Konsep Jerman Lebensraum (Sebutan bahasa Jerman: [ˈleːbənsˌʁaʊm]  ( dengar), Melayu: "ruang kehidupan") merujuk kepada dasar-dasar dan amalan perintis kolonialisme yang berkembang di Jerman dari tahun 1890an hingga 1940an. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1901,[2] Lebensraum menjadi matlamat geopolitik Imperial Jerman dalam Perang Dunia I (1914–1918), sebagai elemen teras perluasan wilayah Septemberprogramm.[3] Bentuk ideologi yang paling melampau ini telah disokong oleh Parti Nazi (NSDAP) dan Jerman Nazi sehingga pengakhiran Perang Dunia II.[4]

Empayar Jerman Raya, dapat direalisasikan dengan dasar Lebensraum, mempunyai sempadan yang berasal dari rancangan Generalplan Ost, pentadbiran negara, dan Schutzstaffel (SS).[1]

Susulan dari kebangkitan kuasa Adolf Hitler, Lebensraum menjadi satu prinsip ideologi Nazisme dan memberikan alasan untuk perluasan wilayah Jerman kedalam Eropah Timur Tengah.[5]Dasar Generalplan Ost Nazi (iaitu Pelan Induk bagi Timur) didasarkan pada prinsipnya. Ia menyatakan bahawa sebahagian besar penduduk asli Eropah Timur perlu dikeluarkan secara kekal (samada melalui pengusiran ke Siberia, dibunuh, atau diperhambakan) termasuk orang Poland, Ukraine, Rusia, dan bangsa Slavic lain yang dianggap kaum paling rendah dan bukan Aryan. Kerajaan Nazi berhasrat memenuhkan tanah-tanah ini dengan kolonis berbangsa Jerman atas nama Lebensraum semasa Perang Dunia II dan selepas itu.[6][7][8] Seluruh penduduk perlu dihancurkan melalui kebuluran, membolehkan lebihan pertanian mereka dibekalkan kepada Jerman.[6]

Program strategik Hitler untuk menguasai dunia adalah berdasarkan kepercayaan pada kuasa Lebensraum, yang didorong oleh satu masyarakat berbangsa agung.[7] Orang yang dianggap sebagai sebahagian daripada kaum yang bertaraf rendah, didalam wilayah perluasan Lebensraum, akan dikenakan pengusiran atau penghapusan.[7] Eugenik Lebensraum menganggap hak ketuanan bangsa (Herrenvolk) Aryan Jerman untuk menyingkirkan orang asli yang mereka anggap sebagai bangsa berketurunan lemah (Untermenschen) di atas nama ruang kehidupan mereka sendiri.[7] Nazi Jerman juga menyokong "negara "Aryan lain yang mengejar Lebensraum mereka sendiri, seperti spazio vitale Fasis Itali.[9]

Lihat juga

sunting

Jerman Nazi:

Empayar Jepun:

Fasis Itali

Nota kaki

sunting
  1. ^ "Utopia: The 'Greater Germanic Reich of the German Nation'". München - Berlin: Institut für Zeitgeschichte. 1999.
  2. ^ William Mallinson; Zoran Ristic (2016). The Political Poisoning of Geography. The Threat of Geopolitics to International Relations: Obsession with the Heartland. Cambridge Scholars Publishing. p. 3 (19 / 30 in PDF). ISBN 1-4438-9738-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-22. Dicapai pada 2017-10-10. [Also in:] Gearóid Ó Tuathail; Gerard Toal (1996). Critical Geopolitics: The Politics of Writing Global Space. U of Minnesota Press. m/s. 37–38. ISBN 0816626030 – melalui Google Books.
  3. ^ Graham Evans; Jeffrey Newnham, penyunting (1998). Penguin Dictionary of International relations. Penguin Books. m/s. 301. ISBN 0140513973. Geopolitics (excerpt).
  4. ^ Woodruff D. Smith. The Ideological Origins of Nazi Imperialism. Oxford University Press. p84.
  5. ^ Allan Bullock & Stephen Trombley, ed. "Lebensraum." The New Fontana Dictionary of Modern Thought (1999), p. 473.
  6. ^ a b André Mineau (2004). Operation Barbarossa: Ideology and Ethics Against Human Dignity. Rodopi. m/s. 180. ISBN 9042016337 – melalui Google Books.
  7. ^ a b c d Shelley Baranowski (2011). Nazi Empire: German Colonialism and Imperialism from Bismarck to Hitler. Cambridge University Press. m/s. 141. ISBN 0521857392 – melalui Google Books.
  8. ^ Jeremy Noakes (March 30, 2011). "BBC - History - World Wars: Hitler and 'Lebensraum' in the East".
  9. ^ Mark Mazower (2013) [2008]. Hitler's Empire: Nazi Rule in Occupied Europe. Penguin UK. m/s. 431. ISBN 0141917504 – melalui Google Books.

Rujukan

sunting
  • Hitler, Adolf (March 21, 1939). Mein Kampf. Introduction by James Vincent Murphy, the Irish translator of Mein Kampf who worked in Goebbels's Ministry of Propaganda from 1934 to 1938 (died 1946). Hurst and Blackett. The copy contains both, Volume 1: A Retrospect, and Volume 2: The national Socialist Movement, fully unexpurgated; in text file format without pagination. Reprinted in 1939 (before the US entered the war) by Houghton Mifflin, Boston Massachusetts. This book is still banned from publication in Germany – melalui Project Gutenberg Australia. Note: The term 'Lebensraum', as loan-word adopted in the English historiography long after World War II ended, does not appear in the first prewar translation of the original.CS1 maint: ref=harv (link) [Also:] Mein Kampf by Adolf Hitler (DjVu). Introduction by John Chamberlain et al. Reynal A Hitchcock; published by arrangement with Houghton Mifflin Company. 1941. Paginated, Complete and Unabridged – melalui Internet Archive.CS1 maint: others (link) [And:] Mein Kampf. Houghton Mifflin. 1971. ISBN 978-0-395-07801-3.CS1 maint: ref=harv (link) [As well as:] Hitler, Adolf (2016). Mein Kampf. Adolf Hitler. ISBN 6050418349 – melalui Google Books.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

sunting