Litar Fuji
Fuji Speedway adalah sebuah litar perlumbaan yang digunakan untuk perlumbaan Japan GT dan perlumbaan Formula Satu. Litar ini terletak di kaki Gunung Fuji, di Oyama, Daerah Sunto, Wilayah Shizuoka, Jepun. Ia dibina pada awal tahun 1960-an dan menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu pertama di Jepun pada tahun 1976. Pada tahun 1980-an, Fuji Speedway telah digunakan untuk FIA World Sportscar Championship dan perlumbaan kebangsaan. Asalnya diuruskan oleh Mitsubishi Estate Co, Fuji Speedway telah diambil alih oleh Toyota Motor Corporation pada tahun 2000. Litar ini menjadi tuan rumah untuk Grand Prix Jepun pada tahun 2007, selepas ia tidak diadakan selama 30 tahun, untuk menggantikan Litar Suzuka, yang dimiliki oleh Honda[1] Selepas Fuji Speedway menjadi tuan rumah untuk perlumbaan 2008, Grand Prix Jepun kembali ke Suzuka bagi tahun 2009. Fuji Speedway dikenali untuk mempunyai salah satu jalan lurus terpanjang di litar sukan permotoran, 1.5 km (0,93 batu) panjang.[2]
Lokasi | Oyama, Suntō District, Shizuoka Prefecture, Jepun |
---|---|
Zon masa | GMT +9 |
Acara utama | Grand Prix Jepun Super GT Formula Nippon MFJ Superbike D1 Grand Prix |
Laman web | https://www.fsw.tv/, https://www.fsw.tv/en/ |
Ke-5 dan konfigurasi terkini (2005–present) | |
Jarak | 4.563 km (2.835 miles) |
Selekoh | 16 |
Rekod pusingan perlumbaan | 1:18.426 ( Felipe Massa, Ferrari F2008, 2008) |
Konfigurasi ke-4 (1993–2004) | |
Jarak | 4.469 km (2.777 miles) |
Selekoh | 12 |
Rekod pusingan perlumbaan | 1:14.854 ( Takuya Kurosawa, Lola, Formula 3000, 2000) |
Konfigurasi ke-3 (1986-1992) | |
Jarak | 4.440 km (2.759 miles) |
Selekoh | 10 |
Rekod pusingan perlumbaan | 1:14:088 ( Kazuyoshi Hoshino, R92CP, JSPC, 1992) |
Konfigurasi ke-2 (1975–1985) | |
Jarak | 4.360 km (2.709 miles) |
Selekoh | 8 |
Rekod pusingan perlumbaan | 1:10.02 ( Stefan Bellof, Porsche 956, Mount Fuji 1000 km 1983, 1983) |
Litar asal (1965–1974) | |
Length | 6 km (3.728 miles) |
Turns | 15 |
Race lap record | 1:32:57 ( Vern Schuppan, March-Ford F2, Grand Prix Jepun 1973) |
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Litar Fuji. |