Mustafa Centre
Mustafa Centre(Tamil:முஸ்தபா சென்டர்) ialah pusat beli-belah di Singapura, terletak di Jalan Syed Alwi (جالن سيد ۅلوي/ சையத் அல்வி) dalam daerah Little India, Singapura (லிட்டில் இந்தியா) , di dalam kawasan perancangan Kallang.[1]. Dalam jarak berjalan kaki dari stesen Farrer Park dan stesen Jalan Besar pada Laluan MRT Utara Timur dan Laluan Bandar, Mustafa Centre merupakan hab peruncitan yang menarik ramai pembeli dengan pelbagai jenis produk dan perkhidmatannya.
Lokasi | Syed Alwi Road, Little India, Singapura |
---|---|
Koordinat | 1°18′35″N 103°51′21″E / 1.30972°N 103.85583°EKoordinat: 1°18′35″N 103°51′21″E / 1.30972°N 103.85583°E |
Alamat | 145 Syed Alwi Road, Singapore 207704 |
Tarikh pembukaan | April 1995 |
Bil. penyewa utama | None |
Keluasan lantai peruncitan | 400,000 ka2 (37,000 m2) |
Tempat letak kereta | 0 |
Bil. tingkat | 8 |
Laman web | www.mustafa.com.sg |
Ciri-Ciri
suntingMustafa Centre menempatkan gedung serbaneka Mustafa, yang memfokuskan kepada barangan keperluan pada harga berpatutan. Gedung serbaneka ini terdiri daripada dua pusat beli-belah:Satu bahagian menjual barang kemas dan peralatan rumah, serta berfungsi sebagai pasar raya.Bahagian yang lain pula menjual pelbagai barangan lain seperti buku, cakera padat DVD, jam tangan, barangan elektronik, kasut, permainan kanak-kanak dan pakaian.
Mustafa Centre menawarkan lebih daripada 300,000 barangan dan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pertukaran mata wang asing dan urusan pelancongan. [1]
Pada akhir tahun 2011, Mustafa Centre telah membuka restoran baharu di bumbung bangunan dinamakan Kebabs ‘n Curries di sayap baharu mereka.[2] Restoran ini menghidangkan pelbagai hidangan Asia dari jam 5 petang hingga 2 pagi setiap harii[3]
Rujukan
sunting[[Kategori:Singapura]
- ^ a b "About Mustafa". Mustafa Centre. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-07. Dicapai pada 2015-02-18.
- ^ "Mustafa rooftop restaurant opens". HungryGoWhere Singapore. October 13, 2011. Dicapai pada February 18, 2015.
- ^ "Kebabs & Curries, Jalan Besar Reviews". HungryGoWhere Singapore. Dicapai pada February 18, 2015.