Laluan Biru (Metro Montreal)
Laluan Biru (Perancis: Ligne bleue) atau juga dikenali sebagai Laluan 5 merupakan salah satu daripada empat laluan kereta api bagi Metro Montreal di Montreal, Quebec, Kanada. Tidak seperti tiga laluan yang lain, Laluan Biru tidak memberi khidmat di stesen kereta api utama bandar, Berri-UQAM.
Laluan Biru لالوان بيرو | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | Ligne bleue Ligne 5 | ||
Jenis | Alihan laju | ||
Sistem | Metro Montreal | ||
Status | Beroperasi | ||
Lokasi | Montreal Quebec Kanada | ||
Terminal | Snowdon (selatan) Saint-Michel (utara) | ||
Stesen | 12 | ||
Nombor laluan | |||
Operasi | |||
Dibuka | 16 Jun 1986 | ||
Pengendali | Perbadanan Pengangkutan Montreal (STM) | ||
Stok kereta api | Bombardiers MR-73 | ||
Teknikal | |||
Panjang aliran | 9.7 km (6.0 bt) | ||
Tolok landasan | 1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai) | ||
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan | ||
Kelajuan operasi | 40 km/j (25 mph) | ||
|
Laluan ini memberi perkhidmatan di antara Parc dan De Castelnau yang sepenuhnya berada di bawah tanah dan memenuhi kawasan kecil di bawah Taman Jarry. Kemudahan perkhidmatan lain terletak 500 meter penghujung landasan mengikuti stesen Snowdon, tetapi ia jarang digunakan oleh Perbadanan Pengangkutan Montreal (STM).
Pada 20 September 2013, satu sambungan timur laut ke St. Leonard dan Anjou telah diumumkan oleh STM dan pemerintah Quebec.[1] Sambungan itu termasuklah lima stesen baru dan ia dirancang untuk beroperasi pada 2020. Pada 28 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa projek itu akan dikaji semula mengikut keutamaannya selepas pemerintah baru mengambil alih dan jika projek tersebut diterima lagi, proses pembinaan akan bermula pada 2017.[2]
Sejarah
suntingPembinaan stesen Snowdon bermula pada 1975 dengan dua tingkat platform. Pada 1979, pemerintah negeri memutuskan untuk membina laluan 5. Pada 16 Jun 1986, bahagian pertama, di antara stesen Saint-Michel hingga De Castelnau dibuka. Ini diikuti dengan bahagian dari De Castelnau hingga Parc pada 15 Jun 1987 dan dari Parc ke Snowdon pada 4 Januari 1988. Pembukaan stesen perantara Acadie telah ditangguhkan untuk hampir tiga bulan. Ia akhirnya dibuka pada 28 Mac 1988. Sambungan lain yang dirancang pada kedua-dua penghujung laluan telah diabaikan atas sebab-sebab kewangan.
Stesen
suntingStesen | Dibuka pada | Nama jalan | Asal-usul nama | |
---|---|---|---|---|
Snowdon | 4 Januari 1988 (Laluan Biru)
7 September 1981 (Laluan Jingga) |
Jalan Snowdon | Nama bekas pemilik tanah | |
Côte-des-Neiges | 4 Januari 1988 | Jalan Côte-des-Neiges | Notre-Dame-des-Neiges, nama yang diberi pada abad ke-18 | |
Université-de-Montréal | Universiti Montreal | |||
Édouard-Montpetit | Lebuh Hias Édouard-Montpetit | Édouard Montpetit, bekas profesor di Universiti Montreal | ||
Outremont | Lebuh Outremont
Daerah Outremont |
Nama kawasan yang terkenal | ||
Acadie | 28 Mac 1988 | Lebuh Hias de l'Acadie | Memperingati dua ratus tahun pengusiran orang Akadia | |
Parc
Kereta api komuter AMT |
15 Jun 1987 | Lebuh Parc | Taman Gunung Royal | |
De Castelnau | 16 Jun 1986 | Jalan de Castelnau | Édouard de Castelnau, tentera Peranics | |
Jean-Talon | 16 Jun 1986 (Laluan Biru)
14 Oktober 1966 (Laluan Jingga) |
Jalan Jean-Talon | Jean Talon, intendant Perancis Baru | |
Fabre | 16 Jun 1986 | Jalan Fabre | Édouard-Charles Fabre, biskop ketiga Montreal | |
D'Iberville | Jalan d'Iberville | Pierre LeMoyne d'Iberville, penjelajah Perancis yang mengasaskan Louisiana | ||
Saint-Michel | Lebuh Hias Saint-Michel | Malaikat Michael (Saint-Michel) |
Rujukan
sunting- ^ "Salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2013. Dicapai pada 21 September 2013.
- ^ Jean-François Lisée (28 Mei 2014). "Ligne bleue du métro et SLR: Pour Couillard, c'est «avant moi le déluge»!" (dalam bahasa Perancis).