Brigedier Jeneral (Amerika Syarikat)
Di dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Brigedier Jeneral ialah pegawai jeneral berpangkat satu bintang dalam Tentera Darat, Kor Marin, Tentera Udara, dan Tentera Angkasa.
Brigedier Jeneral Brigadier General | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Kor Marin Tentera Udara Tentera Angkasa | |
Singkatan | BG (Army) BGen (Marine Corps) Brig Gen (Air Force dan Space Force) | |
Kumpulan pangkat | Pegawai jeneral | |
Pangkat | Satu bintang | |
Kod NATO |
OF-6 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Mejar Jeneral | |
Pangkat rendah seterusnya | Kolonel | |
Persamaan pangkat |
| |
Pangkat brigadier general berada di atas colonel dan dibawah major general. Gred gaji brigadier general ialah O-7. Ia setaraf dengan pangkat laksamana muda rendah dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain yang menggunakan pangkat tentera laut. Perkataan brigadier general disingkatkan ke BG bagi Tentera Darat, BGen bagi Kor Marin, dan Brig Gen bagi Tentera Udara dan Tentera Angkasa.
Peronda Udara Awam juga menggunakan pangkat ini untuk Timbalan Komander Nasional dan beberapa Komander Nasional yang lalu.
Had statutori
suntingBendera Brigedier Jeneral A.S.
-
Bendera pangkat brigadier general dalam Tentera Darat AS. Bendera brigadier general Jabatan Perubatan Tentera Darat mempunyai latar belakang merah manggis; bendera paderi tentera (brigadier general) mempunyai latar belakang ungu.
-
Bendera brigadier general Kor Marine.
-
Bendera brigadier general Tentera Udara AS.
-
Bendera brigadier general Tentera Angkasa AS.
Kanun Amerika Syarikat mengehadkan sejumlah bilangan pegawai jeneral yang mungkin sedang menjalankan tugas aktif.[1] Sejumlah bilangan pegawai jeneral bertugas aktif dihadkan kepada 218 orang bagi Tentera Darat, 62 orang bagi Kor Marin, 170 orang bagi Tentera Udara, dan 21 orang bagi Tentera Angkasa. Presiden atau Setiausaha Pertahanan boleh menambah bilangan slot untuk satu cabang perkhidmatan, selagi mereka menolak jumlah yang sama daripada perkhidmatan yang lain.[2] Beberapa slot ini dikhaskan oleh statut.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ James Clark (May 16, 2016) Does The US Military Have Too Many Generals?: 411 one stars, 299 two stars, 139 three stars, and 37 four-stars across DoD
- ^ 10 U.S.C. § 526a. Authorized strength after December 31, 2022: general officers and flag officers on active duty