MK Ibrahim Abd Rahman
Dato' MK Ibrahim bin Abd Rahman ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dari PH-AMANAH. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 26 September 2023 [1][2]. Beliau ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan sejak 2019 [3].
Yang Berhormat Dato' MK Ibrahim Abd Rahman | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 26 September 2023 | |
Didahului oleh | Zulkefly Mohamad Omar |
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 2019 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Timbalan | Muhammad Zaki Md Sabri |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Parti Amanah Negara |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Politik
suntingMK Ibrahim pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan pada 1999-2001. Beliau juga menjadi calon PAS dalam pilihan raya negeri 1999 di DUN Ampangan. Beliau kemudiannya menggerakan Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Sembilan[4], sebelum menyertai AMANAH dan dilantik sebagai Naib Pengerusi AMANAH Negeri[5]. Pada 2019, beliau dipilih sebagai Pengerusi AMANAH Negeri[3]. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Seremban bagi sesi 2020-2023[6]. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 26 September 2023[1]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N14 Ampangan | Ibrahim Abd Rahman | PAS | 5,458 | Zakaria Nordin | BN (UMNO) | 7,398 | 1,940 |
Mohammad Abdullah | Bebas | 81 |
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Negeri Sembilan :
- Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) - Dato' (2025)
- Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) - Dato' (2021)
Rujukan
sunting- ^ a b "Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, N9 yang baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-26.
- ^ Jalil, Mohd Amin (2023-09-26). "MK Ibrahim Speaker DUN Negeri Sembilan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
- ^ a b "MK Ibrahim is new Negri Sembilan Amanah chairman". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2019-11-17. Dicapai pada 2023-09-26.
- ^ "Bekas Pesuruhjaya PAS terajui GHB Negeri Sembilan". BH. 22 Julai 2015. Dicapai pada 26 September 2023.
- ^ Bendera, Briged Kibaran (2018-03-19). "Empat bekas Pesuruhjaya Pas sertai AMANAH". Briged Kibaran Bendera. Dicapai pada 2023-09-26.
- ^ "UNIT URUS SETIA MESYUARAT,LETAK KERETA, DEWAN, PEROLEHAN (1) latest A - Zambri Abd Wahab | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip". anyflip.com. Dicapai pada 2023-09-26.