Les Misérables
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Februari 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Les Misérables [lé mi-zĕ-rab] ialah sebuah novel sejarah karya Victor Hugo terbit tahun 1862. Ia mengisahkan kisah beberapa watak yang mengharungi perit kehidupan mereka sehingga memuncak berlakunya Pemberontakan Jun di Paris tahun 1832.[1] Ia banyak menumpukan kepada latar sejarah dan tempat kota tersebut serta tema-tema politik, falsafah, agama berat dan perasaan kasih sayang dan cinta.
Umum | |
---|---|
Pengarang | Victor Hugo |
Negara | Belgium |
Bahasa | Bahasa Perancis |
Genre | Novel epik, cereka sejarah |
Penerbitan | |
Pengilustrasi | Emile Bayard |
Penerbit | A. Lacroix, Verboeckhoven & Cie. |
Tarikh penerbitan | 1862 |
Ia banyak diadaptasikan dalam bentuk TV, filem serta pementasan teater.
Latar belakang
suntingNovel ini dibahagikan kepada lima jilid, setiap jilid itu dibahagikan pula kepada buku yang mempunyai bab pendek; setiap bab ini terdiri daripada beberapa mukasurat sahaja. Novel ini keseluruhannya mempunyai sebanyak 48 buku dan 365 bab.
Sinopsis
suntingJilid I
suntingJilid II
suntingJilid III
suntingJilid IV
suntingJilid V
suntingWatak-watak
sunting- Jean Valjean – dipenjarakan selama sembilan belas tahun kerana mencuri sebuku roti demi mengisi lapar tujuh anak kakaknya serta beberapa percubaan melolos diri yang gagal. Dia masih dipandang hina kerana statusnya sebagai seorang banduan namun berusaha mengubah dirinya selepas diberi nasihat seorang paderi bernama Myriel.
- Javert – seorang inspektor polis yang berusaha keras mahu menahan Valjean
- Fantine – seorang pekerja kilang Paris, dia hidup sengsara dengan anaknya selepas ditinggalkan kekasihnya, Félix Tholomyès.
- Cosette (Euphrasie, Mademoiselle Lanoire, Ursula) – anak luar nikah Fantine dan Tholomyès.
- Monsieur Thénardier dan Madame Thénardier (juga Jondrettes, M. Fabantou, M. Thénard) – Pemilik rumah tumpangan Fantine dan Cosette yang sering memeras ugut anak-beranak tersebut.
- Éponine – anak perempuan sulung keluarga Thénardier.
- Enjolras – Ketua sebuah kelompok revolusioner dalam Pemberontakan Jun diberi nama Les Amis de l'ABC
Novel ini turut ditampilkan adanya seorang pencerita awanama yang menjelaskan kejadian-kejadian yang berlangungn sepanjang hidup watak-watak ini.
Adaptasi
suntingPementasan teater
sunting- Pementasan muzikal tahun 1980 arahan Alain Boublil dan Claude-Michel Schönberg.[2]
Filem
sunting- Filem tahun 1982 arahan Robert Hossein dengan lakonan Lino Ventura dan Michel Bouquet.
- Filem tahun 1995 arahan Claude Lelouch dengan lakonan Jean-Paul Belmondo [3]
- Filem tahun 1998 lakonan Liam Neeson dan Geoffrey Rush.[4]
- Filem tahun 2012 adaptasi musikal lakonan Hugh Jackman, Russell Crowe, Anne Hathaway dan Amanda Seyfried.[5]
Televisyen
sunting- Minisiri TV tahun 2000 lakonan Gérard Depardieu dan John Malkovich.[6]
Rujukan
sunting- ^ "BBC News – Bon anniversaire! 25 facts about Les Mis". BBC Online. 1 October 2010. Dicapai pada 1 October 2010.
- ^ The Broadway League. "The official source for Broadway Information". IBDB. Dicapai pada 31 Disember 2012.
- ^ AlloCine, Les Misérables, dicapai pada 23 September 2015
- ^ Les Misérables di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- ^ Les Misérables di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- ^ Les Misérables di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Pautan luar
sunting- Les Misérables di Internet Movie Database
- Teks asal novel Les Misérablesd dalam bahasa Perancis
- Terjemahan bahasa Inggeris oleh Isabel F. Hapgood di Projek Gutenberg