Epilog (album)
Epilog ialah album studio sulung oleh penyanyi Malaysia Liza Hanim. Ia dikeluarkan pada 25 Ogos 1997, oleh Suria Records. Album ini mendapat sentuhan komposer terkenal Adnan Abu Hassan sebagai penerbit. Epilog telah memperoleh pelbagai kejayaan menerusi single sulungnya, "Getaran Cinta Dijiwa".
Epilog | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 25 Ogos 1997 | |||
Dirakamkan pada | Februari 1997 - Ogos 1997 | |||
Studio | PRO Recording Studio | |||
Genre | Pop Akustik | |||
Panjang | 50:51 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan, LY & Azmeer | |||
Kronologi Liza Hanim | ||||
| ||||
Single daripada Epilog | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Lagu Getaran Cinta Di Jiwa yang merupakan single pertama album ini pernah mencipta rekod sebagai lagu paling lama berada di dalam carta Muzik Muzik TV3 iaitu 56 minggu. Lagu ini juga melonjakkan nama Liza Hanim di persada seni sekaligus mara ke Juara Lagu 1998 bagi kategori Balada. Lagu-lagu lain yang popular adalah Siapa Sangka Siapa Menduga yang sering diputarkan di Radio Ria Singapura, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa juga sering dimainkan di Radio RFM ketika itu dan Dunia Cinta di Radio Muzik.
Lagu Menanti Kehadiran merupakan percubaan 2By2 setelah kejayaan mereka bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Mawarku, Tiga Malam & Gubahanku. Manakala lagu Jeritan Batinku merupakan cubaan Liza Hanim menyanyikan semula lagu nyanyian P. Ramlee dan hasilnya, album kedua Liza Hanim yang juga album tribute kepada P. Ramlee & Saloma, Di Mana 'Kan Ku Cari Ganti dipasarkan pada tahun 1998. Kesimpulannya, album Epilog adalah album terbaik yang pernah dirakamkan oleh Liza Hanim.
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Getaran Cinta Di Jiwa" | Hani MJ | Adnan Abu Hassan | 5:38 | ||||||
2. | "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa" | Baiduri | LY | 5:28 | ||||||
3. | "Dunia Cinta" | Hani MJ | Helen Yap | 4:40 | ||||||
4. | "Siapa Sangka Siapa Menduga" | Lukhman S | Azmeer | 5:01 | ||||||
5. | "Temanku Tersayang" | Habsah Hassan | Adnan Abu Hassan | 5:12 | ||||||
6. | "Nilai Cintamu" | Baiduri | LY | 5:34 | ||||||
7. | "Menanti Kehadiran" (menampilkan 2 by 2) | Zulkefli Majid | Zulkefli Majid | 4:53 | ||||||
8. | "Menjunjung Asmara" | Azmira | Azmira | 4:30 | ||||||
9. | "Jeritan Batinku" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 5:29 | ||||||
10. | "Mimpi Berulang Kembali" | Shaharum | Shaharum | 4:21 | ||||||
Jumlah masa: 50:51 |
Versi Indonesia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
1. | "Nilai Cintamu" (versi Indonesia) | Baiduri / Yusac | LY | 5:25 | ||||||
2. | "Cintailah Aku Sepenuh Jiwa" | Baiduri | LY | 5:28 | ||||||
3. | "Menjunjung Asmara" | Azmira | Azmira | 4:30 | ||||||
4. | "Menanti Kehadiran" (menampilkan 2 by 2) | Zulkefli Majid | Zulkefli Majid | 4:53 | ||||||
5. | "Siapa Sangka Siapa Menduga" | Lukhman S | Azmeer | 5:01 | ||||||
6. | "Nilai Cintamu" (versi Malaysia) | Baiduri | LY | 5:34 | ||||||
7. | "Temanku Tersayang" | Habsah Hassan | Adnan Abu Hassan | 5:12 | ||||||
8. | "Dunia Cinta" | Hani MJ | Helen Yap | 4:40 | ||||||
9. | "Mimpi Berulang Kembali" | Shaharum | Shaharum | 4:21 | ||||||
10. | "Jeritan Batinku" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 5:29 | ||||||
Keluaran dan sambutan
suntingAlbum ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal (CD, kaset) pada 28 Ogos 1997. Album ini mendapat maklum balas positif daripada pengkritik muzik tanah air. Album ini dilancarkan sembilan belas hari selepas Krisis Kewangan Asia 1997.
Epilog telah terjual melebihi 100, 000 unit dan telah diulang cetak berbanyak kali kerana mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat. Suria Records juga telah mengeluarkan pelbagai versi alternatif album ini dengan kulit depan album berbeza mengikut peredaran masa. Album ini dikeluarkan dalam bentuk digital (muat turun digital) pada Januari 2013.
Bagi mempromosikan album ini, lagu Getaran Cinta Dijiwa, Siapa Sangka Siapa Menduga, Dunia Cinta, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa dan Nilai Cintamu telah dikeluarkan sebagai single. Lagu Cintailah Aku Sepenuh Jiwa telah dipersembahkan oleh Liza Hanim semasa beliau membuat persembahan rancangan Temasya Aidilfitri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1998 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Album ini memiliki dua versi di mana versi kedua ialah keluaran pasaran Indonesia yang diberi judul Nilai Cinta. Suria Records telah bekerjasama dengan syarikat rakaman Indonesia, PT Suara Sentral Sejati untuk memasarkan album Nilai Cinta ke negara Indonesia pada June 1998. Album Nilai Cinta edaran pasaran Indonesia turut memiliki 10 senarai runut, namun lagu "Getaran Cinta Dijiwa" tidak di muat naik dalam versi tersebut tetapi digantikan dengan lagu "Nilai Cintamu" versi Indonesia. Nilai Cinta telah terjual sebanyak 10, 000 unit di Indonesia dalam masa lima bulan direkodkan.
Selepas album pertamanya, Liza Hanim terus bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan untuk merakamkan empat lagi album iaitu Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000) dan Isyarat Jiwa (2001)
Tenaga kerja
sunting
Ahli Muzik
|
Teknikal
|
Pembungkusan
|
Penaja
|
Kedudukan carta
suntingAlbum
Carta (1997) | Kedudukan tertinggi carta |
---|---|
Malaysia (Carta RIM) | 4[1] |
Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||
1997 |
Getaran Cinta Dijiwa |
- | - | - | 1 | |||||
Siapa Sangka Siapa Menduga |
- | - | - | 1 | ||||||
Dunia Cinta |
- | - | - | 2 | ||||||
Cintailah Aku Sepenuh Jiwa |
- | - | - | 3 |
Anugerah
suntingAnugerah Industri Muzik
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1998 | Epilog | Artis Baharu Wanita Terbaik | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu
suntingTahun | Penerima/Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|
1998 | "Getaran Cinta Dijiwa" | Lagu Balada Terbaik | Tercalon |
Sejarah keluaran
suntingNegara | Tarikh | Format | Edisi | Label | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
Malaysia | Ogos 25, 1997 |
|
Standard | Suria Records | [2] |
Pelbagai | Januari 2013 | muat turun digital | |||
Indonesia | Jun 10, 1998 |
|
|
[3] |
Rujukan
sunting- ^ Steve McLure (4 April 1998).Hits of the World Billboard. Books.google.com. Diakses pada 15 Jun 2024.
- ^ "Liza bukan meniru Siti". Harian Metro. 30 Ogos 1997. Dicapai pada 15 Jun 2024 – melalui KLiK.
- ^ "Album Liza ke Indonesia". Harian Metro. 10 Jun 1998. Dicapai pada 15 Jun 2024 – melalui KLiK.