Lawrence Gene David (lahir 2 Julai 1947)[1] ialah seorang pelawak, pelakon dan penulis skrip Amerika Syarikat.[2] Beliau pencipta dan penerbit (selama tujuh musim) bersama Jerry Seinfeld menghasilkan siri televisyen Seinfeld, beliau juga memainkan peranan utama dalam siri Curb Your Enthusiasm untuk HBO sebagai penulis skrip dan pelakon utama sejak tahun 1999.[3]

Larry David
David pada tahun 2009
Nama lahirLawrence Gene David
Kelahiran (1947-07-02) 2 Julai 1947 (umur 77)
Brooklyn, Bandar Raya New York,
New York, Amerika Syarikat
Media
Pusat pendidikanUniversity of Maryland, College Park
Tahun aktif1980–kini
Genre
PasanganLaurie David (k. 1993; c. 2007)

Penglibatan beliau dalam siri Seinfeld memnangi dua Anugerah Emmy Primetime tahun 1993 dalam kategori Siri Komedi Terbaik (Outstanding Comedy Series) dan Pencapaian Penulisan Siri Komedi Terbilang (Outstanding Individual Achievement in Writing in a Comedy Series). Beliau juga dicalonkan 27 kali untuk Anugerah Emmy Primetime dan tiga kali dalam Anugerah Golden Globe.

Biografi

sunting

Awal hidup dan keturunan

sunting

David lahir di kejiranan Sheepshead Bay, Brooklyn anak bongsu[4] kepada Rose (born Regina Brandes), seorang keturunan Yahudi Poland Tarnopol, Ukraine[5] dan Mortimer Julius "Morty" David, seorang peniaga pakaian lelaki Jerman. David belajar di Sheepshead Bay High School sebelum meneruskan pengajiannya di University of Maryland, College Park di mana beliau lulus berijazah sarjana dalam bidang sejarah;[6][7][8] Beliau menyertai United States Army Reserve selepas habis pengajiannya.[9]

Pada 2017, suatu siri dokumentari sejarah PBS tahun berjudul Finding Your Roots mengisahkan salasilah keluarga selebriti terkenal mendapati dalam kajian mereka bahawa Larry sendiri mempunyai pertalian jauh dengan ahli politik terkenal Amerika Syarikat, Bernie Sanders;[10] secara kebetulan pula Larry melakonkan watak senator tersebut dalam siri sketsa satira Saturday Night Live sejak tahun 2016.

Kerjaya komedi

sunting

Pengajiannya di College Park memutik minatnya terhadap komedi.[11] Beliau menjadi seorang pelawak sambil bekerja sambilan sebagai kerani, pemandu limosin dan sejarawan di kejiranan Hell's Kitchen di Manhattan.[12] Beliau kemudiannya menjadi penulis skrip untuk siri Fridays ABC (1980 hingga 1982) dan siri Saturday Night Live NBC (1984 hingga 1985).[13][14]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1977 It Happened at Lakewood Manor Cameo in crowd near hotel
1983 Can She Bake a Cherry Pie? Mort's Friend
1983 Second Thoughts Monroe Clark
1987 Radio Days Communist Neighbor
1989 New York Stories Theater Manager
1998 Sour Grapes Studio Executive/Annoying Doctor/Singing Bum Juga sebagai penulis skrip dan pengarah
2004 Envy Executive penerbit
2009 Whatever Works Boris Yelnikoff
2012 The Three Stooges Sister Mary-Mengele
2013 Clear History Nathan/Rolly Television film; juga sebagai penulis skrip

Television

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1980–1982 Fridays Pelbagai watak 54 episod; juga sebagai penulis skrip
1984–1985 Saturday Night Live Pelbagai watak 17 episod; juga sebagai penulis skrip
1989–1998 Seinfeld Pelbagai watak 180 episod; juga sebagai pencipta bersama, penulis skrip dan penerbit
1993 Love & War Diri sendiri Episod "Let's Not Call It Love"
1999 Larry David: Curb Your Enthusiasm Larry David One-hour special; juga sebagai pencipta, penulis skrip dan penerbit eksekutif
2000–2024 Curb Your Enthusiasm Larry David Juga sebagai pencipta, penulis skrip dan penerbit eksekutif
2004 Entourage Diri sendiri Episod "New York"
2007 Hannah Montana Diri sendiri Episod "My Best Friend's Boyfriend"
2011 The Paul Reiser Show Diri sendiri Episod "The Father's Occupation"
2011 Woody Allen: A Documentary Diri sendiri 2 Part Documentary Series
2012 Comedians in Cars Getting Coffee Diri sendiri (guest) Episod Larry Eats a Pancake
2013 Clear History Nathan Flomm Telefilem; juga sebagai penulis skrip dan penerbit
2014 TripTank Diri sendiri (voice) Episod "Roy & Ben's Day Off"
2015 The League Future Ruxin Episod "The Great Night of Shiva"
2015 Saturday Night Live 40th Anniversary Special Diri sendiri (guest) Television Special
2015–kini Saturday Night Live Bernie Sanders / Diri sendiri (host)
2016 Maya & Marty Diri sendiri Episod "Jimmy Fallon & Miley Cyrus"
2019 Last Week Tonight with John Oliver Diri sendiri Episod "Bias in Medicine"

Rujukan

sunting
  1. ^ "Larry David Biography". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2012.
  2. ^ "Larry David". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2009-07-14.
  3. ^ Steve Heisler (June 2, 2010). "Improv on TV: How Curb Your Enthusiasm Gets It Right". TV.com. CBS Interactive Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2013. Dicapai pada August 24, 2012.
  4. ^ Wallace, Benjamin (January 26, 2015). "Why Larry David the Schmuck Was the Best Thing to Happen to Larry David the Mensch". New York Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 1, 2017.
  5. ^ "The Impression". Finding Your Roots. Musim 4. Episod 1. October 3, 2017. PBS.
  6. ^ Snyder, Linda VanGrack (March 6, 2015). "What's Larry David really like? Ask his Maryland fraternity brothers". The Washington Post.
  7. ^ "Larry David Spotted on Campus". The Baltimore Sun. Dicapai pada April 4, 2013.
  8. ^ "Some of Maryland's Distinguished Alumni". University of Maryland. Diarkibkan daripada yang asal pada March 31, 2013. Dicapai pada April 4, 2013.
  9. ^ David, Larry (2004-02-15). "My War". The New York Times. Dicapai pada 2011-08-22.
  10. ^ "Bernie Sanders Is Related to 'SNL' Doppelganger Larry David". 2017-07-27.
  11. ^ "The Impression". Finding Your Roots. Musim 4. Episod 1. October 3, 2017. PBS.
  12. ^ McShane, Larry. "The real Kramer says actor no racist: But Richards is 'paranoid,' 'very wound-up'", Chicago Sun-Times Diarkibkan 2020-05-08 di Wayback Machine, November 26, 2006. Accessed August 11, 2009. "The real Kramer lived for 10 years in a Hell's Kitchen apartment across the hall from Seinfeld co-creator Larry David, and his life became the framework for Richards' quirky, bumbling Seinfeld sidekick."
  13. ^ Marin, Rick (2000-07-16). "The Great and Wonderful Wizard of Odds". The New York Times. Dicapai pada 2008-04-25.
  14. ^ Shales, Tom (2005-11-12). "'SNL in the '80s': The Last Laugh On a Trying Decade". The Washington Post. Dicapai pada 2008-04-25.

Pautan luar

sunting