Liza Hanim 27 Years Journey In Concert

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert ialah konsert sulung oleh penghibur Malaysia, Liza Hanim. Disokong oleh MyCreative Ventures di bawah program Dana Kandungan Digital. Persembahan itu dibahagikan kepada pelbagai segmen, dengan setiap segmen diikuti dengan selingan ke segmen seterusnya, dan ia berakhir dengan encore. Senarai set itu terdiri daripada lagu-lagu daripada album sulung sehingga single terbaharunya. Konsert itu mendapat maklum balas positif daripada pengkritik; "Biarpun belum pulih daripada semput yang dialami sejak dua minggu lalu, namun, keupayaannya menyanyikan lagu bernada tinggi mengagumkan".

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert
Konsert oleh Liza Hanim
LokasiZepp, Kuala Lumpur
Album berkaitanEpilog
Dimana Kan Ku Cari Ganti
Puteri Jelmaan
Istimewa
Isyarat Jiwa
Ku Teruskan
Imagin
Tarikh4 Februari 2024
Kehadiran1,300
Laman sesawangwww.lizahanimconcert.com
Kronologi konsert Liza Hanim
  • -
  • Liza Hanim 27 Years Journey In Concert
    (2024)
  • -

Konsert

sunting

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert merupakan konsert solo pertama Liza Hanim sepanjang 27 tahun dalam kerjaya muzik beliau sejak kemunculan sulungnya selepas memenangi Naib Johan Golden Teen Search '96 anjuran RTM pada 1996.

Berlangsung pada 04 Februari 2024, Liza Hanim telah mengorak langkah besar apabila menjayakan konsert pertama beliau. Konsert ini telah berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur. Dalam konsert ini, Liza Hanim telah mempersembahkan 33 buah lagu, beliau turut menampilkan satu segmen khas Tribute Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma serta My Heart Will Go On yang merupakan nyanyian asal Celine Dion sebagai penutup tirai persembahan malam itu. Konsert ini telah berlangsung hampir dua jam 30 minit.

Latar Belakang

sunting

Pada Oktober 29, 2023, Liza Hanim mengumumkan bakal mengadakan Liza Hanim 27 Years Journey In Concert dan merupakan konsert solo pertamanya pada Februari 04, 2024. Perkara tersebut diumumkannya selepas habis membuat persembahan di konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keenam malam tersebut.

Tiket untuk konsert tersebut telah mula dijual pada tepat jam 12:00 pagi, 30 Oktober 2023. Tiket tersebut telah tersedia di website ticket empire.

Sinopsis konsert

sunting

Pertunjukan itu dimulakan dengan pengenalan video di mana memaparkan memori Liza selama 27 tahun bertapak dalam industri dunia hiburan. Pada penghujung video, para penari muncul dari arah kiri pentas dengan diikuti oleh Liza untuk membuka tirai konsert dengan membuat persembahan "Imaginasimu (hey Liza!)" bersama penarinya. "Dunia Cinta" dipersembahkan seterusnya oleh Liza bersama para penarinya. Beliau tampil anggun mengenakan busana dan tudung warna senada, iaitu merah hasil sentuhan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Daripada irama rancak yang menjadi pemanas badan, Liza mula tampil mendendangkan lagu melankolik yang pertama iaitu "Getaran Cinta Di Jiwa" dengan diikuti lagu yang jarang dinyanyikan seperti "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa", "Lepas Biar Bersebab", "Bahtera Cintamu", Izinkan Ku Berlalu", "Kata Hati", "I Love You", "Ku Idamkan Rindu", "Biarkan Aku Merinduimu", "Sepanjang Aku Menyintaimu", "Kerana Terlalu Menyintaimu" dan "Puteri Jelmaan".

Pertunjukan itu diteruskan lagi dengan segmen persembahan kedua iaitu segmen "tribute", Liza berjaya membuat penonton yang hadir pada malam itu mengalirkan air mata oleh kerana persembahan yang menampilkan Liza mendendangkan lagu "Dimana Kan Ku Cari Ganti, "Jeritan Batinku" dan "Istana Cinta". Menurut Liza, segmen tribute itu dilakukan buat semua insan yang telah pergi meninggalkannya termasuk Adnan Abu Hassan, Adibah Noor dan ahli keluarganya. Segmen tersebut turut bertujuan memberi penghormatan kepada Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma. Untaian klasik itu pernah dirakam semula oleh Liza menerusi album Dimana Kan Ku Cari Ganti yang diterbitkan pada 1998. Persembahan seterusnya yang paling menyentuh perasaan apabila Liza mengalirkan air mata ketika mendendangkan lagu "Tiada". Ujar Liza, lagu tersebut ditujukan khas kepada arwah bapanya iaitu Allahyarham Abdul Halim Abdul Razak.

"Lagu ini dekat di hati saya. Gubahan saya dan lirik ditulis Fedtri Yahaya. 2019 adalah momen paling menyedihkan buat saya kerana pemergian ayah. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan saya Liza Hanim. Saya sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak menangis. Saya tidak pernah dapat selesaikan lagu ini tanpa menangis"

Walaupun terlihat tidak dapat menahan sebak, Liza berjaya menyanyikan lagu tersebut sehingga selesai. Persembahannya diteruskan dengan lagu "Sejuta Maaf" selepas itu.

Konsert tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyanyi undangan. Terlebih dahulu, Liza meminta para pengunjung untuk meneka siapakah yang akan berkongsi pentas bersamanya, dengan yakin pengunjung menjerit nama "Kak Long", merujuk kepada anak sulungnya Marsya Qistina. Dengan kehadiran anak sulungnya, mereka berduet menerusi lagu "Bahagiakan Dia" yang merupakan single kolabrasi Liza bersama Shila Amzah. Selepas persembahan itu tamat, Liza meninggalkan pentas untuk menukar pakaian sementara anak sulungnya, Marsya Qistina membuat persembahan selingan dengan mendendangkan lagu "Temanku Tersayang" secara solo. Lagu tersebut merupakan lagu Liza yang dipetik dari album sulungnya yang diterbitkan pada 1997.

Pertunjukan tersebut diteruskan lagi dengan persembahan segmen ketiga yang menampilkan pancaragam dan Liza yang kembali muncul ke pentas dengan mengenakan busana rekaan dari Raffiey Nasir. Dalam persembahan pembukaan segmen ketiga itu, Liza membuat persembahan menerusi lagu irama rancak dengan mendendangkan "Bebas" sambil diiringi oleh pancaragam. "Hadir Dirimu" dipersembahkan seterusnya oleh Liza bersama para penarinya. Liza meneruskan lagi persembahan dengan menyampaikan dua buah lagu Inggeris iaitu "You Don’t Add Up" yang merupakan rakaman semula lagu "Biarkan" dalam bahasa Inggeris dan lagu Inggeris pertama yang dirakamnya iaitu "Best of You". Liza terus menyerikan lagi pentas konsert itu dengan mendendangkan lagu yang menjadi simbolik sepanjang kerjayanya seperti "Merawat Luka Terpendam", "Lara", "Semilir", "Jatuh Cinta", "Siapa Sangka Siapa Menduga", "Andainya Aku Bersuara", "Ku Teruskan" dan"Gelisah Mimpi". Selepas lagu itu tamat, dia melambai dan berterima kasih kepada penonton sebelum keluar dari pentas. Encore bermula dengan Liza yang masih mengekalkan busana rekaan dari Raffiey Nasir dan hanya menambah sedikit perhiasan pada pakaian tersebut. Liza muncul sekali lagi sebagai menutup tirai konsertnya dengan mendendangkan lagu "My Heary Will Go On".

Susunan lagu

sunting
Persembahan 1
  • "Imaginasimu (hey Liza!)"
  • "Dunia Cinta"
  • "Getaran Cinta Di Jiwa"
  • "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa"
  • "Lepas Biar Bersebab"
  • "Bahtera Cintamu"
  • "Izinkan Ku Berlalu"
  • "Kata Hati"
  • "I Love You"
  • "Ku Idamkan Rindu"
  • "Biarkan Aku Merinduimu"
  • "Sepanjang Aku Menyintaimu"
  • "Kerana Terlalu Menyintaimu"
  • "Puteri Jelmaan"
  • "Dimana Kan Ku Cari Ganti"
  • "Jeritan Batinku"
  • "Istana Cinta"
  • "Tiada"
  • "Sejuta Maaf"
  • "Bahagiakan Dia (ft. Marsya Qistina)"
Persembahan Selingan
  • "Temanku Tersayang (Marsya Qistina)"
Persembahan 2
  • "Bebas"
  • "Hadir Dirimu"
  • "You Don't Add Up"
  • "Best Of You"
  • "Merawat Luka Terpendam"
  • "Lara"
  • "Semilir"
  • "Jatuh Cinta"
  • "Siapa Sangka Siapa Menduga"
  • "Andainya Aku Bersuara"
  • "Ku Teruskan"
  • "Gelisah Mimpi"
  • "My Heart Will Go On"


Tarikh konsert

sunting
Tarikh Bandar Negara Tempat Kehadiran Hasil
4 Februari 2024 Kuala Lumpur Malaysia Zepp Kuala Lumpur 1,300 -
Zone Harga Jualan
VIP 1 RM 8000 SOLD OUT
VIP 2 RM 8000 SOLD OUT
VIP 3 RM 8000 SOLD OUT
VIP 4 RM 8000 SOLD OUT
VIP 5 RM 8000 SOLD OUT
VIP 6 RM 8000 SOLD OUT
VIP 7 RM 8000 SOLD OUT
VIP 8 RM 8000 SOLD OUT
SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA (L) RM 398 SOLD OUT
SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA (C) RM 398 SOLD OUT
SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA (R) RM 398 SOLD OUT
GELISAH MIMPI (L) RM 388 SOLD OUT
GELISAH MIMPI (C) RM 388 SOLD OUT
GELISAH MIMPI (R) RM 388 SOLD OUT
GETARAN CINTA DI JIWA (L) RM 358
GETARAN CINTA DI JIWA (C) RM 358
GETARAN CINTA DI JIWA (R) RM 358
KU IDAMKAN RINDU (L) RM 288 SOLD OUT
KU IDAMKAN RINDU (C) RM 288 SOLD OUT
KU IDAMKAN RINDU (R) RM 288 SOLD OUT
SEJUTA MAAF (L) RM 228 SOLD OUT
SEJUTA MAAF (C) RM 228 SOLD OUT
SEJUTA MAAF (R) RM 228 SOLD OUT