Life Unexpected merupakan siri televisyen drama remaja Amerika yang disiarkan selama dua musim dari 18 Januari 2010 hingga 18 Januari 2011. Ia diterbitkan oleh Best Day Ever Productions dan Mojo Films dengan kerjasama CBS Productions dan Warner Bros. Television dan disiarkan oleh The CW. Siri televisyen ini diarahkan oleh Liz Tigelaar, yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dengan Gary Fleder dan Janet Leahy. Siri ini juga dibintangi oleh Britt Robertson, Shiri Appleby, Kristoffer Polaha, dan Kerr Smith. Di Malaysia, siri ini ditayangankan di TV2.

Life Unexpected
GenreDrama Remaja
PenciptaLiz Tigelaar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Beautiful Tree" oleh Rain Perry
Penggubah
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutif
LokasiVancouver, British Columbia, Canada
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal18 Januari 2010 (2010-01-18) – 18 Januari 2011 (2011-01-18)
Laman sesawang

Berlatarbelakangkan di Portland, cerita ini mengisahkan Lux Cassidy, seorang remaja yang diserahkan sejak lahir dan menghabiskan hidupnya dalam jagaan asuhan yang menemui ibu bapa kandungnya, Nate Bazile dan Cate Cassidy. Ingin menjadi bebas dari segi undang-undang, Lux sebaliknya diberikan dalam jagaan mereka.

Walaupun Life Unexpected menerima ulasan yang kebanyakannya positif, ia menghadapi kesukaran dalam penilaian dan dibatalkan oleh The CW pada tahun 2011.

Latar belakang

sunting

Liz Tigelaar mencetuskan idea untuk rancangan ini pada tahun 2007 dan membangunkannya bersama pengarah Gary Fleder.[1] Tigelaar dan Fleder membentangkan rancangan ini, yang pada masa itu bertajuk Light Years, kepada ABC Studios yang menerimanya dan menjual rancangan tersebut kepada The CW. Pada September 2008, The CW mengarahkan rancangan tersebut ke peringkat percubaan.[2] Selepas percubaan diarahkan, ABC menghentikan rancangan itu atas sebab kewangan.[3] Rancangan ini kemudian diambil oleh CBS Television Studios. Percubaan difilemkan pada Januari 2009, ditulis oleh Tigelaar dan diarahkan oleh Fleder. Kedua-duanya berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

The CW mengumumkan siri ini pada Januari 2009 di bawah tajuk kerja Light Years kerana nama watak utama Lux bermaksud Cahaya.[4] Menurut Tigelaar, tajuk tersebut "kelihatan terlalu sains fiksyen"[5] dan ia ditukar kepada LUX pada bulan April. Kemudian ditukar lagi menjadi Life Unexpected, siri ini dipromosikan di CW Upfronts pada bulan Mei sebagai Parental Discretion Advised.[6][7] Pada bulan Jun, rangkaian tersebut mengembalikan tajuk kepada Life UneXpected, menonjolkan nama watak utama dalam huruf besar. Iklan awal untuk siri ini pada musim gugur 2009 menyenaraikannya tanpa "X" yang dikapitalkan, yang menjadi versi terakhir.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Interview with Liz Tigelaar". The CW 69. 8 January 2013. Dicapai pada July 6, 2013.
  2. ^ Reynolds, Simon (25 September 2008). "'Light Years' pilot lands at The CW". Digital Spy. Dicapai pada July 13, 2013.
  3. ^ Andreeva, Nellie (3 January 2011). "'Life Unexpected' Creator Signs Overall Deal With ABC Studios". Deadline Hollywood. Dicapai pada July 7, 2013.
  4. ^ Andreeva, Nellie (January 12, 2009). "Meet the CW's young parents". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada September 14, 2010. Dicapai pada January 23, 2010.
  5. ^ "Today's TV Addict Top 5: Things you didn't know about LIFE UNEXPECTED". The TV Addict. January 25, 2010. Dicapai pada January 26, 2010.
  6. ^ Lafayette, Jon (May 2009). "CW Upfront: 'Melrose Place,' 'Vampire Diaries' on Tap". Television Week (TVweek.com). Crain Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada December 15, 2009. Dicapai pada January 23, 2010.
  7. ^ "The CW Announces Schedule for 2009–2010 Season". Los Angeles Times. May 21, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2012. Dicapai pada January 23, 2010.

Patutan luar

sunting