Kiel
Kiel ialah ibu negeri Schleswig-Holstein di Republik Persekutuan Jerman. Ia terletak di bahagian utara Jerman, di sebelah timur Semenanjung Jutland, di sudut sebelah barat daya Laut Baltik. Bandar ini merupakan bandar pelabuhan dan pernah menganggotai Liga Hansa pada Zaman Pertengahan. Selain itu, ia menjadi pusat tentera laut Jerman sekitar 1860-an dan juga pusat kegiatan pembuatan kapal selain pintu masuk sebelah timur bagi terusan buatan paling sibuk di dunia, iaitu Terusan Kiel.
Kiel | |
---|---|
Negara | Jerman |
Negeri | Schleswig-Holstein |
Daerah | Daerah urban |
Pentadbiran | |
• Ketua Datuk Bandar | Ulf Kämpfer [1] |
• Parti-parti pentadbiran | SPD / Greens / South Schleswig Voter Federation |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 118.6 km2 (45.8 batu persegi) |
Penduduk (2014-06-31) | |
• Bandar Raya | 240,832 |
• Kepadatan | 2,000/km2 (5,300/batu persegi) |
• Metro | 643,594[2] |
Zon waktu | CET/CEST (UTC+1/+2) |
Poskod | 24103–24159 |
Kod dail | 0431 |
Pendaftaran kenderaan | KI |
Laman sesawang | www.kiel.de |
- ^ "Oberbürgermeister Dr. Ulf Kämpfer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-20. Dicapai pada 2015-11-29.
- ^ "Growth - KielRegion - Association for Business Development Kiel / Germany". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-29. Dicapai pada 2015-11-29.