Majlis Konstantinopel (843)

Majlis Konstantinopel tahun 843 atau Sinode Konstantinopel tahun 843 ialah sebuah majlis tempatan (berbeza dengan majlis ekumenikal) uskup-uskup Kristian yang diadakan di Konstantinopel (kini Istanbul, Turki) pada tahun 843 oleh pemangku raja Byzantine Theodora untuk mengesahkan ikonofilisme dalam Gereja. Majlis ini masih disambut pada hari Prapaskah Ahad pertama di Gereja Ortodoks Timur, seperti yang ditetapkan oleh majlis tersebut. Selepas majlis yang dipengerusikan Patriark Methodios I, seluruh majlis bertemu pada 11 Mac 843 dan berarak secara dari Gereja Blachernae ke Gereja Hagia Sophia dengan membawa ikon Bonda Tuhan.[1]

Majlis Konstantinopel (843)
Akhir abad ke-14-awal hingga ke-15 ikon yang menggambarkan Kemenangan Ortodoks ke atas ikonoklasme pada tahun 843. (Koleksi Ikon Negara 18, Muzium British).
Tarikh3 atau 4 Mac 843 (majlis), 11 Mac 843 (tarikh perayaan)
Diterima oleh
Majlis sebelumnya
Majlis Konstantinopel tahun 815
Majlis selepasnya
Majlis Konstantinopel (861)
Dipanggil olehTheodora, ibu kepada Maharaja Michael III
PengerusiPatriark Methodios I dari Konstantinopel
KehadiranSinode Endemik Kudus Konstantinopel
Topik
LokasiKonstantinopel, Byzantium (Turki moden).
Senarai kronologi majlis ekumenikal

Latar belakang

sunting

Pada tahun 815 TM, ikonoklasme dikembalikan semula dalam Empayar Byzantium oleh Leo V dari Armenia. Zaman ini biasanya dipanggil Ikonoklasme Kedua dan berlangsung sehinggalah Majlis Konstantinopel pada tahun 843.[2] Pada tahun 829, Theophilos menjadi maharaja dan meningkatkan ikonoklasme dengan sebuah edik pada tahun 832 yang melarang pemujaan ikon.[1][3] Selepas kemangkatan Theophilos pada Januari 842, empayar diwarisi oleh Mikhael III yang masih bayi dan dipangku oleh bondanya Theodora sehingga tahun 856. Sida dan Logothetes tou dromou (Ketua Pos Negara) Theoktistos dilantik sebagai pemangku bersama dengan Theodora dan membantu baginda ratu semasa pemerintahannya.[4] Tidak jelas jika Theophilos, sebagai seorang ikonoklas, mengetahui bahawa isterinya Theodora ialah seorang ikonofil.[5]

Theoktistos (yang sebagai pemangku bersama menjadi penentang keras ikonoklasme menurut ahli sejarah Theophanes Continuatus, Genesios, John Skylitzes, dan Zonaras) mengadvokasikan patriark ikonoklas John VII digantikan dengan Methodios I yang sebelum ini dipenjarakan oleh Theophilos.[6] Theodora memberi perkenan dan Methodios dilantik sebagai patriark Konstantinopel semasa majlis itu pada 3 atau 4 Mac 843.[7][8] Selepas beliau dilantik (mungkin seminggu kemudian pada 11 Mac), beliau segera membuang dan menggantikan ramai uskup ikonoklas di dalam empayar.[4]

Prosiding

sunting

Pada 3 atau 4 Mac 843, majlis dianjurkan oleh Theodora. Tidak banyak yang diketahui tentang persidangan tersebut, dan huraian terpanjang mengenainya datang daripada Vitae St. David, Symeon dan George.[7] Lokasi sebenar sinode itu diadakan tidak disepakati. Synodicon Vetus dan banyak pihak berkuasa lain menyatakannya diadakan di Istana Kanikleiou, rumah Theoktistos,[9] tetapi terdapat beberapa petunjuk bahawa ini lokasi mesyuarat sebelum majlis itu, manakala lokasi sinode yang sebenar diadakan di Gereja Blachernae.[7] Antara hadirin majlis itu ialah Patriark Methodios, Theodora, Theoktistos, Sergios Niketiates, dan beberapa pendeta ikonoklas.[7] [4]

Objektif utama majlis tersebut adalah untuk menegaskan kembali keputusan Majlis Nicea Kedua, iaitu Majlis ekumenikal ketujuh, pada tahun 787 M bahawa ikon patut dimuliakan. Untuk melakukan ini, majlis itu mengecam dua majlis ikonoklas, Hieria (754) dan Constantinople (815), dan membuang mana-mana uskup yang tidak menghormati resolusi majlis Nicea. Uskup-uskup ini digantikan dengan uskup-uskup ikonofil yang telah dibuang semasa Ikonoklasme Kedua.[10] Majlis Hieria juga sebelum ini dikecam dalam majlis 787 Nicea.[11] Sebagai syarat menandatangani resolusi Majlis 843, Theodora menghendaki supaya pelaknatan yang dibuat oleh Gereja terhadap mendiang suaminya ditarik balik.[10][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Davis 1987.
  2. ^ Humphreys 2021.
  3. ^ Chisholm 1911.
  4. ^ a b c Garland 1999.
  5. ^ a b Treadgold 1998.
  6. ^ Hollingsworth 1991.
  7. ^ a b c d Bithos 2001.
  8. ^ Dragas 2005.
  9. ^ Gouillard 1967.
  10. ^ a b Telea, Marius (2018). Munteanu, Daniel (penyunting). "The Revival of Byzantine Iconoclasm and the Religious Politics of Emperors in the Ninth Century". International Journal of Orthodox Theology.
  11. ^ Hindson & Mitchell 2013.