Lucius Cornelius Sulla
Lucius Cornelius Sulla Felix[1] (c. 138 BC – 78 BC), biasanya dikenali sebagai Sulla, merupakan jeneral dan negarawan Rom. Dia menonjol kerana memegang jawatan konsol Rom sebanyak dua kali, dan juga sebagai ditaktor Rom. Dia merupakan salah seorang agung yang disanjung dalam sejarah Rom, dimasukkan dalam himpunan biografi ahli politik dan jeneral, berasal dari himpunan biografi Rom terkenal, diterbitkan oleh Marcus Terentius Varro. Dalam Sulla Plutarch, siri terkenal - Kehidupan Selari ("Parallel Lives"), Sulla dipasangkan bersama jeneral dan pakar strategi Spartan Lysander.
Lucius Cornelius Sulla | |
---|---|
Dictator Republik Rom | |
Dalam jawatan 82 or 81 BC – 81 BC | |
Didahului oleh | Gaius Servilius Geminus in 202 BC |
Digantikan oleh | Gaius Julius Caesar in 49 BC |
Konsul Republik Rom | |
Dalam jawatan 88 BC – 88 BC | |
Didahului oleh | Gnaeus Pompeius Strabo dan Lucius Porcius Cato |
Digantikan oleh | Lucius Cornelius Cinna dan Gnaeus Octavius |
Konsul Republik Rom | |
Dalam jawatan 80 BC – 80 BC | |
Didahului oleh | Gnaeus Cornelius Dolabella and Marcus Tullius Decula |
Digantikan oleh | Appius Claudius Pulcher and Publius Servilius Vatia |
Maklumat peribadi | |
Lahir | ca. 138 BC Rom, Republik Rom |
Mati | 78 BC (usia sekitar 60) Puteoli, Republik Rom |
Parti politik | Optimate |
Pasangan | Isteri pertama Julia Caesaris, Isteri kedua Aelia, isteri ketiga Cloelia, isteri keempat Caecilia Metella, isteri kelima Valeria |
Anak | Pompeia, Lucius Cornelius Sulla, Cornelia, Faustus Cornelius Sulla, Cornelia Fausta, Cornelia Postuma |
Jawatan ditaktor Sulla muncul semasa kemuncak dalam pergelutan antara optimates dan populares, yang sebelumnya cuba mengekalkan kuasa oligarchy dalam bentuk Senate sementara yang berikutnya berpaling dalam kebanyakan kes populism tulin (kepopularan sepenuhnya), emuncak dengan ditaktorship Caesar. Sulla merupakan jeneral yang tulin, berbakat dan mahir, tidak pernah kalah dalam pertempuran; dia kekal sebagai orang tunggal yang telah menyerang dan menduduki kedua-dua Athens dan Rome. Saingannya, Gnaeus Papirius Carbo, menggambarkan Sulla sebagai memiliki kepintaran rubah dan keberanian seekor singa - tetapi yang sebelumnya dianggap olehnya sebagai jauh lebih merbahaya. Campuran ini kemudiannya dirujuk oleh Machiavelli dalam gambarannya bagi ciri-ciri ideal bagi seseorang pemerintah.[2]
Sulla menggunakan tenteranya untuk berbaris ke perang saudara Sulla sebanyak dua kali, dan selepas kali kedua dia menghidupkan kembali jawatan diktator, yang tidak pernah digunakan sejak Perang Punik Kedua lebih satu kurun sebelumnya. Dia menggunakan kuasanya bagi melaksanakan beberapa siri pembentukan semula Perlembagaan Rom, bertujuan bagi mengembalikan keseimbangan kuasa antara Senate Rom dan Tribune Plebeian; dia kemudiannya mengejutkan Dunia Rom (dan selamanya) dengan meletak jawatan ditaktor, mengembalikan kerajaan berpelembagaan normal, dan selepas Consulship keduanya, bersara pada kehidupan persendirian.
Tahun-tahun awal
suntingSulla dilahirkan dalam cabang Patrician Rom Silam gens Cornelia, tetapi keluarganya telah jatuh pada keadaan kepapaan pada masa kelahirannya. Kekurangan wang, Sulla menghabiskan masanya dikalangan ahli lawak Rom, pelakon, pemain seruling, dan penari. Sulla mengekalkan kecenderungannya pada kebiasaan bersuka-ria masa mudanya sehingga ke akhir hayatnya; Plutarch menyebut bahawa semasa perkahwinannya – dengan Valeria – dia mengekalkan hubungannya dengan "pelakon, ahli muzik, dan penari, minum bersama mereka di atas kerusi baring siang dan malam".[3]
Ia kelihatan hampir pasti bahawa Sulla menerima pendidikan yang baik. Sallust mengistiharkan dia sebagai terpelajar dan pintar, dan dia fasih berbahasa Greek, yang merupakan tanda berpendidikan di Rom. Cara bagaimana Sulla mendapat kekayaan yang kemudiannya membolehkan dia mendaki politik Rom, Cursus honorum, adalah tidak jelas, sungguhpun Plutarch merujuk kepada dua warisan; satu dari ibu tirinya dan satu lagi dari wanita bujang, orang bawahan, tetapi kaya.[4]
Dalam sumber lebih tua, namanya boleh dijumpai sebagai Sylla. Ini adalah Hellenism, seperti sylva bagi Latin klasik silva, diperkukuhkan oleh fakta bahawa dua sumber utama kita, Plutarch dan Appian, menulis dalam Greek, dan memangilnya Σύλλα.[5]
Penawanan Jugurtha
suntingPada 107 BC, Sulla dilantik sebagai quaestor pada Gaius Marius, yang telah dilantik sebagai konsol Rom bagi tahun itu. Marius kemudian telah mengambil alih kepimpinan tentera Rom dalam perang bagi menentang Raja Jugurtha dari Numidia di Utara Afrika.
Perang Jugurthine telah bermula pada 112 BC, tetapi legion Rom di bawah Quintus Caecilius Metellus telah gagal mematahkannya. Gaius Marius, leftenan di bawah Metellus, meihat peluang untuk mengatasi komandernya dan menyuap khabar angin mengenai ketidakcekapannya dan kelewatan bagi publicani (pengumpulan cukai) di regin tersebut. Usaha ini menyebabkan usul penyingkiran Metellus; disebalik taktik melewat-lewatkan oleh Metellus, Marius kembali ke Rom untuk bertanding bagi jawatan konsol lalu mengambil alih kempen tersebut.
Di bawah pimpinan Marius, pasukan Rom menurut rancangan yang sama seperti di bawah Metellus dan akhirnya berjaya menewaskan pihak Numidian pada tahun 106 BC, sebahagian besarnya berdasarkan inisiatif Sulla bagi menawan raja Numidian. Dia kemudiannya memujuk Raja Bocchus I dari Mauretania, kerajaan berhampiran, untuk mengkhianati Jugurtha, yang telah melarikan diri ke Mauretania untuk perlindungan. Ia merupakan operasi merbahaya dari mula, dengan Raja Bocchus menimbangkan kelebihan menyerahkan Jugurtha pada Sulla atau menyerahkan Sulla pada Jugurtha.[6] Publisiti yang didapati hasil kejayaan ini meningkatkan kerjaya politik Sulla. Lebih mengganggu Marius, patung Sulla berkuda yang bersepuh didermakan oleh Raja Bocchus dan didirikan di Forum bagi meraikan pencapaiannya.
Cimbri dan Teutones
suntingPada tahun 104 BC, penghijrahan gabungan orang Jerman-Celts dipimpin oleh Cimbri dan Teutones kelihatannya menghala ke Itali. Kerana Marius merupakan Jeneral Rom terbaik, pihak Senate membenarkan dia memimpin kempen menentang mereka. Sulla berkhidmat sebagai kaki tangan Marius sebagai tribunus militum semasa separuh pertama kempen. Akhirnya, bersama rakan sejawatnya, proconsul Quintus Lutatius Catulus, pasukan Marius berhadapan dengan puak musuh dalam Pertempuran Vercellae pada 101 BC. Sulla pada masa ini dipindahkan di bawah tentera Catulus untuk berkhidmat sebagai legatusnya, dan dipuji sebagai tunggak utama bagi mengalahkan puak-puak tersebut (Catulus merupakan jeneral tidak boleh diharap dan tidak mampu bekerjasama dengan Marius). Mencapai kemenangan di Vercellae, Marius dan Catulus kedua mereka dibenarkan kemegahan Rom ("Roman triumph") sebagai jeneral pemerintah bersama.
Jawatan gabenor Cilician
suntingKembali ke Rome, Sulla merupakan Praetor urbanus bagi 97 BC.[7] Tahun berikutnya dia dilantik sebagai pro consule bagi provinse Cilicia (di Anatolia). Ketika di Barat, Sulla merupakan magistrate Rom pertama yang berjumpa dengan duta Parthia, Orobazus, dan dengan mengambil kerusi antara duta Parthian dan duta dari Pontus (kerusi tengah merupakan tempat dimulia), dia menentukan, kemungkinannya tanpa sengaja, nasib duta Parthia. Orobazus dihukum bunuh sebagik sahaja kembali ke Parthia kerana membenarkan Sulla mengatasinya. Pada pertemuan ini dia diberitahu oleh nujum Chaldea bahawa dia akan mati pada kemuncak kemashuran dan kekayaannya. Ramalan ini akan mempunyai pengaruh besar pada Sulla sepanjang hayatnya. Pada tahun 96 BC Sulla mengalahkan Tigranes the Great dari Armenia dari Cappadocia. Kemudian pada tahun 96 BC Sulla meninggalkan bahagian Timur dan kembali ke Rom, di mana dia mengatur dirinya bersama Optimates menentang Gaius Marius.
Perang Social
suntingPerang Social (91–88 BC) berlaku akibat pergeseran Rom intransigence berkait dengan kebebasan awam bagi Socii, rakan Itali Rom. Socii merupakan entiti berasingan pada 'Latin' yang kekal taat pada Rom kecuali Venusia. Socii merupakan musuh silam Rom yang kemudiannya tunduk, (seperti Samnites) manakala Latins merupakan konfederate telah lama dengan Rom; dengan itu Latin dilayan dengan lebih hormat dan menerima layanan lebih istimewa.[8] Bergantung pada Republik Rom, provinsial Itali mungkin dipanggil bagi mengangkat senjata bagi pertahanannhya atau mungkin dikenakan cukai luar biasa, tetapi mereka tidak mempunyai suara bagaimana perbelanjaan cukai ini atau kegunaan askar yang mungkin dibentuk dari jajahan mereka. Perang Social, sebahagiannya, disebabkan penolakan berterusan ke atas mereka yang berusaha untuk memperluaskan kewarganegaraan Rom pada Socii dan menangani pelbagai ketidakadilan yang wujud dalam sistem Rom. Gracchi, Tiberius dan Gaius, dibunuh secara berturut-turut oleh tindakbalas Optimate yang cuba mengekalkan keadaan semasa ("status quo"). Akhirnya pembunuhan Marcus Livius Drusus merupakan langkah terakhir. Perubahannya bertujuan bagi memberikan Kerakyataan Rom pada perikatan, yang akan memberikan mereka suara dalam polisi luaran dan dalaman Republik Rom. Ketika Drusus dibunuh, kebanyakan perubahannya bagi menangani aduan itu diistihar tidak sah. Ini membangkitkan kemarahan Socii, dan akibatnya, kebanyakannya bersekutu menentang Rom.
Pada permulaan Perang Social, bangsawan Rom dan Senate mula bimbangkan cita-cita Gaius Marius, sekalipun telah pernah memberikannya 6 konsulship (termasuk 5 secara berturut-turut, dari 104 BC hingga 100 BC). Mereka bertegas untuk tidak memberikannya pemerintahan keseluruhan perang di Itali. Dalam pemberontakan terakhir penyokong Itali, Sulla berkhidmat dengan cermerlang sebagai jeneral. Dia mengatasi kedua-dua Marius dan konsol Gnaeus Pompeius Strabo (bapa pada Pompey Magnus). Pada tahun 89 BC Sulla menawan Aeclanum, bandar utama Hirpini, dengan membakar halangan kubu kayu. Hasil kejayaannya menamatkan Perang Social dengan kejayaan, dia dilantik sebagai konsul buat kali pertama pada tahun 88 BC, bersama Quintus Pompeius Rufus (tidal lama kemudian besan anak perempuannya) sebagai rakan sejawatnya.
Sulla berkhidmat tidak hanya dengan bijaksana sebagai jeneral semasa Perang Social, tetapi juga dengan keberanian peribadi yang besar. Di Nola dia dianugerah Corona Obsidionalis (Obsidional atau Mahkota Kepongan), juga dikenali sebagai Corona Graminea (Mahkota Rumput). Ini merupakan penghormatan tentera Rom tertinggi, dianugerah bagi keberanian peribadi kepada komander yang menyelamatkan legion Rom atau tentera di medan pertempuran. Tidak seperti mana penghormatan tentera ROm yang lain, ia dianugerahkan melalui pengistiharan tentera askar yang diselamatkan, dan dengan itu amat sedikit yang pernah menerimanya. Mahkota tersebut, secara tradisi, dianyam dari rumput dan tumbuhan lain yang di ambil dari medan pertempuran sebenar.[9]
Perbarisan pertama ke Rom
suntingSebagai konsul, Sulla bersedia untuk berlepas sekali lagi ke Timur, untuk bertempur dalam Perang Mithridatic Pertama, melalui perlantikan oleh Senate. Tetapi dia akan meninggalkan masalah di belakangnya. Marius kini seorang yang tua, tetapi dia masih mahu memimpin tentera Rom menentang Raja Mithridates VI dari Pontus. Sebelum berlepas ke Timur, Sulla dan rakannya Quintus Pompeius Rufus menghalang legislation of the tribune Publius Sulpicius Rufus bagi memastikan penyusunan semula Perikatan Itali dalam warganegara Rom. Apabila Sulpicius mendapat sokongan dari Marius yang akan menyokong akta ("bill"), dia menyusuh penyokongnya merusuh. Sulla kembali ke Rom dari kepongan di Nola untuk berjumpa dengan Pompeius Rufus, bagaimanapun penyokong Sulpicius menyerang pertemuan tersebut, memksa Sulla mencari perlindungan di rumah Marius, yang kemudiannya memaksa Sulla untuk menyokong Sulpicius menyokong pro legislatif Italian. Menantu Sulla snediri terbunuh dalam rusuhan ini. Selepas Sulla meninggalkan Rom untuk kembali ke Nola, Sulpicius (selepas menerima janji dari Marius untuk menghapuskan hutang besarnya) memanggil Perhimpunan Dewan ("Deliberative assembly") untuk membatalkan keputusan Senate mengenai perintah Sulla, dan memindahkannya pada Marius. Sulpicius turut menggunakan perhimpunan itu untuk menyingkirkan Senator dari Senat Rom sehinggakan tidak cukup senator untuk membentuk quorum. Keganasan dalam Forum meletus, sesetengah bangsawan cuba melanyak Sulpicius (sebagaimana yang dilakukan pada saudaranya Gracchi, dan ke atas Saturninus) tetapi gagal apabila berhadapan dengan pengawal peribadi gladiatornya.
Sulla menerima berita mengenainya di kem kemenangan veteran Perang Social, menunggu di selatan Itali untuk menyeberang kembali ke Greece. Dia mengistiharkan langkah yang telah diambil bagi menentang dirinya, dan tenteranya merejam batu pada wakil perhimpunan yan datang untuk mengistiharkan bahawa pemerintahan Perang Mithridatic Rom. Ini merupakan langkah yang tidak pernah dilakukan. Tidak ada general sebelumnya pernah melintasi sempadan bandar, pomoerium, dengan tenteranya. Kebanyakan komandernya (dengan pengecualian saudaranya melalui perkahwinan dengan Lucullus) enggan mengiringinya. Sulla mewajarkan tindakannya berdasarkan bahawa Senate telah dilumpuhkan dan mos maiorum ("cara orang tua"/"cara tradisi", yang menyamai dengan perlembagaan Rom sungguhpun tidak ada darinya pernah dirumuskan sedemikian) telah disalahi melalui penyingkiran Senate ke atas hak konsol tahun itu untuk mengetuai perang tahun itu. Gladiator bersenjata gagal menentang tentera Rom yang teratur; dan sungguhpun Marius menawarkan kebebasan kepada mana-mana hamba yang akan menyertainya menentang Sulla (tawaran yang dikatakan oleh Plutarch hanya disambut oleh tiga orang hamba)[10] he and his followers were forced to flee the city.
Sulla mengukuhkan kedudukannya, dan mengistiharkan Marius dan penyokongnya sebagai hostes (musuh negara), dan berucap pada Senate dalam nada keras, menggambarkan dirinya sebagai mangsa, kemungkinannya untuk membenarkan kemasukan menggunakan kekerasan ke dalam bandar. Selepas menyusun politik bandar dan mengukuhkan kuasa Senate, Sulla kembali ke kemnya dan meneruskan rancangan asalnya untuk melawan Mithridates di Pontus.
Sulpicius dikhianati dan dibunuh oleh salah seorang hambanya, yang kemudiannya dibebaskan oleh Sulla sebelum kemudiannya dihukum bunuh. Marius, bagaimanapun, lari menyelamatkan diri ke Afrika. Dengan Sulla berada di luar Rom, Marius merancang kepulangannya. Semasa tempoh buang daerahnya Marius bertekad untuk memegang jawatan konsol kali ketujuhnya, sebagaimana diramalkan oleh Sibyl berabad sebelumnya. Menjelang akhir 87 BC Marius kembali ke Rom dengan sokongan Lucius Cornelius Cinna dan, semasa ketiadaan Sulla, mengambil alih kawalan bandar. Marius mengistiharkan pembaharuan Sulla dan undang-undangnya batal dan membuang daerah Sulla secara rasmi. Marius dan Cinna dilantik sebagai konsol bagi tahun 86 BC. Marius mati tidak lama kemudian, dan Cinna tinggal sebagai penguasa tunggal Rom.
Perang Mithridatic Pertama
suntingPada musim bunga 87 BC Sulla mendarat di Dyrrachium, di Illyria. Asia diduduki oleh pasukan Mithridates di bawah pemerintahan Jeneral Archelaus. Sasaran pertama Sulla adalah Athens, yang diperintah oleh boneka Mithridatic; tyrant Aristion. Sulla bergerak ke asia tenggara, mengumpulkan perbekalan dan sokongan dalam perjalanan. Ketua kaki tangan Sulla adalah Lucullus, yang pergi di hadapannya untuk meninjau jalan dan berunding dengan Bruttius Sura, komander Rom ketika itu di Greece. Selepas berunding dengan Lucullus, Sura menyerahkan pemerintahan tenteranya kepada Sulla. Di Chaeronea, duta dari semua bandar utama Greece (kecuali Athens) berjumpa dengan Sulla, yang menekankan pada mereka mengenai tekad Rom untuk menghalau Mithridates dari Greece dan Asia Province. Sulla kemudian mara ke arah Athen.
Pengepongan Athen
suntingSebaik sahaja sampai, Sulla mendirikan kerja pengepongan yang mengelilingi bukan sahaja Athen tetapi termasuk pelabuhan Piraeus. Pada masa itu Archelaus memiliki kuasa laut, dengan itu Sulla menghantar Lucullus untuk membentuk armada dari sisa penyokong Rom di Mediterranean timur. Matlamat pertamanya adalah Piraeus, kerana tanpanya Athen tidak dapat mendapatkan bekalan. Kerja tanah yang besar dibina, mengasingkan Athens dan pelabuhannya dari sebelah darat. Sulla memerlukan kayu, dengan itu dia menebang rimbunan suci Greece, sehingga 100 batu dari Athens. Apabila lebih banyak wang diperlukan dia “meminjam” dari kuil dan Sibyl juga. Siling yang ditempa dari harta karun ini akan kekal dalam kitaran selama beberapa abad dan dihargai bagi kualitinya.
Sungguhpun dengan pengepongan Athens dan pelabuhan sepenuhnya, dan beberapa usaha oleh Archelaus untuk mengagalkan kepongan, keadaan seri kelihatannya muncul. Sulla, bagaimanapun, dengan sabar menunggu tempohnya. Tidak lama kemudian kem Sulla dipenuhi oleh pelarian dari Rom, melarikan diri dari pemyembelihan oleh Marius dan Cinna. Ini termasuk isteri dan anak-anaknya, termasuk juga ahli parti Optimate yang tidak dibunuh.
Athens masa itu mulai kebuluran, dan harga bijiran meningkat pada tahap kebuluran. Dalam bandar, penduduk terpaksa memakan kulit kasut dan rumput. Perwakilan dari Athens dihantar bagi berunding dengan Sulla, tetapi disebalik berunding dengan serius mereka menekankan keagungan bandar mereka. Sulla menghantar mereka pergi sambil berkata: “Saya dihantar untuk menakluk Athens, bukan untuk belajar, tetapi untuk menundukkan pemberontak agar patuh.”
Pengitipnya kemudiannya memberitahunya bahawa Aristion telah mengabaikan Heptachalcum (sebahagian dari dinding bandar). Sulla segera menghantar juruteranya untuk melemahkan dinding. Sembilan ratus kaki dinding antara pintu Suci dan Piraeic di sebelah baratdaya bandar dirobohkan. Penjarahan Athens waktu malam bermula, dan selepas ejekan Aristion, Sulla tidak berada dalam keadaan bermurah hati. Darah dikatakan mengalir di jalanan, dan ia hanya selepas rayuan daripada beberapa orang sahabat Greeknya (Midias dan Calliphon) dan rayuan dari Senator Rom dalm kem nya barulah Sulla memutuskan ia mencukupi. Dia kemudian menumpukan tenteranya di Pelabuhan Piraeus, dan Archelaus, melihat keadaan tidak dapat diselamatkan, berundur ke kubu kota dan meninggalkan pelabuhan untuk menyertai pasukannya di bawah pemerintahan Taxiles. Sulla, masih tidak memiliki armada, tidak mampu menghalang Archelaus melepaskan diri. Sebelum dia meninggalkan Athens, dia membakar pelabuhan tersebut sepenuhnya. Sulla kemudian maju ke Boeotia untuk bertempur dengan tentera Archelaus dan menyingkir mereka dari Greece.
Pertempuran Chaeronea
suntingSulla tidak membuang masa untuk memintas tentera Pontic, untuk menduduki sebuah bukit yang dikenali sebagai Philoboetus yang bercabang dari Gunung Parnassus, mengadap dataran Elatean, dangan bekalan kayu dan air yang banyak. Tentera Archelaus, ketika itu dipimpin oleh Taxiles, terpaksa mendekati dari utara dan mara sepanjang lembah ke arah Chaeronea. Terdiri daripada lebih dari 120,000 orang, ia melebihi pasukan Sulla dengan sekurang-kurangnya 3 berbanding 1. Archelaus menyokong polisi melesukan pasukan Rom, tetapi Taxiles mendapat perintah dari Mithridates untuk menyerang dengan segera. Sulla menyuruh tenteranya menggali perparitan dan menduduki Bandar Parapotamii, yang kukuh dan mengawal laluan menyeberang tohor sungai pada jalan ke Chaeronea. Dia kemudian membuat gerakan yang kelihatan bagi Archelaus seperti pengunduran. Dia meninggalkan lintasan menyeberang tohor sungai dan bergerak ke belakang perparitan palisade (pagar ranjau). Di belakang palisade terletak arteleri dari pengepongan Athens.
Archelaus mara menyeberangi tohor sungai dan cuba bergerak kesebelah rusuk tentera Sulla, tetapi sayap kanannya ditolak kebelakang, menambah kekeliruan. Pedati Archelaus kemudian menyerbu bahagian tengah Rom, hanya untuk dimusnahkan di hadapan pagar ranjau palisade. Kemudian pasukan phalanxes mara: mereka juga mendapati pagar ranjau palisade tidak dapat ditembusi, dan menerima tembakan bertalu-talu dari arteliri medan Rom. Archelaus kemudian menggerakkan sayap kanannya kesebelah sayap kiri Rom; Sulla, menyedari bahaya pergerakan ini, meluru dari sebelah sayap kanan Rom untuk membantu. Sulla menstabilkan keadaan, dan pada saat itu Archelaus menggerakkan lebih tentera dari sebelah sayap kanannya. Ini menggoyahkan tentera Pontic, menyerongkannya kearah sayap kanannya. Sulla meluru kembali ke sebelah sayap kanannya dan memerintah kemaraan sepenuhnya. Pihak legion, di sokong oleh tentera berkuda, meluru kehadapan dan tentera Archelaus terlipat keatas dirinya sendiri, seperti menutup dek kad. Penyembelihannya adalah teruk dengan sesetengah laporan menganggarkan hanya 10,000 orang dari tentera asal Mithridates terselamat. Sulla telah mengalahkan pasukan yang jauh lebih besar dari segi jumlah; ia juga kali pertama direkodkan mengenai penggunaan perparitan medan pertempuran.
Pertempuran Orchomenus
suntingGabenor Rom (i.e., Cinna) kemudian menghantar Lucius Valerius Flaccus dengan tentera untuk melucutkan pimpinan Sulla di timur. Pemimpin kedua Flaccus adalah Gaius Flavius Fimbria, yan tidak banyak kebaikan. (Dia akhirnya merusuh melawan pegawai pemerintahnya dan mengapi-apikan tenteranya untuk membunuh Flaccus). Kedua tentera Rom berkemah bersebelahan sesama sendiri; dan Sulla, tidak untuk kali pertamanya, menggalakkan tenteranya untuk menimbulkan perpecahan dikalangan tentera Flaccus. Ramai melarikan diri menyertai Sulla sebelum Flaccus berkemas dan bergerak ke utara untuk mengancam penguasaan Mithridates di utara. Sementara itu, Sulla bergerak bagi memintas tentera baru Pontic.
Dia memilih tapak pertempuran yang datang — Orchomenus, sebuah bandar di Boeotia yang membenarkan tentera yang lebih kecil untuk berlawan dengan tentera yang lebih besar, disebabkan pertahanan semulajadinya, dan merupakan muka bumi yang baik bagi penggunaan perparitan ciptaan Sulla. Pada masa ini tentera Pontic melebihi 150,000 orang, dan mendirikan kemah di hadapan tentera Rom yang sibuk, bersebelahan tasik besar. Archelaus kemudiannya menyedari apa yang dilakukan oleh Sulla. Sulla bukan sekadar menggali perparitan tetapi juga daik, dan tidak lama kemudian dia meletakkan tentera Pontic dalam masalah besar. Serangan cepat terdesak oleh pasukan Pontic dipatahkan oleh tentera Rom dan daik terus bergerak kehadapan.
Pada hari kedua, Archelaus melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk meloloskan diri dari jaringan daik Sulla—dan keseluruhan tentera Pontic digerakkan kearah tentera Rom—tetapi legionaries Rom duduk bersama rapat-rapat sehinggakan pedang pendek mereka membentuk halangan yang tidak dapat dilepasi, dari mana pihak musuh tidak dapat lari. Pertempuran bertukar menjadi pengunduran kelam bakut, dengan penyembelihan pada skala besar-besaran. Plutarch mencatatkan bahawa selepas dua ratus tahun kemudian, perisai dan senjata dari pertempuran tersebut masih dijumpai. Pertempuran Orchomenus merupakan salah satu pertempuran mutlak dunia. Ia menentukan nasib Asia kecil terletak di tangan Rom dan penggantinya bagi kurun berikutnya.
Kemenangan Sulla dan penyelesaian
suntingPada tahun 86 BC, selepas kejayaan Sulla dalam Pertempuran Orchomenos, dia pada awalnya menghabiskan sedikit masa menetapkan kembali kuasa Rom. Wakilnya kemudiannya sampai bersama armada yang diarah untuk dikumpulkan dan Sulla sedia untuk menawan kembali pulau Greek yang terlepas sebelum menyeberang ke Asia Kecil. Tentera Rom kedua di bawah pimpinan Flaccus ketika itu bergerak melalui Macedonia dan memasuki Asia Kecil. Selepas penawanan Philippi, sisa pasukan Mithridatic menyeberang Hellespont untuk mengelak dari pasukan Rom. Pasukan Rom di bawah pimpinan Fimbria digalakkan untuk menjarah dan menimbulkan kekecohan besar ketika ia lalu, menimbulkan masalah antara Flaccus dan Fimbria. Flaccus merupakan seorang yang berdisplin ketat dan tingkah-laku leftenannya mendorong kepada pertelingkahan antara mereka.
Pada satu tahap ketika tentera ini menyeberangi Hellespont ketika mengejar pasukan Mithridates, Fimbria kelihatannya memulakan pemberontakan menentang Flaccus. Sungguhpun kelihatan kecil sahaja sehingga tidak menyebabkan kesan segera di medan, Fimbria dilucutkan jawatannya dan diperintah kembali ke Rom. Bagaimanapun, perjalanan balik termasuk berhenti di bandar pelabuhan Byzantium, dan di sini Fimbria mengambil pimpinan garison, disebalik meneruskan perjalanan kembali. Apabila Flaccus mendengar hal tesrebut dia menggerakkan tenteranya ke Byzantium untuk menghentikan pemberontakan ini, tetapi pergi kearah kemusnahan dirinya sendiri. Tenteranya lebih sukakan Fimbria (tidak menghairankan memandangkan dia membenarkan penjarahan) dan pemberontakan menyeluruh meletus. Flaccus cuba melarikan diri, tetapi ditawan dan tidak lama kemudian komander Konsular dihukum bunuh. Dengan penghapusan Flaccus, Fimbria mengambil alih pucuk pimpinan.
Pada tahun berikutnya (85 BC) Fimbria membawa pertempuran ke Mithridates ketika Sulla terus beroperasi di Kepulauan Greek di Aegean. Fimbria dengan pantas mencapai kemenangan mutlak ke atas sisa pasukan Mithridatic dan bergerak ke ibu negara Pergamum. Dengan kesemua harapan berkecai bagi Mithridates, dia lari dari Pergamum ke bandar persisiran Pitane. Fimbria, mengejar, mengepong bandar tersebut, tetapi tidak memiliki armada bagi menghalang Mithridates lepas lari melalui laut. Fimbria meminta legate Sulla, Lucullus untuk membawa armadanya datang bagi menghalang Mithridates, tetapi kelihatannya Sulla mempunyai rancangan yang lain.
Sulla kelihatannya sedang berunding secara peribadi dengan Mithridates bagi mengakhiri perang. Dia ingin menawarkan syarat mudah dan menamatkan sebarang kesulitan secepat mungkin. Lebih cepat ia dikendalikan, lebih pantas dia dapat menyelesaikan masalah politik di Rom. Dengan memikirkan hal ini, Lucullus dan tentera lautnya enggan membantu Fimbria, dan Mithridates 'lolos' ke Lesbos. Kemudian di Dardanus, Sulla dan Mithridates bersemuka bagi merundingkan syarat perdamaian. Dengan Fimbria mengembalikan penguasaan Rom di bandar-bandar di Asia Kecil, kedudukan Mithridates tidak tertahan sepenuhnya. Tetapi Sulla, memikirkan hal Rom, menawarkan syarat serdahana yang luar biasa. Mithridates terpaksa menyerahkan keselua penaklukannya (yang Sulla dan Fimbria telahpun berjaya merampas kembali), menyerahkan sebarang tahanan Rom, memberikan armada 70 buah kapal kepada Sulla bersama bekalan, dan membayar ufti 2,000 hingga 3,000 talent emas. Sebagai pertukaran, Mithridates dibenarkan mengekalkan kerajaan asalnya dan mendapat kembali gelaran "sahabat rakyat Rom."
Bagaimanapun hal di timur masih belum diselesaikan. Fimbria mendapat kuasa penuh di jajahan Asia dan memimpin penindasan kejam terhadap mereka yang terbabit menentang Rom, dan mereka yang kini menyokong Sulla. Tidak mampu meninggalkan tentera yang berpotensi merbahayakan di belakangnya, Sulla menyeberang ke Asia. Dia mengejar Fimbria ke pangkalannya di Thyatira di mana Fimbria yakin dengan keupayaannya untuk mematahkan serangan. Fimbria, bagaimanapun, mendapati bahawa orang-orangnya tidak mahu terbabit dengan penentangan terhadap Sulla dan ramai yang melarikan diri atau enggan bertempur dalam pertempuran yang akan berlaku. Merasakan semuanya musnah, Fimbria membunuh diri, sementara tenteranya menyertai Sulla.
Untuk memastikan ketaatan tentera Fimbria dan veterennya, yang tidak suka dengan ringan pada Mithridates, musuh mereka, Sulla kini mula menghukum jajahan Asia. Tentera veterennya diagih sepanjang jajahan dan dibenarkan memeras kekayaan masyarakat tempatan. Denda berat dikenakan pada jajahan bagi menggantikan cukai yang tidak di bayar sepanjang pemberontakan mereka dan kos perperangan.
Pada permulaan tahun 84 BC, Cinna, yang masih merupakan seorang konsol di Rom, berhadapan dengan kekacauan kecil dikalangan puak Illyrian. Mungkin sebagai satu cubaan mendapatkan pengalaman bagi tentera yang diharapkannya untuk menandingi pasukan Sulla, atau untuk membuktikan kepada Sulla bahawa pihak Senat turut memiliki kekuatannya sendiri, Cinna membentuk tentera bagi menangani masalah Illyrian ini. Lebih memudahkan lagi, punca kekacauan ini terletak betul-betul di antara Sulla dan laluannya ke Rom. Cinna terlalu mendesak orang-orangnya untuk menduduki kedudukan di Illyria dan membuat gerakan paksa melalui gunung yang diselitupi salji yang membuatkan Cinna dibenci tenteranya. Tidak lama selepas meninggalkan Rom, Cinna direjam dengan batu sehingga mati oleh orang-orangnya sendiri. Mendengarkan mengenai kekosongan kuasa yang terjadi di Rom, Sulla mengumpulkan tenteranya dan mula bergerak buat kali kedua ke ibu kota.
Pergerakan Kali Kedua ke Rom
suntingPada tahun 83 BC Sulla menyediakan 5 legionnya dan meninggalkan 2 legion yang sebelumnya di bawah Fimbria untuk mengekalkan keamanan di Asia Kecil. Pda musim bunga tahun itu, Sulla menyeberangi Adriatik dengan armada besar dari Patrae, barat Corinth, ke Brundisium dan Tarentum di tumit Itali. Mendarat tanpa tentangan, dia diberikan peluang yang mencukupi bagi persedian untuk perperangan yang akan berlaku.
Di Rom, konsol yang baru dilantik, Lucius Cornelius Scipio Asiaticus dan C. Norbanus mengerah dan menyediakan tentera mereka sendiri bagi menghalang Sulla dan melindungi kerajaan Republikan. Norbanus yang pertama bergerak dengan tujuan menghalang kemaraan Sullan di Canusium. Kalah teruk, Norbanus terpaksa berundur ke Capua tetapi tiada rehat. Sulla mengekori musuh yang ditewaskannya dan memenangi satu lagi kemenangan dalam tempoh yang singkat. Sementara itu Asiagenus turut berbaris ke selatan dengan tenteranya sendiri. Bagaimanapun, Asiagenus atau tenteranya, kelihatannya tidak memiliki kecenderungan untuk bertempur. Di bandar Teanum Sidicinum, Sulla dan Asiagenus berjumpa berhadapan untuk berunding dan Asiagenus menyerah tanpa bertempur. Tentera yang dihantar untuk menghentikan Sulla teragak-agak uantuk bertempur dengan veteren yang berpengalaman, dan pastinya dengan gesaan pengitip Sulla, meninggalkan tujuan mereka, sebaliknya menyertai pihak Sulla. Tinggal tanpa tentera, Asiagenus tidak memiliki banyak pilihan kecuali untuk bekerja sama dan tulisan Cicero berikutnya mencadangkan bahawa kedua-dua mereka telah berbincang mengenai banyak perkara berkaitan kerajaan Rom dan Perlembagaan.
Sulla membenarkan Asiagenus meninggalkan kem-nya, benar-benar mempercayai bahawa Asiagenus sebagai penyokongnya. Asiagenus kemudiannya dijangka menghantar syarat kepada Senat tetapi sebaliknya terus membatalkan sebarang buah fikiran untuk menyokong Sulla sebaik sahaja dibebaskan. Sulla kemudiannya mengistiharkan dihadapan umum bahawa bukan sahaja Asiagenus akan dihukum kerana menentangnya, tetapi semua orang yang terus menentangnya selepas pengkhianatan ini akan berhadapan dengan akibat yang buruk. Sungguhpun begitu, dengan tiga kejayaan pantas Sulla, keadaan bertukar menjadi semakin baik pada pihaknya. Ramai yang memegang kuasa, yang belum mengambil bahagian dengan jelas, kini memilih untuk menyokong Sulla. Yang pertama dari mereka adalah Q. Caecilius Metellus Pius yang memerintah Afrika. Musuh lama Marius, dan dengan itu juga terhadap Cinna, memilih untuk memberontak secara terbuka menentang pasukan Marian di Afrika. Bantuan tambahan datang dari Picenum dan Sepanyol. Dua dari tiga triumvir akan datang memilih untuk menyokong matlamat Sulla dalam usahanya mendapatkan kuasa. Marcus Licinius Crassus berbaris masuk dengan tentera dari Sepanyol, dan kemudiannya akan memainkan peranan penting semasa Pintu Masuk Colline. Anak muda Pompeius Strabo (penyembelih Asculum semasa Perang Social), menubuhkan tenteranya sendiri dari kalangan veteren bapanya dan memberi sokongannya pada Sulla. Pada usia 23, dan tidak pernah memegang jawatan Senator, Pompey mencelahkan dirinya dalam arena politik dengan sokongan tentera.
Walau bagaimanapun, perang terus berlarutan dengan pihak Asiagenus menubuhkan tentera pertahanan lain. Kali ini dia menumpukan Pompey, tetapi sekali lagi tenteranya meninggalkannya dan menyertai musuhnya. Akibatnya, rasa terdesak timbul di Rom ketika pengakhiran tahun 83. Pihak Senate melantik kembali Papirius Carbo, Konsol bersama lama Cinna, untuk penggal ketiganya, dan Gaius Marius yang Muda, 26 tahun anak kepada jeneral hebat, untuk penggal pertamanya. Berharap untuk memberi inspirasi pada penyokong Marian sepanjang dunia Rom, kerahan bermula dengan hebatnya dikalangan puak Itali yang sentiasa taat pada Marius. Sebagai tambahan, mereka yang mungkin menyokong Sulla dibunuh. Praetor bandar L. Junius Brutus Damasippus memimpin penyembelihan Senator yang kelihatannya cenderung kepada pasukan penceroboh, satu lagi peristiwa pembunuhan dalam putaran keganasan sebagai alat politik pada Akhir Republik.
Ketika kempen tahun 82 BC bermula, Carbo membawa pasukannya ke utara bagi menentang Pompey ketika Marius bergerak menentang Sulla di selatan. Cubaan bagi mengalahkan Pompey gagal dan Metellus bersama pasukan Afrikanya bersama Pompey mengukuhkan Itali Utara bagi Sulla. Di Selatan, Marius muda mengumpul hos besar Samnites yang pasti kehilangan pengaruh dengan penguasaan anti-popular Sulla di Rom. Marius bersemuka dengan Sulla di Sacriportus dan kedua pasukan bertempur dalam pertempuran yang panjang dan mendesak. Pada akhirnya, ramai pengikut Marius berpaling tadak menyertai Sulla dan dia tidak memiliki pilihan tetapi berundur ke Praeneste. Sulla mengekori anak musuh ketatnya dan mengepong bandar tersebut, meninggalkan orang bawahannya sebagai ketua. Sulla sendiri bergerak ke utara bagi menekan Carbo, yang telah mengundur ke Etruria bagi menghalang antara Rom dan pasukan Pompey dan Metellus.
Pertempuran tidak menentu berlangsung antara pasukan Carbo dan Sulla tetapi Carbo mengetahui bahawa matlamatnya telah gagal. Berita tiba mengenai kekalahan Norbanus di Gaul, dan dia turut berpaling tadah menyertai Sulla. Carbo, terperangkap antara tiga tentera musuh dan tanpa harapan untuk diselamatkan, lari ke Afrika. Ia bagaimanapun bukanlah berakhirnya tentangan, kerana sisa pasukan Marian kembali berkumpul dan berusaha beberapa kali untuk membantu Marius muda di Praeneste. Satu pasukan Samnite di bawah Pontius Telesinus menyertai usaha bantuan tetapi gabungan tentera masih gagal mengatasi Sulla. Disebalik terus untuk cuba menyelamatkan Marius, Telesinus bergerak ke utara untuk mengancam Rom.
Pada 1 November 82 BC, kedua pasukan bertemu dalam pertempuran di Pintu pagar Colline, hanya di luar Rom. Pertempuran adalah besar dan amat sengit dengan kedua pihak pasti kejayaan mereka akan menyelamatkan Rom. Sulla ditolak kuat di sayap kiri dan keadaan amat merbahaya sehinggakan dia dan orang-orangnya ditolak membelakangi dinding kota. Pasukan Crassus, bertempur di sebelah sayap kanan Sulla bagaimanapun berjaya mengatasi sayap musuh dan mengundurkan mereka. Pasukan Samnites dan the Marian mengalah dan lari. Pada akhirnya, lebih 50,000 pejuang kehilangan nyawa mereka dan Sulla berdiri sendirian sebagai tuan pada Rom.
Ditaktor dan Pembaharuan Perlembagaan
suntingPada akhir tahun 82 BC atau permulaan tahun 81 BC,[11] pihak Senat melantik Sulla ditaktor Rom legibus faciendis et reipublicae constituendae causa ("diktaktor bagi membuat undang-undang dan bagi menetapkan perlembagaan"). Keputuisan ini kemudiannya disahkan oleh "Perhimpunan Rakyat", tanpa had masa berkhidmat. Sulla memiliki kuasa penuh ke atas bandar dan republik Rom, kecuali ke atas Hispania (yang jeneral Marius, Quintus Sertorius telah tubuhkan sebagai negeri merdeka). Perlantikan luar biasa ini (digunakan selepas ini hanya dalam masa bahaya besar pada bandar, seperti semasa Perang Punic Kedua, dan hanya bagi tempoh 6 bulan) merupakan pengecualian pada polisi Rom untuk tidak menyerahkan kuasa penuh pada hanya seorang individual. Sulla boleh dilihat sebagai menjadi contoh bagi jawatan ditaktor Julius Caesar, dan akhirnya pengakhiran Republik di bawah Augustus.
Dengan kuasa mutlak ke atas bandar Rom dan urusannya, Sulla melaksanakan program menghukum mereka yang dia lihat sebagai musuh negara. Ini serupa dengan (dan sebagai balasan kepada) pembunuhan yang dilaksanakan oleh Marius dan Cinna ketika mereka berkuasa terhadap Republik semasa ketiadaan Sulla. Pengharaman ("Proscription") atau menghukum semua orang yang dilihatnya sebagai bertindak menentang kepentingan Republik semasa dia berada di timur, Sulla memerintahkan lebih 1,500 bangsawan (contoh., senator dan Equestrian (Rom) dihukum bunuh, sungguhpun ia dianggarkan seramai sehingga 9,000 orang telah dibunuh.[12] Penghapusan berlanjutan selama beberapa bulan. membantu atau melindungi orang yang disingkirkan juga boleh dihukum bunuh. Negara merampas kekayaan yang dihukum bersalah dan melelongkannya, menjadikan Sulla dan penyokongnya amat kaya. Anak dan cucu kepada orang yang dihukum bersalah diharamkan dari jawatan politik masa hadapan, larangan yang berlanjutan selama lebih 30 tahun.
Caesar muda, sebagai menantu Cinna, merupakan salah seorang sasaran Sulla dan lari dari bandar. Dia diselamatkan melalui usaha saudaranya yang ramai dari mereka merupakan penyokong Sulla, tetapi Sulla menulis dalam memoirnya bahawa dia menyesal mengampunkan nyawa Caesar, kerana cita-cita jahat pemuda itu. Sejarahwan Suetonius merekodkan bahawa ketika bersetuju mengampunkan Caesar, Sulla memberi amaran kepada mereka yang merayu bagi pihaknya bahawa dia akan menjadi ancaman pada mereka di masa hadapan, menyatakan "pada Caesar ini terdapat ramai Mariuses."[13][14]
Sulla, yang telah melihat kekejaman akibat pembaharuan popularis radikal (terutama di bawah Marius dan Cinna), secara semulajadi konservetif; his conservatism was more reactionary when dealing with the Tribunate and legislative bodies, while more visionary when reforming the court system and membership of the Senate.[15] Oleh itu, dia cuba mengukuhkan golongan aristokrat, dan dengan itu Senat.[15] Sulla retained his earlier reforms, which required senatorial approval before any bill could be submitted to the Plebeian Council (the principal popular assembly), and which had also restored the older, more aristocratic ("Servian") organization to the Century Assembly (assembly of soldiers).[16] Sulla, dirinya sendiri seorang Patrician dan dengan itu tidak layak bagi pencalunan bagi jawatan Plebeian Tribune, sepenuhnya membenci jawatan tersebut, kerana membesar semasa huru-hara era Gracchi. Oleh kerana Sulla melihat jawatan itu, terutamanya Tribunate sebagai merbahaya, yang sebahagiannya akibat latar belakangnya yang radikal, dan dengan itu matlamatnya bukan sahaja menghapuskan kuasa Tribunate, tetapi juga penghormatannya. Penyusunan semula Tribunes Gracchi merupakan salah satu sejarah radikalnya, tetapi bukanlah satu-satunya contohnya; Sulla sendiri telah secara rasmi dihilangkan pemerintahan timurnya melalui aktiviti tidak telus tribune. Sepanjang tiga tahun sebelumnya, tribunes merupakan pegawai yang paling bertanggung jawab bagi kehilangan kuasa oleh aristokrat. Disebabkan Tribunate merupakan cara prinsip di mana demokrasi Rom selalunya menegaskan dirinya terhadap golongan bangsawan aristokrat, adalah amat penting kepada Sulla untuk dia melumpuhkan jawatan tersebut. Melalui pembaharuannya pada Majlis Plebeian, tribuna kehilangan kuasa untuk memulakan legislasi. Sulla kemudian melarang bekas tribuna dari memegang apa-apa jawatan lain buat selama-lamanya, dengan itu individual yang bercita-cita tinggi tidak lagi merebut perlantikan ke Tribuna, kerana pemilihan tersebut akan mematikan kerjaya politik mereka.[17] Akhirnya, Sulla memansuhkan kuasa tribuna untuk membatalkan tindakan Senat, sungguhpun dia membiarkan kuasa tribuna kekal bagi melindungi rakyat Rom individu.
Sulla kemudian meningkatkan bilangan hakim ("magistrates") yang dilantik pada tahun tertentu,[15] dan memerlukan kesemua quaestor yang baru dilantik secara automatik diberikan keahlian dalam Senat. Kedua pembaharuan ini dilaksanakan terutamanya bagi membenarkan Sulla menambah saiz Senat dari 300 kepada 600 senator. Ini turut menghapuskan keperluan bagi Censor Rom untuk menyediakan daftar senator, oleh kerana ia sentiada terdapat bilangan bekas magistrates lebih dari mencukupi untuk memenuhi senat.[15] Untuk mengukuhkan kuasa dan kemuliaan Senat, Sulla memindahkan kawalan mahkamah dari equites, yang telah mengawalnya sejak pembaharuan Gracchi, kepada senator. Ini, bersama dengan peningkatan bilangan mahkamah, menambahkan lebih lanjut kuasa yang telah dipegang oleh para senator.[17] Dia turut mencipta kod, dan dengan itu menetapkan dengan jelas, cursus honorum,[17] yang memerlukan seseorang individual untuk mencapai usia dan tahap pengalaman tertentu sebelum bertanding bagi sebarang jawatan. Sulla turut ingin mengurangkan risiko jeneral masa hadapan yang mungkin cuba merampas kuasa, sebagaimana yang dilakukan olehnya. Bagi mengurangkan risiko ini, dia mengesahkan bahawa sebarang individual perlu menunggu selama sepuluh tahun sebelum kembali dilantik ke sebarang jawatan. Sulla kemudian menubuhkan sistem di mana kesemua konsul dan praetor berkhidmat di Rom semasa tahun mereka menjawat, dan kemudian memimpin tentera jajahan sebagai gabenor bagi tahun mereka meninggalkan pejabat.[17]
Akhirnya, dalam paparan kuasa mutlaknya, dia meluaskan "Pomerium", sempadan suci Rom, YANG tidak berubah sejak tempoh raja-raja.[18] Banyak pembaharuan Sulla mengambil masa lalu (sering kali meluluskan undang-undang dahulu), tetapi dia juga mengatur masa hadapan, terutama dalam takrifan undang-undang majestas (pengkhianat) dan pembentukan semula senat.
Pada akhir tahun 81 BC, Sulla, benar pada sentimen tradisionalnya, meletak jawatan sebagai ditaktor, menyuraikan pasukan legionnya dan memulihkan kembali kerajaan konsular biasa. Dia turut bertanding bagi (dengan Metellus Pius) dan dilantik sebagai konsol pada tahun berikutnya, 80 BC. Dia mengabaikan pengkritiknya ("lictors") and walked unguarded in the Forum, offering to give account of his actions to any citizen.[19][20] In a manner that the historian Suetonius thought arrogant, Julius Caesar would later mock Sulla for resigning the Dictatorship.[21]
Persaraan dan kematiannya
suntingSelepas memegang jawatan konsol kali kedua, dia mengundurkan dirinya ke vila kampung di Puteoli untuk bersama keluarganya. Dari jarak ini, dia kekal terasing dari aktiviti politik harian di Rom, campurtangan beberapa kali hanya apabila polisinya terbabit (contoh., peristiwa Granius).
Matlamat Sulla kini adalah untuk menulis memoirnya, yang dia tamatkan pada tahun 78 BC, sejurus sebelum kematiannya. Ia kebanyakannya telah hilang, sungguhpun serpihannya kekal sebagai petikan pada penulis berikutnya. Kisah silam mengenai kematian Sulla menunjukkan dia mati akibat kegagalan hati atau ulser gastrik pecah (simptom pendarahan dari mulut diikuti demam yang tidak pernah pulih) disebabkan oleh alah guna alkohol kronik.[22][23] Pengkebumiannya di Rom (di Forum Rom, dengan kehadiran keseluruhan penduduk bandar) merupakan pada skala yang tidak ditandingi sehingga Augustus pada AD 14. Epitahnya berbunyi "Tiada sahabat yang pernah berkhidmat, dan tiada musuh yang pernah bersalah denganku, yang tidak aku balas sepenuhnya".[24]
Warisan Sulla
suntingSungguhpun undang-undang Sulla berkaitan dengan kelulusan bagi kemasukan ke Senat Rom, pembaharuan sistem perundangan dan peraturan jawatan gabenor, antara lain kekal pada statut Rom lama sehingga Principate, sementara sesetengah perundangannya dibatalkan kurang dari satu dekad selepas kematiannya. Kuasa pembatal veto bagi tribuna dan kuasa perundangan mereka dipulihkan, ironiknya yang semasa pemerintahan konsol Pompey dan Crassus. Bagaimanapun, Sulla gagal merangka penyelesaian di mana tentera (berikutan pembentukan semula oleh Marian membenarkan tentera dikalangan bukan pemilik tanah) kekal taat pada Senat dan bukannya pada Jeneral seperti dirinya. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa dia sedar mengenai bahanya itu. Dia ada meluluskan undang-undang bagi menghadkan tindakan para jeneral di jajahan mereka (undang-undang yang kekal dikuat-kuasakan lama pada tempoh kemaharajaan), bagaimanapun, ia tidak menghalang jeneral yang bertekad seperti Pompey dan Julius Caesar dari menggunakan tentera mereka bagi cita-cita peribadi menentang Senat. Ini menonjolkan kelemahan Senat pada lewat tempoh republik dan ketidakupayaannya mengawal ahli paling bercita-cita tinggi.
Sulla pada umumnya dilihat menjadi contoh yang mendorong Caesar melintasi Rubicon, dan juga yang akhirnya memberikan inspirasi pada Caesar sebagai Ditaktor. Cicero mengulas bahawa Pompey pernah berkata "Sekiranya Sulla boleh, mengapa tidak saya?.[25] Contoh Sulla membuktikan bahawa ia dapat dilakukan, dan dengan itu memberi inspirasi kepada orang lain untum mencubanya; dan dari segi ini, dia dilihat sebagai satu lagi langkah kearah kejatuhan Republik.
Keturunan Sulla terus menonjol dalam politik Rom sehingga tempoh kemaharajaan. Anaknya, Faustus Cornelius Sulla mengeluarkan denarii memiliki nama ditaktor, sebagaimana seorang cucunya, Quintus Pompeius Rufus. Keturunannya dikalangan Cornelii Sullae akan memegang empat jawatan konsol semasa tempoh kemaharajaan: Lucius Cornelius Sulla pada tahun 5 BC, Faustus Cornelius Sulla pada tahun AD 31, Lucius Cornelius Sulla Felix pada tahun AD 33, dan Faustus Cornelius Sulla Felix (anak pada konsol 31) pada tahun AD 52. Yang kemudian merupakan suami Claudia Antonia, anak maharaja Claudius. Pembunuhannya pada tahun AD 62 di atas arahan maharaja Nero menjadikan dirinya waris yang terakhir bagi Cornelii Sullae.
Perkahwinan dan anak
sunting- Isteri pertama, "Ilia" (menurut Plutarch). Sekiranya teks Plutarch dibetulkan menjadi "Julia", dengan itu ia kemungkinannya salah seorang Julia yang bersaudara dengan Julius Caesar, kemungkinannya Julia Caesaris, sepupu pertama Caesar ("first-cousin once-removed").[26]
- Cornelia Sulla, berkahwin kali pertama dengan Quintus Pompeius Rufus muda dan kemudian Mamercus Aemilius Lepidus Livianus; ibu Pompeia (isteri Julius Caesar) (isteri kedua Julius Caesar dengan sebelumnya.
- Lucius Cornelius Sulla, mati muda
- Isteri kedua, Aelia. Sulla bercerai kerana mandul.
- Isteri ketiga, Caecilia Metella (anak Metellus Dalmaticus)
- Senator Faustus Cornelius Sulla
- Cornelia Fausta, married Titus Annius Milo (praetor in 54 BC)
- Isteri keempat, Valeria
- Cornelia Postuma (lahir selepas kematian Sulla)
Rupa
suntingMenurut Erik Hildinger, Sulla berambut perang, mata biru, dan memiliki muka putih dengan tompokan merah.[27] Plutarch, sejarahwan silam, mengulas bahawa Sulla menganggap "rambut keemasannya memberikan rupanya yang tersendiri."[28]
Kronologi
suntingTolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Lucius Cornelius Sulla (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
- c. 138 SM – Dilahirkan di Rom
- 107-05 SM – Quaestor dan pro quaestore bagi Gaius Marius dalam peperangan dengan Jugurtha di Numidia
- 106 SM – Berakhirnya Perang Jugurthine
- 104 SM – Legatus kepada Marius cos.II dalam Gallia Transalpina
- 103 SM – Tribunus militum dalam tentera Marius cos.III dalam Gallia Transalpina
- 102-01 SM – Legatus kepada konsul Quintus Lutatius Catulus dan pro consul di Gallia Cisalpina
- 101 SM – Terbabit dalam kekalahan Cimbri dalam pertempuran Vercellae
- 97 SM – Praetor urbanus
- 96 SM – Komander wilayah Cilicia, pro consul
- 90-89 SM – Pegawai kanan dalam Perang Social, jawatan legatus pro praetore
- 88 SM –
- Memegang jawatan konsul (buat kali pertama) dengan Quintus Pompeius Rufus sebagai rakan sejawat
- Menyerang Rom dan mengharamkan Caius Marius the Elder
- 87 SM – Pemerintah tentera Romawi menentang Raja Mithridates dari Pontus
- 86 SM – Penjarahan Athens, Pertempuran Chaeronea, Pertempuran Orchomenus
- 85 SM – Pembebasan Macedonia, Asia dan wilayah-wilayah Cilicia daripada penjajahan Pontus
- 84 SM – Rombakan wilayah Asia
- 83 SM – Pulang ke Itali dan melancarkan perang saudara menentang kerajaan Marius yang berpuak-puak
- 83-82 SM – Perang dengan pengikut Caius Marius the Younger, dan Cinna
- 82 SM – Kemenangan dalam Peperangan Colline Gate
- 82/1 SM – Dilantik "dictator legibus faciendis et rei publicae constituendae causa"
- 81 SM – Meletak jawatan sebagai diktator sebelum akhir tahun
- 80 SM – Memegang jawatan konsul (buat kali kedua) dengan Quintus Caecilius Metellus Pius sebagai rakan sejawat
- 79 SM – Bersara daripada politik, menolak jawatan post consulatum pemerintah wilayah Gallia Cisalpina yang diberikan kepadanya sebagai konsul, akan tetapi terus memegang jawatan curatio bagi pembenan semula kuil-kuil di Bukit Capitoline
- 78 SM – Meninggal dunia, mungkin akibat ulser usus. Pengkebumian di Rom.
Nota
sunting- ^ L•CORNELIVS•L•F•P•N•SVLLA•FELIX dalam ukiran Latin, maknanya adalah "Lucius Cornelius Sulla, anak pada Lucius, cucu pada Publius, yang bertuah." Nama Romnya Felix — tuah — didapati kemudian pada hayatnya, kerana nama gelaran bahasa Latin bersamaan Greek klassik dia dapat semasa kempennya - επαφροδιτος , epaphroditus, yang dicintai -Aphrodite atau (bagi Rom yang membaca gelaran Greek Sulla) Venus, disebabkan kemahiran dan tuahnya sebagai jeneral.
- ^ cf. The Prince, chapter XVIII
- ^ Plutarch: Sulla.
- ^ Plutarch: Sulla, Sect 2.
- ^ Buck, Comparative grammar of Greek and Latin; Latin spelling in the late Republic is variable. He is generally known as Silla in Italian.
- ^ Plutarch: Sulla, Sect 3
- ^ Keaveney, p. 30.
- ^ Plutarch: "Sulla"
- ^ [1].
- ^ Plutarch,[Life of] Sulla, c.35
- ^ Mark Davies; Hilary Swain (22 June 2010). Aspects of Roman history, 82 BC-AD 14: a source-based approach. Taylor & Francis. m/s. 33–. ISBN 978-0-415-49693-3. Dicapai pada 10 August 2011.
- ^ Cicero, Anthony Everitt, p.41
- ^ Suetonius, The Life of Julius Caesar, 1
- ^ Plutarch, The Life of Caesar , 1
- ^ a b c d Abbott, 104
- ^ Abbott, 103
- ^ a b c d Abbott, 105
- ^ LacusCurtius, Pomerium
- ^ Plutarch, Sulla, 34
- ^ Arthur Keaveney, Sulla: The Last Republican, p. 165
- ^ Suetonius, Julius 77. "...No less arrogant were his public utterances, which Titus Ampius records: that the state was nothing, a mere name without body or form; that Sulla did not know his A. B. C. when he laid down his dictatorship; that men ought now to be more circumspect in addressing him, and to regard his word as law. So far did he go in his presumption, that when a soothsayer once reported direful inwards without a heart, he said: "They will be more favourable when I wish it; it should not be regarded as a portent, if a beast has no heart..."
- ^ Pliny yang tua, (N'H, VII,XLIV) berkata bahawa "tidakkah pengakhir hidupnya lebih teruk daripada sebarang penderitaan yang dialami oleh mereka yang disingkirkan olehnya? Dagingnya sendiri memakan dirinya, dan dengan itu menjadi ("engendering") hukumannya sendiri."
- ^ Valerius Maximus, Memorable Deeds and Sayings IX.3.8; Plutarch, Sulla 36-37; Appian, Civil Wars I.12.105; A. Keaveney (2005) Sulla: the Last Republican (2nd edition) p.175.
- ^ Heroes of History : A Brief History of Civilization from Ancient Times to the Dawn of the Modern Age (2001) by Will Durant
- ^ Arthur Keaveney (1982). Sulla, the last republican. m/s. 228–. ISBN 978-0-7099-1507-2. Dicapai pada 10 August 2011.
- ^ Keaveney, p. 8
- ^ Erik Hildinger, Swords Against the Senate: The Rise of the Roman Army and the Fall of the Republic, Da Capo Press, 2003, p.99
- ^ "Plutarch, Life of Sulla". 2008-5. Dicapai pada 2011-07-03. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Rujukan
sunting- Keaveney, Arthur, Sulla: The Last Republican, Routledge; 2 edition (June 23, 2005). ISBN 978-0-415-33660-4.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Lucius Cornelius Sulla |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lucius Cornelius Sulla |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Gnaeus Pompeius Strabo and Lucius Porcius Cato |
Consul of the Roman Republic with Quintus Pompeius Rufus 88 BC |
Diikuti oleh: Lucius Cornelius Cinna and Gnaeus Octavius |
Didahului oleh Gnaeus Cornelius Dolabella and Marcus Tullius Decula |
Consul of the Roman Republic with Quintus Caecilius Metellus Pius 80 BC |
Diikuti oleh: Appius Claudius Pulcher and Publius Servilius Vatia |
Didahului oleh Gaius Servilius Geminus in 202 BC, then lapsed |
Dictator of the Roman Republic 82/1 BC-81 BC |
Diikuti oleh: Lapsed, next taken up Gaius Julius Caesar in 49 BC |