Daya ketahanan
Daya ketahanan atau daya tahan otot bermaksud kemampuan manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa letih dan lesu dalam jangka masa yang panjang. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui latihan litar, latihan jeda atau latihan bebanan.