1 Mac
tarikh
(Dilencongkan daripada Mac 1)
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
1 Mac merupakan hari ke-60 (hari ke-61 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 305 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Tentera Darat di Malaysia (1933)
- Hari Ulang Tahun Penubuhan MARA di Malaysia (1966)
- Hari Kemerdekaan di Bosnia dan Herzegovina (1992)
- Hari Santo David di Wales
- Mărţişor di Romania dan Moldova
- Martenitsa di Bulgaria.
Peristiwa
sunting- 86 SM - Lucius Cornelius Sulla, pemimpin tentera Republik Rom, tiba di Athens, lalu menggulingkan Aristion si penzalim yang didukung oleh bala tentera Mithridates VI dari Pontus.
- 1562 - Perang Agama Perancis bermula dengan pembunuhan beramai-ramai Huguenot.
- 1565 - Bandar raya Rio de Janeiro diasaskan.
- 1811 - Para pemimpin wangsa Mamluk dibunuh oleh Raja Mesir, Muhammad Ali.
- 1845 - Presiden Amerika Syarikat ke-10, John Tyler menandatangani rang undang-undang yang membenarkan Amerika Syarikat mengilhakkan Republik Texas sebagai negeri gabungan.
- 1867 - Nebraska menjadi negeri Amerika Syarikat yang ke-37 bandar sedia ada Lancaster diberi nama baharu Lincoln dan dijadikan ibu negeri.
- 1872 - Taman negara yang pertama di dunia, Taman Negara Yellowstone diasaskan di A.S.
- 1886 - Sekolah Inggeris-Cina diasaskan oleh Biskop William Oldham di Singapura.
- 1896 - Habsyah menewaskan Itali secara muktamad dalam Pertempuran Adwa, mengakhiri Perang Itali-Habsyah Pertama.
- 1919 - Pemerintahan Jepun di Korea: Gerakan Samil memulakan banyak bantahan aman di Korea, namun ditumpaskan dengan kejam oleh polis dan tentera Jepun.
- 1932 - Anak lelaki Charles Lindbergh, Charles Augustus Lindbergh III, diculik.
- 1933 - Penubuhan Rejimen Askar Melayu: Seramai 25 orang pemuda terpilih untuk menyertai Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu dan memulakan latihan di Haig Lines, Port Dickson.
- 1936 - Empangan Hoover disiapkan.
- 1946 - Bank England dimiliknegarakan.
- 1947 - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memulakan operasi kewangannya.
- 1950 - Perang Dingin: Klaus Fuchs dihukum atas kesalahan mengintip bagi pihak Kesatuan Soviet dengan mendedahkan maklumat rahsia bom atom.
- 1954 - Bom hidrogen 15-megatan diletupkan (gambar) di Atol Bikini di Lautan Pasifik, dan mengakibatkan antara pencemaran radioaktif paling teruk yang disebabkan oleh ujian senjata nuklear.
- 1954 - Pejuang kebangsaan Puerto Rico menyerang Kapitol Amerika Syarikat, menyebabkan lima orang Wakil Rakyat cedera.
- 1958 - Kapal penumpang Turki Uskudar terbalik lalu karam di Teluk Izmit, Kocaeli, Turki, menyebabkan sekurang-kurangnya 300 orang terkorban.
- 1961 - Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy menubuhkan Pasukan Khidmat Bakti.
- 1966 - Penjelajah angkasa Soviet Venera 3 terhempas di planet Zuhrah, menjadi kapal angkasa lepas pertama yang mendarat di permukaan planet lain.
- 1972 - Wilayah Yasothon tercipta di Thailand apabila berpecah dari wilayah Ubon Ratchathani.
- 1975 - Televisyen warna mula disiarkan di Australia.
- 1992 - Bosnia dan Herzegovina mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia.
- 1995 - Perdana Menteri Poland Waldemar Pawlak meletak jawatan lalu diganti tempatnya oleh bekas komunis bernama Józef Oleksy.
- 2000 - Perlembagaan Finland ditulis semula.
- 2000 - Hans Blix menduduki jawatan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Pemantauan, Pengesahan dan Pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNMOVIC).
- 2002 - Mata wang euro menggantikan peseta selaku mata wang kegunaan Sepanyol.
- 2012 - Letusan puting beliung di Barat Tengah dan Tenggara Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 40 kematian.
- 2013 - 14 orang anggota PDRM terkorban selepas diserang hendap oleh penceroboh dari wilayah Sulu yang berasal dari Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
- 2014 - Perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang).
- 2020 - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam gabungan Perikatan Nasional.
Kelahiran
sunting- 1922 - Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel ke-5
Kematian
sunting- 2017 - Jins Shamsuddin, seorang pelakon dari Malaysia.
- 2024 - Akira Toriyama, seorang penulis komik Jepun.[1]
Rujukan
sunting- ^ "漫画家の鳥山明さん死去、68歳" [Pekomik Akira Toriyama meninggal dunia pada usia 68 tahun]. Nihon Keizai Shimbun (dalam bahasa Jepun). Mar 8, 2024.