Grand Prix Jepun 2008

Grand Prix Jepun 2008 (nama rasmi: XXXIV Fuji Television Japanese Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 12 Oktober 2008, di Fuji Speedway, Oyama, Jepun. Ia adalah perlumbaan ke-16 dalam kalendar Formula Satu musim 2008. Perlumbaan yang dipertandingkan sebanyak 67 pusingan, telah dimenangi oleh Fernando Alonso dari pasukan Renault, selepas bermula dari tempat keempat. Robert Kubica mendapat tempat kedua untuk BMW Sauber, dan Kimi Räikkönen mendapat tempat ketiga untuk Ferrari.

Jepun   Grand Prix Jepun 2008
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-16 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2008.

Tarikh 12 Oktober 2008
Nama rasmi XXXIV Fuji Television Japanese Grand Prix
Lokasi Fuji Speedway, Oyama, Daerah Sunto, Shizuoka, Jepun
Litar Litar perlumbaan tetap
4.563 km (2.835 batu)
Jarak 67 pusingan, 305.721 km (189.945 batu)
CuacaBerawan
Petak pertama
Pemandu United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Masa 1:18.404
Pusingan terpantas
Pemandu Brazil Felipe Massa Ferrari
Masa 1:18.426 pada pusingan ke-55
Podium
Pertama Sepanyol Fernando Alonso Renault
Kedua Poland Robert Kubica BMW Sauber
Ketiga Finland Kimi Räikkönen Ferrari

Kemenangan ini adalah kemenangan kedua berturut-turut bagi Alonso, selepas beliau memenangi Grand Prix Singapura dua minggu sebelum perlumbaan ini. Kubica menghalang Räikkönen pada beberapa pusingan terakhir untuk mendapat tempat kedua. Tempat ketujuh Massa membantunya untuk merapatkan jurang kepada Hamilton dalam Kejuaraan Pemandu kepada lima mata. Ferrari pula berada tujuh mata di hadapan pasukan McLaren dalam Kejuaraan Pengeluar, dengan baki dua perlumbaan.

Klasifikasi

sunting

Kelayakan

sunting
Ked No Pemandu Pengeluar Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Petak
1 22   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 1:18.071 1:17.462 1:18.404 1
2 1   Kimi Räikkönen Ferrari 1:18.160 1:17.733 1:18.644 2
3 23   Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes 1:18.220 1:17.360 1:18.821 3
4 5   Fernando Alonso Renault 1:18.290 1:17.871 1:18.852 4
5 2   Felipe Massa Ferrari 1:18.110 1:17.287 1:18.874 5
6 4   Robert Kubica BMW Sauber 1:18.684 1:17.931 1:18.979 6
7 11   Jarno Trulli Toyota 1:18.501 1:17.541 1:19.026 7
8 12   Timo Glock Toyota 1:17.945 1:17.670 1:19.118 8
9 15   Sebastian Vettel Toro Rosso-Ferrari 1:18.559 1:17.714 1:19.638 9
10 14   Sébastien Bourdais Toro Rosso-Ferrari 1:18.593 1:18.102 1:20.167 10
11 9   David Coulthard Red Bull-Renault 1:18.303 1:18.187 11
12 6   Nelson Piquet Jr. Renault 1:18.300 1:18.274 12
13 10   Mark Webber Red Bull-Renault 1:18.372 1:18.354 13
14 8   Kazuki Nakajima Williams-Toyota 1:18.640 1:18.594 14
15 7   Nico Rosberg Williams-Toyota 1:18.740 1:18.672 15
16 3   Nick Heidfeld BMW Sauber 1:18.835 16
17 17   Rubens Barrichello Honda 1:18.882 17
18 16   Jenson Button Honda 1:19.100 18
19 20   Adrian Sutil Force India-Ferrari 1:19.163 19
20 21   Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari 1:19.910 20
Sumber:[1]

Perlumbaan

sunting
 
Fernando Alonso meraikan kemenangan keduanya berturut-turut.
Ked No Pemandu Pengeluar Pusingan Masa/Terkeluar Petak Mata
1 5   Fernando Alonso Renault 67 1:30:21.892 4 10
2 4   Robert Kubica BMW Sauber 67 +5.283 6 8
3 1   Kimi Räikkönen Ferrari 67 +6.400 2 6
4 6   Nelson Piquet Jr. Renault 67 +20.570 12 5
5 11   Jarno Trulli Toyota 67 +23.767 7 4
6 15   Sebastian Vettel Toro Rosso-Ferrari 67 +39.207 9 3
7 2   Felipe Massa Ferrari 67 +46.158 5 2
8 10   Mark Webber Red Bull-Renault 67 +50.811 13 1
9 3   Nick Heidfeld BMW Sauber 67 +54.120 16
10 14   Sébastien Bourdais[1] Toro Rosso-Ferrari 67 +59.085 10
11 7   Nico Rosberg Williams-Toyota 67 +1:02.096 15
12 22   Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 67 +1:18.900 1
13 17   Rubens Barrichello Honda 66 +1 Pusingan 17
14 16   Jenson Button Honda 66 +1 Pusingan 18
15 8   Kazuki Nakajima Williams-Toyota 66 +1 Pusingan 14
Ret 21   Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari 21 Kotak gear 20
Ret 23   Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes 16 Enjin 3
Ret 20   Adrian Sutil Force India-Ferrari 8 Pancit 19
Ret 12   Timo Glock Toyota 6 Kerosakan
akibat perlanggaran
8
Ret 9   David Coulthard Red Bull-Renault 0 Kemalangan 11
Sumber:[1]
  • ↑1  Bourdais diberikan penalti masa 20-saat kerana berlanggar dengan Massa.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Alan Henry (2009-02-15). Autocourse 2008–09. CMG Publishing. m/s. 250–251. ISBN 978-1-905334-31-5.

Pautan luar

sunting


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Singapura 2008
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA
Musim 2008
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix China 2008
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Jepun 2007
Grand Prix Jepun Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Jepun 2009