidak lagi menawarkan elektif sains tulen dan perakaunan kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia telah digantikan dengan dua pilihan elektif kejuruteraan iaitu:
- Kejuruteraan Elektrikal.
- Kejuruteraan Mekanikal.
Pelajar tingkatan 4 dan 5 perlu mengambil mata pelajaran Pejajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pejajian Kejuruteraan Mekanikal, serta Lukisan Kejuruteraan.
Selain itu, kelas bahasa ketiga juga turut ditawarkan kepada pelajar SPM sebagai subjek tambahan.
Lagu rasmi
suntingWahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Korporat
suntingVisi dan Misi
suntingVisi
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Misi
Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
Objektif
sunting- Melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran teknikal untuk kesejahteraan sejagat.
- Memupuk kemenjadian pelajar yang pintar dan soleh.
- Memupuk nilai keusahawanan, kepimpinan, dan daya saing yang tinggi.
Rujukan
sunting- ^ a b "MRSM Bentong masih ditutup". Utusan Malaysia. 21 April 2011. Dicapai pada 7 Jun 2017.[pautan mati kekal]
- ^ "Bangunan MRSM Bentong Masih Selamat Digunakan". mStar. 9 Ogos 2010. Dicapai pada 7 Jun 2017.