Laksamana Madya (Royal Navy)
Laksamana Madya ialah pangkat pegawai berbendera Royal Navy dan bersamaan dengan kod pangkat NATO OF-8. Ia lebih tinggi daripada pangkat Laksamana Muda dan berada dibawah Laksamana penuh.
Laksamana Madya Vice Admiral | |||||
| |||||
Negara | United Kingdom | ||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut Diraja | ||||
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | ||||
Singkatan | VADM/Vadm | ||||
Pangkat | Tiga bintang | ||||
Kod NATO |
OF-8 | ||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||
Persamaan pangkat tentera darat | Leftenan Jeneral (TD/RM) | ||||
Persamaan pangkat tentera udara | Marsyal Udara (RAF) |
Pangkat yang setara dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja ialah Leftenan Jeneral; dan dalam Royal Air Force, adalah Marsyal Udara.
Sejarah
suntingLaksamana Madya Royal Navy wujud sejak abad ke-16 lagi. Apabila armada dikerahkan, Laksamana Madya akan berada di bahagian utama atau hadapan, bertindak sebagai timbalan kepada Laksamana. Pangkat Vice-Admiral berevolusi daripada Leftenan Admiralti (1546-1564) iaitu seorang pegawai yang bertindak sebagai setiausaha kepada Ketua Laksamana England dan tamat pada 1876 tetapi dihidupkan semula pada 1901 oleh Raja Edward VII.[1] Sebelum tahun 1864 Royal Navy telah dibahagikan kepada skuadron berwarna yang menentukan perjalanan kerjayanya. Bendera pemerintah yang dikibarkan oleh seorang Laksamana Madya bertukar beberapa kali dalam tempoh ini.[2]
Dalam Royal Navy, pangkat vice-admiral harus dibezakan daripada jawatan Laksamana Madya United Kingdom, iaitu jawatan Admiralti yang biasanya dipegang oleh laksamana penuh bersara, dan juga Vice-Admiral of the Coast, satu jawatan yang kini sudah mansuh dan berurusan dengan pentadbiran tentera laut di setiap wilayah maritim.
Lencana pangkat dan bendera peribadi
suntingVice-admiral berhak mengibarkan bendera peribadi. Vice-admiral mengibarkan panji salib St George yang dicetak dengan satu disk merah pada sebelah tiang.
Tanda pangkat Laksamana Madya ialah lengan baju berjalur satu baris tebal dengan dua baris sederhana. Sejak tahun 2001, ia telah ditetapkan sebagai pangkat tiga bintang, apabila bilangan bintang pada papan bahu ditambah kepada tiga.[3][4]
-
Jalur lengan
-
Papan bahu
-
Papan bahu sebelum tahun 2001
-
Bendera pemerintah
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "History of Naval Ranks and Rates". www.navymuseum.co.nz. National Museum of the Royal New Zealand Navy. 10 November 2015. Dicapai pada 13 February 2019.
- ^ Perrin, W. G. (William Gordon) (1922). "IV:Flags of Command". British flags, their early history, and their development at sea; with an account of the origin of the flag as a national device. Cambridge, England: Cambridge : The University Press. m/s. 73–109.
- ^ royalnavy.mod.uk Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine — Uniforms and Badges of Rank: Admiral
- ^ Vice-admiral is a three-star rank in NATO, Commonwealth and, since 2001, the Royal Navy (Refer UK DCI (Joint Service) 125/2001).
Sumber
sunting- Perrin, W. G. (William Gordon) (1922). "IV:Flags of Command". British flags, their early history, and their development at sea; with an account of the origin of the flag as a national device. Cambridge, England: Cambridge : The University Press.