Perancis Baru
Untuk monarki berhayat pendek di Amerika Selatan, sila lihat Araucania dan Patagonia. Untuk jajahan yang dituntut oleh Marquis de Rays untuk wujud di New Ireland, lihat Ekspedisi De Rays.
Perancis Baru atau New France (Perancis: la Nouvelle-France ) merujuk kepada sebuah kawasan jajahan Perancis yang terletak di Amerika Utara. Ia bermula pada masa penjelajahan di Sungai Saint Lawrence oleh Jacques Cartier tahun 1534, sehingga Perancis Baru diserahkan kepada Sepanyol dan United Kingdom pada tahun 1763. Semasa zaman kemuncaknya pada tahun 1712 (sebelum Traktat Utrecht), kawasan Perancis Baru terbentang dari Newfoundland hingga Pergunungan Rocky dan dari Teluk Hudson hingga ke Teluk Mexico.
Viceroyalty of New France Vice-royauté de Nouvelle-France | |||||
---|---|---|---|---|---|
1534–1763 | |||||
| |||||
Status | Wilayah Perancis | ||||
Ibu negara | Quebec | ||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Perancis | ||||
Agama | Katolik Rom | ||||
Kerajaan | Monarki | ||||
Raja Perancis | |||||
• 1603-1610 | Henri IV | ||||
• 1715-1763 | Louis XV | ||||
Wizurai | |||||
Badan perundangan | Majlis Kedaulatan Perancis Baru | ||||
Era Sejarah | Rejim Ancien di Perancis | ||||
• Kawalan Diraja | 1534 | ||||
1759 | |||||
1760 | |||||
10 Februari 1763 | |||||
Keluasan | |||||
1710 | 8,000,000 km2 (3,100,000 bt2) | ||||
Populasi | |||||
• 1710 | 90000 | ||||
Mata wang | Livre Perancis Baru | ||||
Kawasan tersebut kemudian berpecah menjadi 5 buah jajahan yang memiliki pemerintahan sendiri, iaitu Kanada, Akadia, Teluk Hudson, Newfoundland dan Louisiana.