Laksamana Muda (Royal Navy)
Laksamana Muda ialah pangkat pegawai berbendera Royal Navy. Ia lebih tinggi daripada Komodor dan berada dibawah Laksamana Madya. Ia merupakan pangkat dua bintang dan mempunyai kod pangkat NATO OF-7.
Laksamana Muda Rear Admiral | |||||
| |||||
Negara | United Kingdom | ||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Diraja | ||||
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | ||||
Singkatan | RADM/R Adm | ||||
Pangkat | Dua bintang | ||||
Kod NATO |
OF-7 | ||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||
Persamaan pangkat tentera darat | Mejar Jeneral (TD/RM) | ||||
Persamaan pangkat tentera udara | Marsyal Madya Udara (RAF) |
Pangkat yang setara dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja ialah Mejar Jeneral; dan Marsyal Madya Udara dalam Royal Air Force.
Sejarah
suntingPangkat ini bermula dalam abad ke-17, pada zaman skuadron pelayaran apabila setiap skuadron tentera laut akan menugaskan seorang Laksamana sebagai panglimanya. Laksamana akan memerintah dari tengah kapal dan mengarah aktiviti-aktiviti skuadron.
Laksamana pula akan dibantu oleh Laksamana Madya, yang memerintah kapal utama yang akan menanggung beban pertempuran laut. Di bahagian belakang (rear) skuadron, laksamana ketiga akan memerintah kapal yang tinggal dan, kerana bahagian skuadron ini dianggap paling tidak bahaya, laksamana yang memimpin bahagian belakang (rear) lazimnya adalah laksamana skuadron yang paling muda. Ini telah bertahan hingga ke zaman moden, dengan pangkat rear admiral adalah yang paling muda dari kalangan admiralti kebanyakan tentera laut.
Sebelum tahun 1864 Royal Navy telah dibahagikan kepada skuadron berwarna yang menentukan perjalanan kerjayanya. Bendera pemerintah yang dikibarkan oleh laksamana muda berubah beberapa kali dalam tempoh ini.[1]
Pangkat laksamana muda Royal Navy harus dibezakan daripada pejabat Rear-Admiral United Kingdom, iaitu satu jawatan Admiralti yang biasanya dipegang oleh laksamana "penuh" kanan (dan mungkin bersara).
Lencana pangkat dan bendera peribadi
sunting-
Jalur lengan Laksamana Muda Royal Navy
-
Papan bahu Laksamana Muda Royal Navy
-
Bendera pemerintah Laksamana Muda Royal Navy, 1864–kini
-
Papan bahu Laksamana Muda Royal Navy sebelum tahun 2001[2]
-
Topi besi Laksamana Muda Royal Navy berserta lambang dua bintang dalam Perang Dunia II
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Perrin, W. G. (1922). "IV: Flags of Command". British flags, their early history, and their development at sea; with an account of the origin of the flag as a national device. Cambridge, England: Cambridge University Press. m/s. 73–109.
- ^ Refer UK DCI (Joint Service) 125/2001
Sumber
sunting- Perrin, W. G. (William Gordon) (1922). "IV:Flags of Command". British flags, their early history, and their development at sea; with an account of the origin of the flag as a national device. Cambridge, England: Cambridge : The University Press.