Geoffrey Rush
Geoffrey Roy Rush (lahir 6 Julai 1951) ialah seorang pelakon pentas dan filem dari Australia. Beliau presiden pengasas Australian Academy of Cinema and Television Arts.
Geoffrey Rush | |
---|---|
Kelahiran | Geoffrey Roy Rush 6 Julai 1951 |
Nama lain | Geoff Rush |
Pendidikan | Everton Park State High School |
Pusat pendidikan | Universiti Queensland (BA) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1971–kini |
Pasangan | Jane Menelaus (k. 1988) |
Anak-anak | 2 orang |
Anugerah | Anugerah Akademi, British Academy Film Award, Anugerah Golden Globe, Primetime Emmy Award, Anugerah Screen Actors Guild, Anugerah Tony |
Beliau merupakan antara pelakon paling berjaya dalam kedua-dua bidang lakonan filem dan TV serta pementasan teater melalui peraihan Anugerah Akademi, Anugerah Primetime Emmy dan Anugerah Tony. Beliau juga telah mendapat kehormatan Australian of the Tahun tahun 2012.[1][2][3]
Biografi
suntingAwal hidup
suntingGeoff lahir di Toowoomba, Queensland kepada Merle Bischof, seorang pembantu kedai runcit dan Roy Baden Rush, seorang akauntan Tentera Udara Diraja Australia.[4][5] Dua-dua ibubapanya bercerai ketika beliau berusia 5 tahun, beliau mengikuti ibunya memulakan hidup baharu di Brisbane.[6] Beliau melanjutkan pengajian tingginya di University of Queensland dalam bidang seni,[7] beliau dipilih Queensland Theatre Company (QTC) sebagai anggota teaternya pada tahun 1971.
Kerjaya lakonan
suntingBeliau pernah melanjutkan pengajiannya di L'École Internationale de Théâtre Jacques Lecoq Paris tahun 1975.[5] Beliau juga pernah sebilik dan sepementasan dengan Mel Gibsondalam suatu persembahan Waiting for Godot tahun 1979 .[6][7]
Beliau memulakan kemunculan filem pertamanya dalam filem Hoodwink pada tahun 1981. Beliau meneruskan lakonan dalam seberapa siri televisyen sehingga 1996 dengan filem Shine yang memenanginya Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik.
Filemografi
suntingFilem
suntingTelevision
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1979–1981 | Consumer Capers | Jim Boy | |
1981 | Menotti | Fr. Peter Fuller | |
1996 | Mercury | Bill Wyatt | |
1997 | Frontier | Soldier Administrator David Collins | Minisiri |
2004 | The Life and Death of Peter Sellers | Peter Sellers | Television Movie, HBO |
2004 | Kath & Kim | Geoff | Episod "Sitting on a Pile" |
2010 | Lowdown | Narrator (voice) | Sebagai penyumbang suara |
2015 | Who Do You Think You Are? | Himself | Tetamu undangan |
2017 | Genius | Albert Einstein | Minisiri, National Geographic |
Rujukan
sunting- ^ "Geoffrey Rush". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 5 July 2016.
- ^ Australian of the Year Awards 2012 Recipients Diarkibkan 27 Februari 2012 di Wayback Machine
- ^ Singer, Jill (24 March 2008). "Rush to flat earth". Herald Sun.
- ^ Geoffrey Rush biography. Film Reference.com.
- ^ a b Geoffrey Rush Biography Diarkibkan 30 Oktober 2007 di Wayback Machine. Tiscali.film & tv.
- ^ a b Geoffrey Rush biography. Yahoo! Movies.
- ^ a b Geoffrey Rush, 1997 Academy award winner. Alumni at University of Queensland.
- ^ Tartaglione, Nancy; Tartaglione, Nancy (11 May 2017). "IM Global's Anthem Gets 'Real' & More; Geoffrey Rush, Jai Courtney Join 'Storm Boy' – Cannes Briefs".