Ménage à trois
Untuk hubungan jenis antara tiga orang, lihat Tiga serangkai. Untuk episod Star Trek: The Next Generation, lihat Ménage à Troi. Untuk rekod single oleh Alcazar, lihat Ménage à Trois.
Ménage à trois ialah istilah Perancis yang memerikan penyusunan rumah tangga antara tiga orang yang mempunyai hubungan jenis antara satu sama lain dan yang tinggal di dalam rumah yang sama.
Istilah
suntingFrasa Perancis, ménage (rumah tangga), à (daripada), trois (tiga) dapat diterjemahkan secara harfiah sebagai "rumah tangga yang terdiri daripada tiga anggota". Dengan kata yang lain, ménage à trois ialah hubungan cinta antara tiga orang yang tinggal dan bersetubuh bersama-sama.[1]
Lebih terkini, istilah tersebut juga dipergunakan untuk memerikan mana-mana hubungan jenis yang melibatkan tiga orang dan yang kekadangnya dikenali sebagai tiga serangkai.
Contoh
suntingSebilangan contoh yang terkenal termasuk:
- Emma Hamilton, suaminya, dan Horatio Nelson;
- Georgiana, Duchess Devonshire, Duke Devonshire, dan Lady Elizabeth Foster;
- Henry Mond, Baron Kedua Melchett, isterinya Amy Gwen Wilson, dan penulis Gilbert Cannan;
- Count Adolf Fredrik Munck af Fulkila dari Sweden dikatakan diupah oleh Raja Gustaf III pada 1775 untuk membantunya melaksanakan perkahwinannya dengan Permaisuri Sophie Magdalena. Count itu bertindak sebagai pengajar persetubuhan kepada pasangan diraja. "Bantuan" Count Adolf dikatakan menyebabkan kelahiran bakal Raja Gustaf IV Adolf pada 1778. Mengikut akhbar angin lanjut, beliau ialah kendak kepada kedua-dua raja dan permaisuri. Khabar angin itu akhirnya mengakibatkan penamatan pemerintahan Kerabat Diraja Vasa di Sweden.
Lihat juga
suntingCari ménage à trois dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |