M1 Abrams
M1 Abrams adalah sebuah Kereta Kebal Utama yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat. M1 dinamakan sempena nama Jeneral Creighton Abrams, bekas Ketua Turus dan komander bagi Rejimen Armor ke-37. Kereta kebal ini lengkap bersenjata, berperisai kuat, dan kereta kebal yang mempunyai mobiliti tinggi yang direka untuk menghadapi peperangan berperisai yang moden.[perlu rujukan] Ciri-ciri ketara kereta kebal M1 Abrams adalah penggunaan enjin turbin gas berkuasa, penggunaan perisai komposit yang canggih, dan tempat simpanan peluru yang berasingan dalam ruang letupan untuk menjaga keselamatan krew. Ia merupakan antara kereta kebal terberat yang berada dalam perkhidmatan, iaitu seberat hampir 70 tan.
M1 Abrams | |
---|---|
Jenis | Kereta Kebal Utama |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Amerika Syarikat, Australia, Mesir, Kuwait, Arab Saudi |
Perang | Perang Teluk, Perang Iraq |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Chrysler Defense |
Direka | 1970-an |
Pengeluar | General Dynamics |
Kos unit | AS$4.35 juta (M1A2)[1] |
Dihasilkan | 1979–sekarang |
Aneka | M1A1, M1A2, M1A2SEP |
Spesifikasi | |
Berat | 61.4 tan |
Panjang | Dengan meriam: 9.77 m (32.04 kaki) Panjang badan: 7.93 m (26.02 kaki) |
Lebar | 3.66 m (12 kaki) |
Tinggi | 2.44 m (8 kaki) |
Krew | 4 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu) |
Armor | Chobham, RHA |
Senjata pertama | Meriam berpilin 105 mm M68 (M1) Meriam berlaras licin 120 mm M256 (M1A1, M1A2, M1A2SEP) |
Senjata kedua | 1 x mesingan berat .50-kaliber (12.7 mm) M2HB 2 x mesingan M240 7.62 mm (1 pintle-mounted, 1 coaxial) |
Enjin | Enjin turbin pelbagai bahan api AGT-1500C 1500 hp (1119 kW) |
Kuasa/berat | 24.5 hp/tan |
Transmisi | Allison DDA X-1100-3B |
Sistem ampaian | Torsion bar |
Kelegaan bumi | 0.48 m (M1, M1A1) 0.43 m (M1A2) |
Jarak operasi | 465.29 km (289 mi) Dengan sistem NBC: 449.19 km (279 batu) |
Kelajuan | Jalan raya: 67.72 km/j (42 bsj) Off-road: 48.3 km/j (30 bsj) |
M1 Abrams memasuki perkhidmatan pada tahun 1980, untuk mengantikan kereta kebal M60 Patton dan M48A5. M1 Abrams bagaimanapun telah berkhidmat bersama-sama dengan M60A3 yang dipertingkatkan selama sedekad, bermula pada tahun 1978. 3 versi utama M1 Abrams telah dihasilkan iaitu M1, M1A1, and M1A2, yang menggabungkan persenjataan, perlindungan dan elektronik yang dipertingkatkan. Peningkatan ini termasuk juga tingkat upaya berkala yang dilakukan terhadap kereta kebal sedia ada telah memanjangkan jangka hayat perkhidmatan untuk membolehkannya diaturgerak ke barisan tempur hadapan. Secara prinsipnya, M1 Abrams adalah merupakan kereta kebal tempur bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, Tentera Darat Mesir, Tentera Darat Kuwait, Tentera Darat Arab Saudi, dan Tentera Darat Australia.
Latar belakang
suntingPercubaan pertama untuk mengantikan kereta kebal siri-siri M60 Patton yang telah uzur adalah projek MBT-70 yang tertangguh, dibangunkan dengan kerjasama Jerman Barat. Kereta kebal M60 Patton itu sendiri merupakan evolusi daripada kereta kebal M26 Pershing semasa Perang Dunia II, yang mana mempunyai bentuk yang sangat tinggi, perisai dan persenjataan yang biasa jika dibandingkan dengan reka bentuk Soviet yang sezaman dengannya. Seperti kebanyakan program pesenjataan A.S yang lain dalam tahun 1960-an, pembangunan MBT-70 berdasarkan cita-cita tinggi. Ia akan dilengkapi dengan sistem peluru berpandu lancaran meriam, suspensi kneeling, pemandu ditempatkan di bahagian turet, dan pelbagai idea-idea lain yang akhirnya terbukti tidak berjaya. Pembatalan projek ini telah membuka jalan pada pembangunan kereta kebal M1 Abrams yang lebih berjaya, yang mana tidak menggabungkan kebanyakan masalah-masalah inovasi yang cuba digunakan pada MBT-70.
Pembangunan
suntingM1 Abrams telah direka oleh Chrysler Defense (pada 1979, General Dynamics Land Systems Division telah membeli Chrysler Defense Division) dan pada masa sekarang dikeluarkan oleh General Dynamics Corporation di Lima, Ohio, dan pertama kalinya memasuki perkhidmatan dalam Tentera Darat A.S pada tahun 1980. Versi M1 yang dipertingkat iaitu M1A1, telah diperkenalkan pada tahun 1985. M1A1 memiliki meriam laras licin 120 mm M256 yang dimajukan oleh Rheinmetall AG dari Jerman bagi Leopard 2, memiliki perisai dipertingkatkan, dan sistem perlindungan CBRN. M1A2 merupakan peningkatan lanjut kepada M1A1 dengan alat penglihatan haba bebas pemerintah dan stesyen senjata, peralatan navigasi kedudukan, bus data digital, dan unit radio antaramuka. M1A2 SEP-(Pakej Peningkat Sistem) menambah peta digital, FBCB2- keupayaan (Pasukan XXI Brigade Pemerintah Medan tempur dan Ke bawah), dan sistem penyejuk dipertingkat bagi mengekalkan suhu kamar krew dengan tambahan pelbagai sistem komputer kepada kereta kebal M1A2.
Tingkat upaya lain termasuk perisai depleted uranium untuk semua versi, satu sistem pembaikan menyeluruh yang telah mengembalikan kesemua kereta kebal M1A1 Abrams (M1A1 AIM) seperti keadaan baru, pakej peningkatan digital untuk A1 (M1A1D), program penyeragaman alat ganti di antara Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat (M1A1HC) dan meningkatkan sistem elektronik bagi versi A2 (M1A2 SEP).
Semasa Operasi Perisai Padang Pasir, Ribut Padang Pasir dan Perang Balkan di Bosnia, beberapa buah M1A1 telah diubah suai dengan perisai yang dipertingkat. M1 Abrams boleh dipasang dengan pembajak periuk api dan alat penggulung periuk api sekiranya diperlukan. Kerangka kereta kebal M1 juga digunakan sebagai asas untuk kenderaan tempur kejuruteraan Grizzly dan jambatan serbuan berat M104 Wolverine.
Lebih daripada 8,800 buah kereta kebal M1 dan M1A1 telah dikeluarkan pada kos AS$ 2.35 juta hingga AS$ 4.3 setiap unit, bergantung kepada versi.
Ciri-ciri reka bentuk
suntingPersenjataan
suntingSenjata utama
sunting- Meriam berpilin M68A1
Senjata utama pada model asal kereta kebal M1 adalah meriam laras berpilin 105 mm M68A1 yang boleh menembak pelbagai jenis peluru seperti letupan kuat anti kereta kebal (HEAT), letupan kuat, fosforos putih, dan peluru penabur flechette anti personnel yang sangat cekap dan berbahaya. Meriam ini adalah versi meriam Royal Ordnance L7 dibina dengan kebenaran dari firma British. Meskipun menjadi satu senjata yang dapat ipercayai dan digunakan dengan meluas oleh negara-negara anggota NATO dan Pakatan Warsaw, sebuah meriam berkuasa yang boleh digunakan melepasi jarak 3 kilometer adalag diperlukan dalam mengatasi teknologi perisai masa kini. Untuk mendapatkan kuasa ini, ukur lilit peluru perlu dibesarkan. Keupayaan meriam M68A1 dari segi ketepatan dan keupayaan untuk menembusi serta merobek perisai adalah setanding dengan meriam M256A1 pada jarak sehingga 3000 meter, tetapi apabila melangkaui jarak ini peluru meriam 105 mm mengalami pengurangan daya kinetik untuk mengalahkan perisai moden.
- Meriam berlaras licin M256
Senjata utama kereta kebal versi M1A1 dan M1A2 adalah meriam laras licin 120 mm M256A1, direka oleh firma Rheinmetall AG dari Jerman. Meriam M256A1 adalah satu versi meriam 120 mm L/44 Rheinmetall yang dipasang pada kereta kebal kesemua versi kereta kebal Leopard 2 Jerman (sehingga Leopard 2A5). Kereta kebal versi terkini Jerman iaitu Leopard 2A6 telah menukarkan laras L/44 dengan laras L/55 yang lebih panjang. Meriam terbaru M256A1 dikeluarkan secara berlesen di Amerika Syarikat oleh firma Watervliet Arsenal, New York.
Peluru seperti M829A2 telah dibangunkan khas untuk menentang ancaman dari kereta kebal T-90 atau T-80U, yang dilindungi oleh Perisai Reaktif Letupan (ERA) kontakt-5, dan peluru shaped charge HEAT seperti M830, versi terkini adalah M830A1 yang telah menggabungkan fius penderia elektronik pelbagai mod canggih dan serpihan yang lebih banyak yang mana membolehkan ia digunakan secara efektif untuk menentang kenderaan berperisai, anggota tentera, dan pesawat yang terbang pada aras rendah. Tidak seperti kereta kebal buatan Soviet, peluru pada kereta kebal Abrams diisi secara manual berbanding menggunakan peralatan automatik, disebabkan kepercayaan bahawa dengan menggunakan tenaga manusia, proses mengisi peluru adalah lebih pantas dan lebih dipercayai. Keputusan ini dibuktikan semasa era-Soviet di mana sistem pengisian peluru secara automatik telah mendatangkan masalah.[perlu rujukan] Keputusan penting lain dalam menggunakan tenaga manusia berbanding pengisi automatik semasa pembangunan XM-1, adalah berdasarkan fakta bahawa pengisi automatik pada masa itu tidak membenarkan ruang simpanan peluru berasingan di dalam turet, tidak seperti kereta kebal Abrams M1.
Peluru kanister anti-personnel 120 mm M1028 telah dibawa masuk untuk digunakan semasa pendudukan di Iraq pada tahun 2003. Ia mengandungi 1,098 peluru bebola keluli bersaiz 3/8 inchi yang mana bertaburan daripada muncung meriam dan menghasilkan kesan penabur sejauh 600 meter. Bebola keluli boleh digunakan untuk membersihkan kumpulan musuh, menghapuskan tapak serangan hendap di kawasan bandar, meruntuhkan benteng, menghentikan serangan infantri dan serangan balas dan menyokong serangan infantri pasukan sahabat dengan menyediakan perlindungan tembakan. Peluru kanister juga adalah satu peluru bahagian bawah yang sangat efektif dan boleh meratakan dinding blok yang runtuh dan membuat lubang sebesar orang dewasa pada dinding konkrit diperkuat untuk serbuan infantri pada jarak sehingga 75 meter.
Sebagai tambahan, Senjata Tenaga Kinetik Jarak Sederhana (MRM-KE) yang baru juga sedang dibangunkan. Digunakan pada peluru panduan tembakan meriam, ia mempunyai jarak berkesan kira-kira 12 km dan menggunakan kepala peledak Tenaga Kinetik dorongan roket. Ia sekarang berada dalam fasa akhir ujian. Ia bertujuan untuk menjadi peluru penembus termaju, satu penambahbaikan ke atas penembus generasi ketiga A.S yang berasaskan pada Depleted Uranium (kuasa penembusan dianggarkan sehingga 790 mm).
Persenjataan kedua
suntingKereta kebal Abrams mempunyai 3 buah mesingan:
- Mesingan M2 kaliber .50 (12.7 mm) di depan tempat duduk komander. Pada kereta kebal versi M1, M1IP dan M1A1, mesingan ini dipasang pada tapak kuasa dan boleh ditembak dengan menggunakan pembesar tinjauan 3×, juga dikenali sebagai Stesyen Senjata Komander (CWS), semasa kenderaan dalam keadaan berhenti. Pada kereta kebal M1A2 dan M1A2SEP, senjata dipasang pada tapak fleksibel, Komander perlu mendedahkan diri untuk menembak dengan menggunakan mesingan ini secara manual. Dengan kedatangan alat penambah TUSK, M2 atau Pelancar grenad Mk 19 boleh dipasang pada platform senjata kawalan jauh CROWS (menyerupai stesyen senjata kawalan jauh Protector M151 yang digunakan pada kenderaan dari keluarga Stryker).
- Mesingan M240 berkaliber 7.62 mm dipasang pada tapak peluncur di hadapan ruang pengisi peluru. Beberapa buah kereta kebal dipasang dengan pelindung meriam semasa konflik di Iraq seperti mana ditunjukkan dalam foto di sebelah kanan, juga dipasang teropong pandangan malam untuk digunakan semasa pertempuran penglihatan rendah.
- Mesingan M240 kedua berkaliber 7.62 mm dengan tapak sepaksi. Mesingan sepaksi ditenang dan ditembak dengan menggunakan sistem kawalan tembakan berkomputer sama yang digunakan untuk meriam utama.
Turet dipasang dengan 6 laras pelancar bom asap (kereta kebal M1A1 Abrams milik Kor Marin A.S menggunakan versi 8 laras). Ia boleh menghasilkan asap tebal yang mampu menghalang pandangan dan pengimejan haba, dan juga boleh dipasang dengan pengusik. Bahagian enjin juga dipasang dengan penjana asap yang akan diaktifkan oleh pemandu. Kereta kebal Abrams juga mempunyai ruang untuk menyimpan raifal M16 atau karbin M4 di dalam turet sekiranya krew memerlukan untuk meninggalkan kereta kebal semasa dalam keadaan berbahaya; krew juga dibekalkan dengan pistol M9 Beretta sebagai senjata persendirian.
Menenang
suntingAbrams dilengkapi dengan komputer kawalan tembakan balistik yang menggunakan data dari pelbagai sumber, termasuk Alat Penglihatan Utama Penembak (GPS) jenis waktu siang atau haba, kesemuanya dihitung dan memaparkan 3 komponen penyelesaian balistik - sudut dongakan, jenis peluru, dan jarak ke sasaran. Ketiga-tiga komponen ini ditentukan menggunakan pengukur jarak laser, penderia penyilangan, penderia bandul miring statik, data berkenaan jenis peluru, data penjajaran khusus laras meriam kereta kebal, suhu peluru, suhu udara, tekanan udara, penderia rujukan muncung meriam (MRS) yang mana menentukan dan mengimbangkan lentukan laras di muncung meriam disebabkan tarikan graviti dan kesan pemanasan pada laras meriam disebabkan oleh sinar matahari dan tembakan. Kelajuan sasaran ditentukan dengan menggunakan mengira kadar tachometer pada pemegang kawalan penembak atau komander yang mana membenarkan input kelajuan sasaran dimasukkan ke dalam komputer penyelesaian balistik.
Sistem kawalan tembakan menggunakan data-data ini untuk mengira peyelesaian tembakan bagi penembak. Penyelesaian balistik akan memastikan peratusan terkena tembakan melebihi 95 peratus pada jarak nominal. Meriam utama boleh ditembak oleh jurumeriam atau komander. Sebagai tambahan, Penglihatan Haba Bebas Komander pada M1A2 boleh digunakan to menjejak sasaran dan menghantarnya kepada jurumeriam untuk dihapuskan sementara komander akan mencari sasaran baru. Sekiranya berlaku masalah atau kerosakkan pada ssistem penglihatan utama, senjata utama dan sepaksi boleh dibidik secara manual dengan menggunakan teropong teleskopik pada meriam utama yang dikenali sebagai Alat Pandang Bantuan Jurumeriam. Alat ini mempunyai 2 kursor rerambut silang boleh tukar; satu untuk peluru HEAT (Letupan Kuat Anti Kereta Kebal) dan MPAT (Anti Kereta Kebal Pelbagai Guna) dan satu untuk peluru APFSDS dan STAFF (Tembak dan Lupa Sasaran Pengaktifan Pintar). Pusingan turet dan ketiggian meriam utama boleh ditukar dengan mengubah pemegang dan engkol manual sekiranya berlaku kegagalan pada Sistem Kawalan Tembakan atau Sistem Hidraulik. Mesingan komander berkaliber M2 .50 pada versi M1 dan M1A1 dibidik dengan menggunakan pembesar 3x yang digabungkan dalam Stesyen Senjata Komander (CWS), sementara versi M1A2 menggunakan sama ada pajera besi jurumeriam, atau menggunakan sistem bidikan kawalan jauh seperti sistem CROWS apabila digunakan sebagai sebahagian dari alat ganti TUSK. Mesingan pengisi peluru M240 dibidik sama ada menggunakan pajera besi terbina dalam atau dengan menggunakan teropong haba yang dipasang pada mesingan.
Mobiliti
suntingM1 Abrams dijana oleh turbin gas berkuasa 1500 hp (1119 kW) Honeywell AGT1500 (pada awalnya dikeluarkan oleh Lycoming), dengan 6 giar kelajuan (4 depan, 2 undur) Allison X-1100-3B Hydro-Kinetic transmisi automatik, menghasilkan kelajuan maksimum 45 bsj (72 km/j) di atas jalan berturap, dan 30 bsj (48 km/j) di atas jalan desa. Sekiranya pengawal imbang enjin ditanggalkan, kelajuan sekitar 100 km/h boleh dicapai pada permukaan yang dipertingkat; bagaimanapun, kerosakan pada rangkaian pemacu (terutamanya kepada trek) dan peningkatan risiko kecederaan pada krew mungkin berlaku pada kelajuan melebihi 45 bsj. Kereta kebal ini boleh digerakkan dengan menggunakan bahan api diesel, kerosin, dan sebarang gred bahan api petrol kenderaan, bahan api jet JP-4, atau bahan api jet JP-8; Tentera Darat Amerika Syarikat menggunakan bahan api jet JP-8 untuk memudahkan logistik. Kereta kebal M1A1 AIM SA milik Kor Armor Diraja Australia menggunakan bahan api diesel; ini kerana ia lebih murah dan praktikal bagi logistik angkatan tentera Australia.
Sistem pendorong turbin gas telah membuktikan kebolehpercayaannya dalam latihan dan pertempuran, akan tetapi penggunaan bahan api yang tinggi menjadikan ia sebagai masalah utama dalam isu logistik (turbin itu sendiri menggunakan hampir 11 gelen bahan api).[perlu rujukan] Kelajuan tinggi, suhu bagas jet tinggi dihasilkan dari bahagian belakang M1 Abrams menjadikan ia sukar bagi infantri untuk berlindung dalam pertempuran dalam bandar. Enjin turbin lebih senyap apabila dinbandingkan dengan enjin diesel pada keluaran kuasa yang sama dan menghasilkan bunyi yang sangat berbeza dari enjin diesel sezamannya, memendekkan jarak bunyi dari sumbernya, menyebabkan Abrams digelar sebagai, "pembisik kematian". Kereta kebal A.S akan datang mungkin kembali menggunakan enjin salingan untuk memacu, sepertimana penggunaan enjin diesel 4-lejang yang telah membuktikan kejayaan pada kereta kebal berat moden yang lain, contohnya Leopard 2, Challenger 2 dan Merkava. Pek kuasa enjin turbin yang bersaiz kecil, kesederhanaan, nisbah kuasa-berat, dan mudah ditanggalkan atau ditukar, bagaimanapun, kelebihan ketara masa kini berbanding akan sebarang cadangan pengantian dengan enjin salingan.
Kereta kebal Abrams boleh diangkut dengan pesawat C-5 Galaxy atau C-17 Globemaster III, bagaimanapun keupayaan muatan yang terhad (2 buah kereta kebal sedia-tempur untuk pesawat C-5, sebuah kereta sedia-tempur untuk pesawat C-17) menyebabkan masalah logistik yang serius apabila hendak diatur gerak semasa Perang Teluk I, bagaimanapun terdapat masa yang mencukupi bagai menghantar 1,848 buah kereta kebal M1 Abrams dihantar melalui kapal.
Sejarah pertempuran
suntingSemasa Perang Dunia II, kereta kebal M4 Sherman memerlukan purata 17 kali tembakan sebelum berjaya memusnahkan kereta kebal musuh sejauh 700 meter. Bertentangan dengan Abrams, kadang kala boleh memusnahkan jenis-jenis tertentu kereta kebal musuh semasa bergerak, dengan hanya satu peluru pada jarak sejauh 2,000 meter.[2] (Harus diingatkan perbandingan ini adalah tidak saintifik walau bagaimanapun terdapat kemungkinan dengan hanya satu tembakan dari kereta kebal Sherman memusnahkan kereta kebal musuh "jenis tertentu" pada jarak melebihi 700 meter. (17 butir peluru di 700 meter adalah semata-mata purata dan bukannya merujuk pada keupayaan pastinya). Tambahan lagi, walaupun Abrams mungkin berupaya untuk memusnahkan kereta kebal "tertentu" dengan hanya satu tembakan di jarak 2,000 meter. Setelah Abrams mula digunakan pada tahun 1980-an, ia telah digandingkan dengan M60A3 dalam angkatan tentera A.S, dan digunakan semasa latihan bersama dengan kereta kebal lain dari negara pakatan NATO semasa Perang Dingin. Latihan ini biasanya diadakan di Eropah Barat, terutamanya di Jerman Barat, juga di beberapa negara lain seperti Korea Selatan. Semasa latihan sebegini, krew kereta kebal Abrams mengasah kemahiran mereka untuk menentang tentera dan kelengkapan senjata dari Kesatuan Soviet. Bagaimanapun, pada tahun 1991 Kesatuan Soviet runtuh dan Abrams akan diuji dalam pertempuran di Timur Tengah.
Operasi Desert Storm
suntingKereta kebal Abrams tidak pernah diuji dalam pertempuran sehinggalah berlakunya Perang Teluk pada tahun 1991. Sejumlah 1,848 buah M1A1 telah diatur gerak ke Arab Saudi. M1A1 Abrams lebih maju berbanding kereta kebal Iraq era Soviet iaitu T-55 dan T-62, juga kereta kebal T-72 buatan Soviet yang dipasang di Iraq, serta kereta kebal buatan tempatan (kereta kebal Asad Babil). Kereta kebal T-72 seperti kebanyakan kereta kebal eksport Soviet yang lain kekurangan sistem penglihatan malam dan pencari jarak moden, walaupun Iraq memiliki beberapa kereta kebal tempur waktu malam dengan sistem infra merah aktif atau lampu limpah; yang tidak setanding dengan teropong starlight terkini dan teropong infra merah pasif sepertimana pada kereta kebal Abrams. Hanya 23 buah M1A1 telah ditarik keluar dari perkhidmatan di Teluk[3] dan tiada satu pun kehilangan ini menyebabkan kematian ke atas krew oleh tembakan pejuang Iraq. Beberapa buah kereta kebal yang lain mengalami kerosakan kecil, dan memberi kesan yang kecil terhadap kesiap siagaan operasi. Terdapat hanya 3 orang krew yang mengalami kecederaan parah disebabkan oleh tindakan pejuang Iraq.
M1A1 berupaya untuk membunuh di jarak melebihi 2500 m. Jarak ini sangat penting semasa pertempuran menentang kereta kebal buatan Soviet dalam Operasi Desert Storm, oleh kerana jarak efektif meriam utama kereta kebal Soviet/Iraq adalah kurang daripada 2000 meter (kereta kebal Iraq tidak boleh menggunakan peluru berpandu Anti-Kereta Kebal seperti yang digunakan oleh Rusia). Ini bermakna Abrams boleh menembak kereta kebal Iraq sebelum ia Abrams berada dalam lingkungan jarak tembakannya - kelebihan muktamad dalam pertempuran seperti ini. Dalam kemalangan disebabkan tembakan sendiri, perisai depan dan perisai bahagian depan turet boleh menangani tembakan terus APFSDS dari kereta kebal M1A1 lain. Ia tidak benar bagi perisai sisi badan dan perisai belakang turet, disebabkan ia telah ditembusi sekurang-kurangnya dua kali oleh peluru DU dalam dua kejadian semasa Pertempuran Norfolk.[4]
Hampir kesemua sumber-sumber menyatakan tiada sebuahpun kereta kebal Abrams musnah disebabkan oleh tembakan dari tembakan tentera Iraq, tetapi beberapa buah darinya telah mengalami kerosakan teruk yang memerlukan pembaikkan yang besar. Terdapat sekurang-kurangnya satu laporan semasa Perang Teluk Penilaian rasmi A.S (imbasan), sebuah kereta kebal Abrams telah dirosakan oleh tiga peluru perobek tenaga kinetik. Laporan Jabatan Pertahanan menyatakan bahawa saksi-saksi semasa medan pertempuran mendakwa ia telah ditembak oleh kereta kebal T-72 Asad Babil. Peluru KE tidak dapat menembusi perisai sepenuhnya dan tersangkut pada perisai, tetapi disebabkan oleh kerosakan luar ia telah dihantar ke depot penyelenggaraan. Ini merupakan satu-satunya kes yang dibuktikan kerosakan kereta kebal M1A1 semasa beraksi dalam pertempuran yang disebabkan oleh kereta kebal utama tentera Iraq.[5]
Kemungkinan hentaman ini telah meletuskan kebakaran di dalam ruang penyimpanan. Ujian pada titik hentaman menunjukan kesan sabot adalah dari jenis konvensional, memandangkan tiada kesan radioaktif telah dijumpai.
6 buah M1A1 dipercayai telah ditembak oleh meriam kereta kebal 125 mm semasa Perang Teluk, tetapi tidak memberi kesan teruk.[6]
Pada malam 26 Februari, 1991, 4 buah Abrams telah dilumpuhkan dalam kejadian yang disyaki datangnya dari peluru berpandu Hellfire yang ditembak dari helikopter penyerang AH-64 Apache, yang telah mencederakan beberapa krew.[7] Kereta kebal ini adalah merupakan sebahagian daripada TF 1-37,[8] menyerang satu seksyen besar dari Divisyen Pengawal Republik Tawakalna. Kereta-kereta kebal ini bertanda B-23, C-12, D-24 dan C-66. Bagaimanapun, kereta kebal C-12 telah ditembak dan ditembusi oleh peluru DU dari pihak sendiri[9] dan terdapat bukti-bukti yang menunjukan kereta kebal T-72 Iraq telah berjaya menembak B-23, selain dari kenyataan oleh tembakan peluru berpandu Hellfire (lihat Artikel T-72 Iraq).
Krew kereta kebal bernombor D-24 dan C-66 juga mengalami kecederaan.[10] Hanya kereta kebal B-23 yang mengalami kerosakan kekal. Penilaian kerosakan oleh Jabatan Pertahanan menyatakan bahawa hanya kereta kebal M1 Abrams bernombor B-23 yang mempunyai tanda-tanda tembakan dari peluru berpandu Hellfire yang dijumpai dari kawasan yang berdekatan.[11]
Semasa Operasi Desert Storm, tiga buah kereta kebal Abrams dari Divisyen Infantri ke-24 berada dalam kawasan mush setelah serangan pantas ke atas lapangan terbang Talil, Selatan Nasiriyah, pada 27 Februari. Sebuah darinya telah mengenai tembakan tentera Iraq, manakala dua buah yang lain telah terbenam di dalam lumpur. Kereta kebal ini telah dimusnahkan oleh tentera A.S untuk mengelakkannya daripada jatuh ke tangan tentera Iraq.[12]
Perang Iraq
suntingPertempuran lain adalah pada tahun 2003 apabila angkatan tentera A.S menceroboh Iraq untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein. Semasa kempen ini dengan bantuan sokongan udara, tiada kes kehilangan nyawa krew Abrams yang disebabkan oleh tembakan pejuang Iraq. Bagaimanapun, beberapa buah kereta kebal Abrams yang ditinggalkan ekoran kerosakkan yang diakibatkan oleh senjata pejuang Iraq terpaksa dimusnahkan untuk mengelakkan kenderaan ini dipulihkan atau teknologinya digunakan semula. Kebanyakan kerosakan adalah disebabkan oleh peluru AP-DU 25 mm, tembakan anti armor RPG dan mesingan12.7 mm. Tiada kejadian yang melibatkan penggunaan senjata panduan anti kereta kebal atau periuk api anti kereta kebal yang mengenai kereta kebal A.S.[13]
Pencapaian berat sebelah M1A2 adalah kejayaan memusnahkan tujuh buah kereta kebal T-72 Lion of Babylon dalam pertempuran jarak dekat (kurang dari 50 ela) berdekatan Mahmoudiyah, lebih kurang 18 batu (29 km) ke selatan Baghdad, dengan tiada kerosakan di pihak A.S.[14] Bagaimanapun, pada 29 Oktober, 2003, dua orang tentera terbunuh dan seorang tercedera apabila kereta kebal mereka dilumpuhkan oleh letupan periuk api anti kereta kebal, yang telah digabungkan dengan bahan letupan lain (500 kg, termasuk beberapa peluru 155 mm) untuk meningkatan tahap letupannya. Letupan besar di bawah perut kereta kebal knocked off turet. Ia menandakan kematian pertama yang disebabkan oleh serangan tembakan tentera Iraq ke atas kereta kebal M1. Berdasarkan pengalaman yang didapati dalam Operasi Desert Storm, kereta kebal Abrams dan kenderaan-kenderaan tempur A.S lain yang digunakan dalam konflit telah dilengkapkan dengan Panel Pengenalan Tempur untuk menurunkan kadar serangan disebabkan oleh tembakan pihak sahabat. Alat ini telah dipasang pada bahagian hadapan dan belakang turet, with flat panels equipped with a four-cornered 'box' image on either side of the turret front (the latter of which can be seen in the above image, similar flat panels also being employed on British Challenger 2 tanks serving in the conflict). Sebagai tambahan pada persenjataan ampuh sedia ada pada kereta kebal Abrams, beberapa krew juga telah dibekalkan dengan roket anti kereta kebal pelancaran di bahu iaitu M136 AT4 dengan anggapan krew-krew ini mungkin bertempur dengan kenderaan berperisai berat dalam kawasan bandar padat yang mana penggunaan meriam utama tidak dapat digunakan. Beberapa kereta kebal Abrams juga dipasang dengan ruang simpanan kedua di belakang bustle rack sedia ada pada bahagian belakang turet yang dirujuk sebagai bustle rack extension to enable the crew to carry more supplies and personal belongings.
Semasa satu operasi pertempuran di Iraq, satu kereta kebal Abrams dari Divisyen Infantri ke-3 Tentera Darat Amerika Syarikat, dan anggota Kor Marin Amerika Syarikat, dipandu melalui sebuah jambatan. Jambatan ini kemudiannya runtuh, menenggelamkan Abrams ke dalam Sungai Euphrates. 5 anggota Marin telah mati lemas.
Semasa serangan awal ke atas Baghdad, sebuah M1A1 telah dilumpuhkan oleh peluru raifal rekoil yang telah menembusi perumah enjin belakang, dan membocorkan sel bahan api bahagian kanan, yang menyebabkan bahan api keluar ke bahagian enjin turbin yang panas. Selepas beberapa cubaan untuk memadamkan kebakaran, keputusan telah diambil dengan memusnahkan atau menanggalkan sebarang peralatan sensitif. Minyak dan peluru kaliber .50 bertaburan dalam bahagian dalam, pintu simpanan peluru dibuka dan beberapa bom tangan thermite dilontarkan ke dalam kereta kebal. Sebuah kereta kebal M1 lain kemudiannya melepaskan tembakan dengan menggunakan peluru HEAT untuk memusnahkannya. Kereta kebal ini musnah sepenuhnya tetapi masih rupanya masih sempurna. Kemudian, satu peluru berpandu AGM-65 Maverick dan dua AGM-114 Hellfire ditembak ke arah kereta kebal ini untuk memusnahkannya. Ajaibnya, pada luaranya kereta kebal ini kelihatan masih kukuh.[15]
Pada 27 November, 2004 sebuah Abrams rosak teruk setelah diletupkan oleh IED yang sungguh berkuasa. IED terdiri dari 3 peluru 155 mm M109A6, dengan bahan letupan seberat 34.5 kg, ia telah diletupkan di sebelah kereta kebal ini. Pemandu Abrams ini telah mengalami kecederaan parah disebabkan oleh serpihan peluru. Tiga orang krew lagi tidak mengalami kecederaan.
Pada 25 Disember 2005, sebuah M1A2 telah dilumpuhkan oleh IED. IED telah menembusi melalui roda, dan mengenai tangki bahan api, yang mana menyebabkan kereta kebal ini terbakar berdekatan Tengah Baghdad. Seorang krew iaitu, Spc. Sergio Gudino, telah mati dalam serangan ini.
Pada 4 Jun, 2006, dua dari empat krew kereta kebal Abrams mati di Baghdad, apabila satu IED diaktifkan berdekatan kereta kebal M1A2 mereka.
Beberapa buah kereta kebal Abrams telah berjaya dilumpuhkan oleh tentera infantri Iraq dalam serangan hendap yang menggunakan roket anti kereta kebal jarak dekat, seperti RPG-7 buatan Rusia, semasa pencerobohan A.S pada tahun 2003. Walaupun RPG-7 tidak boleh menembusi perisai di bahagian depan dan tepi, bahagian atas dan belakang adalah terdedah pada serangan senjata ini. Kebiasaannya roket akan ditembak kearah bahagian runut kereta kebal. Contoh yang lain apabila tangki bahan api luaran dipasangkan pada rak luar yang ditembak dengan menggunakan peluru mesingan berat. Ini akan menyebabkan kebakaran yang merebak ke bahagian enjin.[2] [3].
Terdapat juga kematian pada krew kereta kebal Abrams yang disebabkan oleh tembakan penembak tepat apabila krew ini mendedahkan diri melalui bukaan pada bahagian turet. Beberapa serangan ini telah difilemkan oleh pejuang-pejuang Iraq untuk digunakan untuk tujuan propaganda dan disebarkan melalui internet. Satu dari video ini telah menunjukan bagaimana IED yang besar telah ditupkan di bawah kereta kebal Abrams dan hampir-hampir membalikkannya, bagaimanapun kereta kebal ini berjaya mendarat kembali pada runutnya dan kelihatan tidak mengalami kerosakan serius dan masih dapat bergerak dan mengerakan turetnya untuk mencari arah serangan.
Kelainan dan penambahbaikan
sunting- Model eksperimen XM1. 9 buah platform ujian telah dibina pada tahun 1978.
- Versi pengeluaran pertama M1. Pengeluaran bermula pada tahun 1979 sehingga 1985 (3,273 buah dibina untuk A.S).
- M1IP (Improvement Production). Dikeluarkan pada tahun 1984 sebelum versi M1A1, mengalami tingkat upaya dan konfigurasi semula.
- M1A1 - Pengeluaran bermula pada tahun 1986 sehingga tahun 1992 (4,976 buah telah dibina untuk Tentera Darat A.S, 221 buah untuk Kor Marin A.S, 755 buah untuk Mesir, 59 buah M1A1 AIM SA dijual kepada Australia).
- M1A1HC (Heavy Common) - menambah jaringan perisai depleted uranium baru, sistem NBC bertekanan, bustle rack belakang untuk memperbaiki ruang penyimpanan bekalan dan barang milik krew, dan meriam berlaras licin M256 120 mm.
- M1A1-D (Digital) - Tingkat upaya digital untuk versi M1A1HC, untuk menandingi versi M1A2 SEP.
- M1A1-AIM (Abrams Integrated Management) - Satu program di mana unit-unit lama dipulihkan seperti kereta kebal baru.[4] 59 buah M1A1 AIM SA telah dijual kepada Australia.
- M1A1 KVT (Krasnovian Variant Tank) - Kereta kebal M1A1 yang telah diubahsuai secara fizikal supaya kelihatan seolah-olah kereta kebal buatan Soviet untuk digunakan di Pusat Latihan Kebangsaan, dilengkapi dengan giar MILES dan peralatan Hoffman.
- M1A2 (Baseline) - Pengeluaran bermula pada tahun 1992 (77 buah dibina untuk A.S dan lebih daripada 600 buah versi M1 telah ditingkat upaya ke versi M1A2, 315 buah untuk Arab Saudi, 218 buah untuk Kuwait).
- M1A2 SEP (System Enhancement Package) - Juga telah dilengkapi dengan perisai depleted uranium generasi ketiga dengan lapisan grafit (240 buah buatan baru, 300 buah M1A2 ditingkat upaya ke M1A2SEP untuk A.S, 250 buah untuk Mesir yang dikeluarkan dalam dua kumpulan pengeluaran bersama, setiap kumpulan mengandungi 125 buah kereta kebal).
- Kenderaan Kejuruteraan M1 Grizzly [5]
- Kenderaan penyapu periuk api kawalan jauh M1 Panther II [6]
- Jambatan Medan Berat M104 Wolverine [7]
- Sistem Penggulung/Penyapu Periuk Api Berbilah M1 Panther II.
- Kenderaan Pemecah Serangan M1.
- Kenderaan Pemulihan Berperisai M1. Hanya sebuah prototaip dibina.
Spesifikasi variasi
suntingM1 | M1IP | M1A1 | M1A2 | M1A2 SEP | |
---|---|---|---|---|---|
Panjang | 32.04 kaki (9.77 m) | ||||
Lebar | 3.66 m (12 kaki) | ||||
Tinggi | 7.79 kaki (2.37 m) | 8.0 kaki (2.44 m) | |||
Laju maksimum | 45 bsj (72 km/j) | 41.5 bsj (67 km/j) | 42 bsj (68 km/j) | ||
Jarak | 310 batu (498 km) | 288 batu (465 km) | 243 batu (391 km) | ||
Berat | 55.7 tan | 57.0 tan | 61.3 tan | 62.1 tan | 63.0 tan |
Senjata utama | Mariam laras berpilin 105 mm M68 | Meriam laras licin 120 mm M256 | |||
Krew | 4 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu) |
Nota: Kesemua variasi mengunakan kuasa 1500 hp (1119 kW).
Kelengkapan Ikhtiar Bandar Kereta Kebal (Tank Urban Survival Kit - TUSK)
suntingTUSK adalah satu siri penambahbaikan ke atas M1 Abrams yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keupayaan tempurnya dalam persekitaran di bandar. Dari segi sejarah, kawasan bandar dan medan pertempuran berdekatannya merupakan suatu tempat yang teruk bagi sesebuah kereta kebal — perisai bagi sesebuah kereta kebal di bahagian hadapan adalah lebih kuat berbanding di bahagian sisi, atas atau belakang, dan dalam persekitaran bandar, serangan mungkin berlaku dari pelbagai arah, dan penyerangnya juga boleh merapati sesebuah kereta kebal dan menembak pada titik perisai kereta kebal yang paling lemah, atau berada pada ketinggian yang bersuaian untuk menembak pada perisai bahagian atas.
Meningkat keupayaan perisai termasuk memasang perisai reaktif pada kedua-dua sisi kereta kebal dan perisai bilah (menyerupai perisai pada Stryker) pada bahagian belakang untuk melindungi dari bom pelancar roket dan kepala peledak lain.
Perisai senjata dan sistem pajera haba dipasang pada mesingan M240B 7.62 mm jurumuat peluru, dan Turet Kawalan Senjata Kongsberg Gruppen membawa mesingan berkaliber .50 (juga menyerupai mesingan yang digunakan pada Stryker) di tempat meriam berkaliber .50 komander, yang dulunya komander terpaksa mendedahkan diri untuk menggunakan senjata secara manual. Pemasangan telefon di bahagian luar telah membenarkan infrantri sokongan berkomunikasi dengan komander kereta kebal.
Sistem TUSK adalah satu alat yang boleh dipasang di medan peperangan dan ia tidak memerlukan sesebuah kereta kebal itu dihantar ke depot penyelenggaraan.
Walaupun perisai reaktif mungkin tidak diperlukan dalam kebanyakan situasi, alat seperti perisai bilah belakang, pelindung senjata jurumuat peluru, telefon infantri (yang mana telah digunakan pada kereta kebal M1A1 milik Kor Marin seawal tahun 2003), dan Stesyen Kawalan Senjata Kongsberg untuk mesingan berkaliber .50 akan dipasang pada kesemua angkatan kereta kebal M1A2.
Sebagai tambahan, Pelindung Senjata Berperisai Lutsinar mungkin akan menjadi sebahagian daripada kelengkapan TUSK, penggunaan alat ini dapat dilihat pada beberapa buah kereta kebal yang sedang berkhidmat di Iraq.
Pada 29 Ogos 2006, General Dynamics Land Systems telah menerima pesanan dari Tentera Darat Amerika Syarikat bagi perolehan sebanyak 505 set kelengkapan TUSK untuk kereta kebal utama Abrams yang sedang beroperasi di Iraq, di bawah satu kontrak bernilai AS$ 45 juta. Kelengkapan tambahan ini akan diberikan kepada kereta kebal siri M1A1 dan M1A2 untuk meningkatkan kadar boleh selamat para krew dalam persekitaran bandar. Kelengkapan yang dipesan oleh pihak Tentera Darat A.S terdiri daripada Pelindung Senjata Berperisai (LAGS) bagi jurumuat peluru, Telefon Infrantri Kereta Kebal (TIP), Jubin Perisai Reaktif Abrams (ARAT), Pajera Kawalan Haba (RTS) dan Kotak Pengagihan Kuasa (PDB). Penghantaran dijangka akan diselesaikan pada bulan April 2009.[perlu rujukan]
Dalam pesanan yang berlainan, Tentera Darat A.S telah menganugerahkan kontrak kepada General Dynamics Armament and Technical Products (GDATP) bernilai AS$ 30 juta untuk mengeluarkan kelengkapan perisai reaktif untuk dilengkapkan pada kereta kebal M1A2. Jumlah kontrak mungkin mencapai nilai AS$ 59 juta jika semua pilihan kontrak digunakan. Jubin reaktif untuk M-1 akan dikeluarkan secara tempatan di Pusat Teknologi Burlington milik GDATP. Jubin-jubin ini akan dikeluarkan di kemudahan pembuatan perisai reaktif di Stone County Operations, McHenry, Miss.
Penyamaran M1 Abrams
suntingTidak seperti kenderaan tentera A.S sebelumnya sejak dari Perang Dunia II sehingga Perang Vietnam, yang mana telah menggunakan skem warna coklat gelap dan bintang besar berwarna putih, prototaip dan versi awal kereta kebal M1 (dengan meriam 105 mm) dan model M-1IP telah menggunakan cat berwarna sederhana hijau sekata yang dikenali sebagai warna "kuning sawo buah zaitun". Beberapat unit mewarnakan kereta kebal M1 mereka dengan skem warna MERDC asal tetapi kemudiannya diwarnakan kembali ke warna hijau pekat. Oleh itu, walaupun terdapat sejumlah besar model asas kereta kebal M1 Abrams disamarkan semasa di medan pertempuran, hanya sedikit atau tiada langsung unit ini masih terdapat pada masa sekarang.
M1A1 Abrams (meriam 120 mm) dikeluarkan dari kilang dengan skem penyamaran 3 warna NATO iaitu Hitam/Hijau sederhana/Coklat gelap[perlu rujukan]. Kereta kebal M1A1 sedia ada akan dikenakan skem penyamaran 3 warna NATO semasa proses binaan semula. Kereta kebal M1 dan M1A1 semasa Operasi Desert Storm dalam Perang Teluk pada tahun 1991 telah diwarnakan dengan warna perang padang pasir. Kebanyakannya (tidak semua) dari kereta kebal ini telah dicat semula mengikut skem warna yang "dibenarkan". Kereta kebal M1A2 Abrams yang dibina untuk negara Timur Tengah dicat dengan warna perang padang pasir.
Pengguna
sunting- Tentera Darat Australia - 59 buah kereta kebal M1A1 AIM SA telah dibeli daripada A.S pada tahun 2006, untuk mengantikan kereta kebal Leopard AS1 pada tahun 2007.[16]
- Tentera Darat Mesir - 1005 buah (755 M1A1 akan dinaik taraf kepada standard M1A2 SEP + 250 M1A2 SEP) M1A1[17]
- Tentera Darat Kuwait - 218 buah M1A2[18]
- Tentera Darat Arab Saudi - 315 buah M1A2 - 73 buah M1A1 - jumlah 388 buah[19]
- Tentera Darat Amerika Syarikat - sejumlah 14,000 buah telah dibina
- 1174 M1A2 (pemilikan Tentera Darat A.S)[20]
- 4393 M1A1 (pemilikan Tentera Darat A.S)[21]
- 403 M1A1 (pemilikan Kor Marin Amerika Syarikat)[22]
- Kereta kebal M1 yang selebihnya (berdasarkan fail fakta Tentera Darat A.S, sejumlah kereta kebal M1 masih berada dalam perkhidmatan, berkemungkinan digunakan oleh Pengawal Kebangsaaan).
Lihat juga
suntingNotes
sunting- ^ Kos pengeluaran M1A2 (tingkat upaya) daripada Lima Army Tank Plant (LATP), Globalsecurity.org]
- ^ Rick Atkinson, Crusade m/s. 251, 1993.
- ^ "Berdasarkan Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Darat bagi Operasi dan Perancangan, 23 buah kereta kebal telah musnah atau rosak semasa pertempuran di Teluk Parsi. Dari 9 buah Abrams yang musnah, 7 disebabkan oleh tembakan pasukan sahabat, dan 2 buah lagi dimusnahkan dengan sengaja untuk mengelakkan dari ditawan setelah ia dilumpuhkan. Kereta kebal Abrams yang lain rosak disebabkan oleh tembakan musuh, periuk api, on-board fires, atau kerosakkan yang disengajakan bagi mengelakannya dari ditawan." Daripada Penilaian keupayaan awal ke atas Bradleys dan Abrams, m/s. 24.
- ^ "A Company, 3-66 Armor, Abrams (Bumper # A-33)". TAB H -- Friendly-fire Incidents.
Lebih kurang pada jam 4:30 pagi 27 Februari, peluru berpandu anti kereta kebal (berkemungkinan ditembak dari Bradley) telah menghentam A-33 pada bahagian enjin. Krewnya, tanpa kecederaan, telah meninggalkan kereta kebal ini apabila dua butir peluru DU telah menembusi badan kereta kebal di bahagian kiri dan keluar di sebelah kanan. Komander, pemandu, dan jurumeriam telah mengalami kecederaan disebabkan oleh serpihan. Pengisi peluru, yang mana berada di luar kereta kebal tidak mengalami sebarang kecedaraan. Krew kereta kebal A-31 telah membantu menyelamatkan krew A-33.
; Lakaran mengambarkan laluan peluru 120 mm DU melalui badan kereta kebal Abrams yang bernombor C-12, OSD. - ^ "Penilaian keupayaan awal Bradley dan Abram". m/s. p. 24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2021-10-02.
CALL memetik satu kemalangan kereta kebal Abrams yang telah ditembak sebanyak dua kali oleh T-72 dari jarak 2,000 meter. CALL melaporkan bahawa krew yang terlibat telah mengatakan sebuah peluru melantun dari kereta kebal manakala sebuah peluru lagi telah terbenam di dalam perisai.
|pages=
has extra text (bantuan) - ^ Zaloga, m/s 38.
- ^ George Forty memetik kata-kata Ketua Platon kereta kebal M1A1 dari TF 1-37:"Spekulasi tersebar mengenai apa yang mengenai keempat-empat buah kereta kebal kita. Terdapat kemungkinan ia daripada tembakan dari meriam utama T-72, peluru berpandu anti kereta kebal yang ditanggalkan, atau peluru berpandu Hellfire yang dilancarkan dari helikopter Apache. Fakta bahawa kelikopter Apache beroperasi dari bahagian belakang kami dan laporan saksi-saksi menyokong teori yang disebabkan oleh tembakan dari pihak sahabat. Bagaimanapun, laporan balistik mencadangkan bahawa peluru 125 mm HEAT telah mendatangkan kerosakan pada beberapa buah kereta kebal. Pemeriksaaan secara pandangan mendedahkan satu lubang dari kesan peluru sabot. Keseluruhannya, bukti-bukti fizikal menunjukan ia disebabkan oleh tembakan dari kereta kebal T-72, tetapi ia kemungkinan disebabkan oleh tembakan dari pihak sahabat."
- ^ OSD 1998-07-29.
- ^ Kenyataan kerosakan C-12 oleh Jabatan Pertahanan A.S.
- ^ Dua penilaian kerosakan rasmi mengakui kecederaan ini: D-24, C-66.
- ^ Item B. Kereta kebal M1 telah ditembak di bahagian belakang dan bukannya di turet.
- ^ "One of the M1s is hit and disabled. The crew is extracted safely and the tank left behind, not before it is destroyed by the task force commander who fires two rounds into it. The first bounces off, the second penetrates and set it on fire[…] The terrain is still causing problems. Serangan ini telah menyebabkan beberapa kenderaan terbenam di dalam lumpur dan tidak boleh ditarik keluar. Tembakan mesingan dan peluru berpandu Iraq telah menyukarkan lagi keadaan. Dua buah kereta kebal dan 2 buah kenderaan pengangkut anggota tentera berperisai (APC) telah dimusnahkan dan ditinggalkan." - Halberstadt, Hans: Desert Storm: Perang di Darat. Motorbooks International, 1991. m/s. 111.
- ^ Abrams Tank Systems, Pengajaran dari Operasi Pembebasan Iraq 2003, globalsecurity.
- ^ Conroy, Jason & Martz, Ron: Heavy Metal: A Tank Company's Battle To Baghdad. Potomac Books, 2005, m/s. 158.
- ^ Zucchino, David: Thunder Run: Serangan armor untuk menawan Baghdad. Grove Press, 2004, pp. 20-30, 73.
- ^ [1] Diarkibkan 2009-08-26 di Wayback Machine Australian National Audit Office report on the DMO project Land 907
- ^ MILITARIUM - M1 Abrams
- ^ MILITARIUM - M1 Abrams
- ^ MILITARIUM - M1 Abrams
- ^ M1 Abrams Main Battle Tank
- ^ M1 Abrams Main Battle Tank
- ^ M1 Abrams Main Battle Tank
Rujukan
sunting- King of the Killing Zone by Orr Kelly, 1989. W.W. Norton Company.
- Rostker, Bernard: Environmental Exposure Report:Depleted Uranium in the Gulf. DoD Publication, 1998.[8].
- United States General Accounting Office:Operation Desert Storm: Early Performance Assessment of Bradley and Abrams. Washington, January 1992.PDF.
- Halberstadt, Hans. Desert Storm Ground War. Osceola, WI, Motorbooks International, 1991. 128 pp.
- Forty, George: Tank Action. From the Great War to the Gulf, Allan Sutton Publishing Ltd., Phoenix Mill 1995.
- Zaloga Steven J., & Sarson, Peter: M1 Abrams Main Battle Tank 1982-1992. Osprey Military, New Vanguard. Reed International Books Ltd, 1993.
- "M1 Abrams Main Battle Tank". FAS Military Analysis Network. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan) - "TUSK to update Abrams for urban battle". Army News Service. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan) - Army Times - Two soldiers die in attack on Abrams tank, October 29, 2003
- DoD News: DoD Identifies Army Casualty - Dec 25, 2005 attack
- DoD News: DoD Identifies Army Casualties - June 04, 2006 incident
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: M1 Abrams. |
- Abrams U.S. Army Fact File
- Official Abrams page on General Dynamics Land Systems site Diarkibkan 2008-08-15 di Wayback Machine
- M1A1/M1A2 Abrams Main Battle Tank on Army-Technology.com
- M1A1/2 Abrams page on the Armor Site
- Main Battle Tank M1A1 Abrams on Enemyforces.com
- Anatomy of an M1 Abrams on military.discovery.com
- M1 Abrams page, with a detailed overview of how the tank works on howstuffworks.com
- M-1 Tank Urban Survivability Kit (TUSK) Diarkibkan 2006-08-19 di Wayback Machine, M1A1 AIM Upgrade Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine, and M1A2 SEP Upgrade on Defense-Update.com
- M1 Abrams Main Battle Tank page on GlobalSecurity.com
- AGT1500 Tubine Technology on Honeywell.com Diarkibkan 2016-09-09 di Wayback Machine