Sumpah-sumpah
Sumpah-sumpah (juga: sesumpah, Jawi: سومڤه٢ ) atau kameleon (Jawi: كاميليون) adalah jenis reptilia dalam keluarga Chamaeleonidae[1] dikenali dari kebolehan bertukar warna mengikut keadaan sekeliling; sebanyak 202 spesies dari keluarga ini diketahui setakat Jun 2015.[1] Cicak-cicak dalam keluarga ini bertaburan luas pelbagai habitat hutan hujan ke gurun di benua Afrika, Madagaskar, selatan Eropah sampailah ke Sri Lanka di selatan Asia.
Sumpah-sumpah | |
---|---|
Sesumpah biasa, Chamaeleo chamaeleon | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Infraorder: | |
Keluarga: | Chamaeleonidae
|
Subfamili dan Genus | |
| |
Taburan asal spesies keluarga Chamaeleonidae |
Penamaan
suntingNama sumpah-sumpah dan sesumpah pada asalnya diberikan kepada sejenis mengkarung spesies Bronchocela cristatella (atau sinonimnya Calotes cristatellus)[2] kerana penampakan cicak itu yang sering membuka tutup mulutnya secara laju seakan mengucap sumpahan.[3][4] Nama cicak Bronchocela ini kemudiannya dikait bertindihan kepada cicak Chamaeleonidae kerana kedua-dua jenis cicak ini berkebolehan sama bertukar warna kulit sendiri.[5][3]
Nama kameleon pula menyerap bahasa Latin chamaeleōn ,[6] dipinjam dari kata Yunani χαμαιλέων khamailéōn[7] menggabungkan χαμαί khamaí "tanah"[8] dan λέων léōn "singa"[9][10][11] dari bentuk jambul kepala haiwan ini yang menegak menyerupai bulu surai seekor singa jantan lalu dinamakan sedemikian oleh masyarakat Akkadia yang mula-mula mengetahui haiwan ini.[12]
Ciri fizikal
suntingSesumpah mempunyai bebola mata yang mampu digerakkan sendirian berpusingan seluruh 360 darjah; penglihatan ini ditumpukan melalui suatu lubang mata manakala sebahagian besar mata lain tertutup kerana tercantumnya kedua-dua kelopak atas dan bawah mata. Haiwan ini dapat melihat tidak sahaja dalam persekitaran bercahaya tampak malah juga bercahaya ultraungu.[13]
Kebolehan bertukar warna
suntingSesumpah mempunyai dua lapisan bawah kulit yakni satu lapisan kromatofor berpigmen dan satu lapisan iridofor mengandungi nanohablur guanina di bawahnya. Hablur-hablur guanina ini digerakkan agar mengubah struktur membolehkan pemantulan panjang gelombang dari cahaya luar menampakkan warna diubah.[14][15] Pelbagai spesies kameleon mengubah warna dan corak sepanjang spektrum kemerahan, kekuningan, kebiruan sampai keunguan.[16]
Sesumpah menukar warna kulit kerana pelbagai tujuan termasuk:[14]
Tabiat
suntingPemakanan
suntingSesumpah ini lazim memakan serangga namun ada juga spesies-spesies lebih besar yang berkebolehan memakan cicak lain mahupun anak burung.[22]:5
Rujukan
sunting- ^ a b Glaw, F. (2015). "Taxonomic checklist of chameleons (Squamata: Chamaeleonidae)". Vertebrate Zoology. 65 (2): 167–246.
- ^ Lihat:
- "chameleon". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2002.
- "sumpah-sumpah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- "sumpah-sumpah". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
- ^ a b Winstedt, Richard (1923). Malaya: The Straits Settlements and the Federated and Unfederated Malay States. Constable & Company, Limited.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "sumpah". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 500 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Günther, Albert C. L. G. (1864). "Bronchcela cristatella". The Reptiles of British India. London: Taylor and Francis. m/s. 138.
- ^ Templat:L&S
- ^ χαμαιλέων. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
- ^ χαμαί in Liddell dan Scott.
- ^ λέων in Liddell dan Scott.
- ^ "Chameleon". Dictionary.com.
- ^ Douglas Harper. "chameleon". Online Etymology Dictionary.
- ^ Strauss, Bob (17 November 2019). "10 Facts About Chameleons". ThoughtCo. Dicapai pada 29 September 2021.
- ^ "Chamaeleon News". Chameleonnews.com. August 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 January 2008. Dicapai pada 1 November 2017.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ a b Osman Affandi (22 Disember 2018). "Sesumpah Tak Boleh Tukar Warna Kulit: Kita Tertipu Sejak Dari Bangku Sekolah". Iluminasi. Dicapai pada 29 September 2021.
- ^ Teyssier, Jérémie; Saenko, Suzanne V.; van der Marel, Dirk; Milinkovitch, Michel C. (10 March 2015). "Photonic crystals cause active colour change in chameleons". Nature Communications. 6 (1): 1–7. doi:10.1038/ncomms7368. ISSN 2041-1723. PMC 4366488. PMID 25757068.
- ^ Chameleons. National Geographic Explorer
- ^ Cook, Maria. "The Adaptations of Chameleons". Sciencing. Dicapai pada 15 June 2020.
- ^ Walton, B. Michael; Bennett, Albert F. (1993). "Temperature-Dependent Color Change in Kenyan Chameleons". Physiological Zoology. University of Chicago Press. 66 (2): 270–287. doi:10.1086/physzool.66.2.30163690. ISSN 0031-935X. S2CID 80673490.
- ^ Stuart-Fox, D.; Moussalli, A. (2008). "Selection for Social Signalling Drives the Evolution of Chameleon Colour Change". PLOS Biology. 6 (1): e25. doi:10.1371/journal.pbio.0060025. PMC 2214820. PMID 18232740.
- ^ Harris, Tom (18 May 2001). "How Animal Camouflage Works". How Stuff Works. Dicapai pada 2006-11-13.
- ^ Ligon, Russell A.; McGraw, Kevin J. (2013). "Chameleons communicate with complex colour changes during contests: different body regions convey different information". Biology Letters. 9 (6): 20130892. doi:10.1098/rsbl.2013.0892. PMC 3871380. PMID 24335271.
- ^ Dever, Jennifer (December 5, 2007). "Common Chameleon" (PDF). usfca.edu. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada February 3, 2015. Dicapai pada January 9, 2012.