Nazisme

ideologi dan amalan yang berkaitan dengan Parti Nazi

Nazisme, atau secara rasmi Sosialisme Nasional (Jerman: Nationalsozialismus), merujuk pada sebuah ideologi totalitarian Parti Nazi (Parti Pekerja Nasional-Sosialis Jerman, Jerman: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei atau NSDAP) di bawah kepimpinan Adolf Hitler. Istilah ini juga merujuk kepada dasar yang diamalkan oleh pemerintahan Jerman pada tahun 1933—1945, satu tempoh yang kemudian dikenali sebagai Jerman Nazi atau Reich Ketiga. Istilah Nazi jadi merupakan singkatan Sosialisme Nasional atau Nationalsozialismus di bahasa Jerman. Sehingga kini orang-orang yang berhaluan ekstrem kanan dan rasisme sering disebut sebagai Neonazi (neo = "baru" dalam bahasa Yunani).

Parti yang baru bernama Partai Pekerja Jerman (DAP) ini ditubuhkan pada 5 Januari 1919 oleh Anton Drexler.[1][2] Hitler kemudian menyertai parti kecil ini pada September 1919[2][3] dan menjadi pemimpin propaganda, mengubah nama parti itu (menjadi Parti Buruh Nasional-Sosialis Jerman) (1 April 1920),[4][5] dan menjadi pemimpin parti pada tanggal 29 Julai 1921.[5][2]

Nazisme bukanlah sebuah ideologi baru, melainkan sebuah kombinasi dari pelbagai ideologi dan kumpulan yang memiliki persamaan pendapat mengenai penentangan Perjanjian Versailes dan kebencian terhadap Yahudi dan Komunis yang dipercayai berada di sebalik perjanjian tersebut.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Nazi Party - Encyclopædia Britannica" (overview), Encyclopædia Britannica, 2006, Britannica.com webpage: Britannica-NaziParty.
  2. ^ a b c "February 24, 1920: Nazi Party Established" (history), Yad Vashem, The Holocaust Martyrs' and Heroes' Remembrance Authority, 2004, webpage: YV-Party.
  3. ^ "Australian Memories Of The Holocaust" (history), Glossary, definition of "Nazi" (party), N.S.W. Board of Jewish Education, New South Wales, Australia, webpage: HolocaustComAu-Glossary Diarkibkan 2006-12-12 di Wayback Machine.
  4. ^ "The History Place - Hitler Youth" (history), The History Place, 1999, webpage: HPlace-HitlerYouth.
  5. ^ a b "Kriegsverbrechen der alliierten Siegermächte" ("war crimes of allied powers"), Pit Pietersen, ISBN 3-8334-5045-2, 2006, page 151, webpage: GoogleBooks-Pietersen: describes Hitler as "Propagandachef" and becoming chairman on July 29, 1921.