Latihan litar
Latihan litar merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan dari satu stesen ke stesen yang lain. Di setiap stesen terdapat pelbagai aktiviti daya ketahanan yang merupakan kombibasi aerobik dan latihan ketahanan. Aktiviti latihan litar dilakukan mengikut prinsip latihan. Antaranya ialah intensiti latihan dan ulangan, jangka masa, serta set.