Kruiser Jerman Karlsruhe

Karlsruhe adalah kapal kruiser ringan, anggota kedua kelas Königsberg dan berkhidmat dari November 1929 hingga Mei 1938, dan sekali lagi dari November 1939 hingga April 1940, dilihat beraksi dalam Perang Dunia II. Ia telah dikendalikan oleh dua tentera laut Jerman, iaitu Reichsmarine dan Kriegsmarine. Ia mempunyai dua kapal kembar, Königsberg dan Köln. Karlsruhe mula dibina pada 27 Julai 1926 di limbungan Deutsche Werke, Kiel, dilancarkan pada Ogos 1927, dan ditauliahkan kedalam Reichsmarine pada November 1929. Ia dipersenjatai dengan 9 meriam utama 15 sm SK C/25 dalam turet kembar tiga dan mempunyai kelajuan tertinggi 32 knot (59 km/j; 37 mph).

Karlsruhe di laut pada 1931
Sejarah
Jerman
Nama: Karlsruhe
Bersempena dengan: Bandaraya Karlsruhe
Pembina: Deutsche Werke, Kiel
Dibaringkan: 27 Julai 1926
Dilancarkan: 20 Ogos 1927
Ditauliah: 6 November 1929
Ditarik keluar dari perkhidmatan: Mei 1938
Dikembalikan: November 1939
Takdir: Karam, 9 April 1940
Ciri-ciri umum [a]
Kelas dan jenis: Kruiser ringan kelas Königsberg
Sesaran: 7,700 long ton (7,800 t)
Panjang: 174 m (571 ka)
Lunas: 15.3 m (50 ka)
Draft: 6.28 m (20.6 ka)
Installed power:
Jana kuasa:
Halaju: 32 knot (59 km/j; 37 mph)
Jarak: 5,700 nmi (10,600 km; 6,600 bt) at 19 knot (35 km/j; 22 mph)
Anak kapal:
  • 21 pegawai
  • 493 anak kapal
Persenjataan:
Perisai:

Seperti kembarnya, Karlsruhe berkhidmat sebagai kruiser latihan bagi kadet laut pada 1930an. Semasa Perang Saudara Sepanyol, ia menyertai rondaan bukan-intervensi diluar pantai Sepanyol. Ia sedang dalam proses dimodenkan pada permulaan Perang Dunia II pada September 1939, dan dengan itu tidak bersedia untuk beraksi sehingga November 1939. Pada April 1940 Karlsruhe mengambil bahagian dalam Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan Norway. Ia mendaratkan pasukan askar di Kristiansand, tetapi semasa pulang ke Jerman pada 9 April, ia di tembusi sebiji torpedo dari kapal selam Royal Navy HMS Truant dan mengalami kerosakan teruk. Tidak dapat kembali ke pelabuhan, Karlsruhe telah dilubangtenggelamkan oleh sebuah pengiring bot torpedo Jerman.

Bangkai kapalnya telah ditemui pada Jun 2020 di Jurang Norway, 24 km (13 nm) tenggara Kristiansand pada kedalaman 490 m (1,610 ft).


Nota kaki

sunting
  1. ^ These statistics are for the ship as completed; over the course of her career, armament, crew size, and other characteristics of the ship changed.

Petikan

sunting

Rujukan

sunting
  • Gardiner, Robert; Chesneau, Roger (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0870219138.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Vol. I: Major Surface Vessels. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-790-9. |volume= has extra text (bantuan)
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea 1939–1945: The Naval History of World War Two (ed. Third Revised). Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-119-2.
  • Williamson, Gordon (2003). German Light Cruisers 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-503-1.
  • Wright, Christopher, penyunting (December 2020). "Naval News in Pictures". Warship International. Toledo: International Naval Research Organization. 57 (4): 262. ISSN 0043-0374.

Templat:K class cruiser Koordinat: 58°04′N 8°04′E / 58.067°N 8.067°E / 58.067; 8.067