Laksamana Muda (Amerika Syarikat)
Laksamana Muda (rear admiral) di dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat adalah dua pangkat pegawai bertauliah yang berlainan: pegawai berbendera satu bintang dan pegawai berbendera dua bintang. Sebaliknya, di kebanyakkan negara lain, istilah "Laksamana Muda" merujuk hanya kepada pegawai berpangkat dua bintang.
Laksamana Muda Rendah
sunting
Laksamana Muda Rendah Rear Admiral (lower half) | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut A.S. Pengawal Pantai A.S. Kor Tauliah USPHS Kor Pegawai NOAA Perkhidmatan Maritim | |
Singkatan | RDML | |
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | |
Pangkat | Satu bintang | |
Diperkenalkan | 1985 | |
Kod NATO |
OF-6 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Laksamana Muda | |
Pangkat rendah seterusnya | Kepten | |
Persamaan pangkat |
| |
Laksamana Muda Rendah (Rear admiral (lower half)) ialah pegawai berbendera yang berpangkat satu bintang, dengan gred gaji O-7 dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat, dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional.[1][2][3]
Pangkat laksamana muda rendah berada di atas kepten dan di bawah laksamana muda. Laksamana muda rendah setaraf dengan pangkat brigedier jeneral dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat, dan Tentera Angkasa Amerika Syarikat dan setaraf dengan pangkat komodor di kebanyakkan tentera laut lain.[4] Di dalam perkhidmatan beruniform AS, rear admiral (lower half) menggantikan pangkat commodore pada tahun 1985.
-
Lencana pangkat rear admiral (lower half) U.S. Navy, U.S. Coast Guard, U.S. PHS, U.S. NOAA
-
Bintang kolar, papan bahu, dan jalur lengan rear admiral (lower half) U.S. Coast Guard
-
Bintang kolar, papan bahu, dan jalur lengan rear admiral (lower half) U.S. Public Health Service
-
Bintang kolar, papan bahu, dan jalur lengan rear admiral (lower half) National Oceanic and Atmospheric Administration
-
Bendera pangkat rear admiral (lower half) U.S. Coast Guard
-
Bendera pangkat rear admiral (lower half) U.S. Public Health Service
-
Bendera pangkat rear admiral (lower half) NOAA Commissioned Officer Corps
Laksamana Muda
suntingLaksamana Muda Rear Admiral | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Laut A.S. Pengawal Pantai A.S. Kor Tauliah USPHS Kor Pegawai NOAA Perkhidmatan Maritim | |
Singkatan | RADM | |
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | |
Pangkat | Dua bintang | |
Diperkenalkan | 1862 | |
Kod NATO |
OF-7 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Laksamana Madya | |
Pangkat rendah seterusnya | Laksamana Muda Rendah | |
Persamaan pangkat | Brigedier Jeneral (perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat) | |
Laksamana Muda (Rear admiral), juga kadangkala dirujuk secara tidak rasmi sebagai "rear admiral (upper half)" atau laksamana muda kanan, ialah pegawai berbendera yang berpangkat dua bintang, dengan gred gaji O-8 dalam Tentera Laut AS, Pengawal Pantai AS, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam AS, Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional dan Perkhidmatan Maritim Amerika Syarikat.[1][2][3]
Pangkat laksamana muda berada di atas laksamana muda rendah dan di bawah laksamana madya. Laksamana muda setaraf dengan pangkat mejar jeneral dalam Tentera Darat U.S., Tentera Udara, Kor Marin, dan Tentera Angkasa. Ia adalah pangkat tetap tertinggi semasa aman dalam perkhidmatan beruniform. Semua yang pangkat lebih tinggi adalah pangkat sementara dan dikaitkan dengan pemerintah atau pejabat khusus mereka dan tamat tempoh apabila penggal mereka berakhir.[5]
-
Lencana bahu rear admiral U.S. Navy, U.S. Coast Guard, USPHSCC, NOAACOC
-
Bintang kolar, papan bahu, dan jalur lengan rear admiral U.S. Coast Guard
-
Bintang kolar, papan bahu, dan jalur lengan rear admiral U.S. Public Health Service Commissioned Corps
-
Bintang kolar, papan bahu, dan jalur lengan rear admiral National Oceanic and Atmospheric Administration Commissioned Officer Corps
-
Bendera pangkat rear admiral U.S. Coast Guard
-
Bendera pangkat rear admiral U.S. Public Health Service Commissioned Corps bertugas sebagai Timbalan Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat
-
Bendera pangkat rear admiral U.S. Public Health Service Commissioned Corps
-
Bendera pangkat rear admiral NOAA Commissioned Officer Corps
Had statutori
suntingMenurut statut, Kongres telah mengehadkan jumlah bilangan pegawai berbendera yang mungkin bertugas aktif pada bila-bila masa. Jumlah bilangan pegawai berbendera dihadkan kepada 162 orang untuk Tentera Laut Tetap,[6] ditambah dengan bilangan kecil pegawai berbendera dalam pasukan Simpanan Tentera Laut yang samada aktif bertugas sepenuh masa, aktif bertugas sementara, atau dalam Senarai Status Aktif Simpanan sebagai askar simpanan sambilan. Beberapa bilet ini dikhaskan atau ditetapkan oleh statut. Sebagai contoh, Timbalan Ketua Hakim Peguam Tentera Laut merupakan seorang rear admiral dua bintang dalam Tentera Laut.[7][8][9] Statut baharu yang digubal pada tahun 2016 mengurangkan had ke atas jumlah bilangan pegawai berbendera yang bertugas aktif dalam Jabatan Pertahanan kepada 151 orang, berkuatkuasa 31 Disember 2022.[10]
Di dalam Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam, separuh daripada Asistan Pakar Bedah Am adalah rear admiral satu bintang dan tidak lebih daripada separuh merupakan rear admiral dua bintang.[11] Ketua pegawai perubatan Pengawal Pantai juga merupakan rear admiral dua bintang dari kor tauliah, ditugaskan ke Pengawal Pantai.[11] Pegawai yang berkhidmat dalam jawatan perisikan tertentu tidak dikira oleh had statutori.[12]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b 10 U.S.C. § 8111 Navy: grades above chief warrant officer, W–5
- ^ a b 14 U.S.C. § 301 Grades and ratings
- ^ a b 37 U.S.C. § 201 Pay grades: assignment to; general rules
- ^ Commodore was historically a wartime rank in the U.S. Navy, as in the case of Commodore Perry. Commodore continues to be an operational role, typically filled by senior Navy captains.
- ^ 10 U.S.C. § 601 - Positions of importance and responsibility: generals and lieutenant generals; admirals and vice admirals
- ^ 10 U.S.C. § 526. Authorized strength: general and flag officers on active duty.
- ^ 10 U.S.C. 5149. Office of the Judge Advocate General: Deputy Judge Advocate General; Assistant Judge Advocates General
- ^ H.R. 4986: National Defense Authorization Act for Fiscal Year 2008
- ^ H.R. 4986: National Defense Authorization Act for Fiscal Year 2008 full text
- ^ 10 U.S.C. § 526a. Authorized strength after December 31, 2022: general officers and flag officers on active duty.
- ^ a b 42 U.S.C. § 207 - Grades, ranks, and titles of commissioned corps
- ^ 10 U.S.C. 528. Officers serving in certain intelligence positions: military status; exclusion from distribution and strength limitations; pay and allowances.
Pautan luar
suntingKategori berkenaan Laksamana Muda (Amerika Syarikat) di Wikimedia Commons