Kruiser Jerman Admiral Scheer

Admiral Scheer adalah sebuah kruiser berat kelas-Deutschland (sering dipanggil kapal tempur poket) yang berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Kapal ini dinamakan sempena Laksamana Reinhard Scheer, panglima Jerman dalam Pertempuran Jutland. Ia mula dibina di limbungan Reichsmarinewerft, Wilhelmshaven pada Jun 1931 dan siap pada November 1934. Pada awalnya diklasifikasikan sebagai kapal berperisai (Panzerschiff) oleh Reichsmarine, pada Februari 1940 pihak Jerman mengklasifikasi semula dua kapal kelas ini sebagai kruiser berat.[a]

Admiral Scheer di Gibraltar pada 1936
Sejarah
Jerman Nazi
Nama: Admiral Scheer
Bersempena dengan: Reinhard Scheer
Pembina: Kriegsmarinewerft Wilhelmshaven
Dibaringkan: 25 Jun 1931
Dilancarkan: 1 April 1933
Ditauliah: 12 November 1934
Pelabuhan asal: Kiel
Takdir: Tenggelam oleh serangan udara British pada 9 April 1945
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kruiser kelas-Deutschland
Sesaran:
  • Reka bentuk:
    • 13,660 t (13,440 long ton)
  • Muatan penuh:
    • 15,180 long ton (15,420 t)
Panjang: 186 m (610 ka 3 in)
Lunas: 21.34 m (70 ka 0 in)
Draft: 7.25 m (23 ka 9 in)
Jana kuasa:
Halaju: 28.3 knot (52.4 km/j; 32.6 mph)
Jarak: 9,100 nmi (16,900 km; 10,500 bt) pada 20 knot (37 km/j; 23 mph)
Anak kapal:
  • Dibina:
    • 33 pegawai
    • 586 lain-lain pangkat
  • Selepas 1935:
    • 30 pegawai
    • 921–1,040 lain-lain pangkat
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • 1940:
    • FMG 39 G(gO)
  • 1941:
    • MG 40 G(gO)
    • FuMO 26
Persenjataan:
Perisai:
Pesawat yang dibawa: 2 × pesawat laut Arado Ar 196
Kemudahan penerbangan: Satu katapel

Kapal ini secara nominal dibawah had 10,000 long ton (10,000 t) pada saiz kapal perang yang dikenakan oleh Perjanjian Versailles, walaupun dengan sesaran muatan 15,180 long ton (15,420 t), ia jauh melebihi itu. Dilengkapi dengan enam meriam utama berukuran 28 cm (11 in) dalam dua turet meriam tiga laras, Admiral Scheer dan kembarnya direka untuk mengatasi mana-mana kruiser laju yang cuba mengejarnya. Kelajuan tertingginya 28 knot (52 km/j; 32 mph) hanya membenarkan sedikit kapal dalam tentera laut Inggeris-Perancis yang mampu mengejarnya dan cukup kuat untuk tenggelamkan mereka.[1]

Admiral Scheer menyaksikan perkhidmatan berat dengan Tentera Laut Jerman, termasuk di aturgerak ke Sepanyol semasa Perang Saudara Sepanyol, dimana ia mengebom pelabuhan Almería. Operasi pertamanya semasa Perang Dunia II adalah menyerang kapal-kapal dagang pihak Bersekutu di selatan Lautan Atlantik; ia juga membuat serangan singkat ke dalam Lautan Hindi. Semasa operasi itu, ia menenggelamkan 113,223 GRT kapal, menjadikannya kapal utama penyerang paling berjaya dalam peperangan. Setelah pulang ke Jerman, ia di aturgerak ke utara Norway bagi menghalang penghantaran ke Soviet Union. Ia adalah sebahagian daripada serangan yang gagal ke atas Konvoi PQ 17 dan menjalankan Operasi Wunderland, iaitu serangan ke dalam Laut Kara. Selepas kembali ke Jerman pada pengakhiran tahun 1942, kapal itu bertugas sebagai kapal latihan sehingga hujung tahun 1944, apabila ia digunakan untuk menyokong operasi darat menentang Tentera Soviet. Ia telah ditenggelamkan oleh pesawat pengebom British pada 9 April 1945 dan sebahagiannya disekerap; saki baki bangkai kapal terbenam didasar dermaga.

Lakaran sebenar Admiral Scheer

Nota kaki

sunting
  1. ^ The third ship, Admiral Graf Spee, had been scuttled following the Battle of the River Plate. See Gardiner & Chesneau, halaman 220.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "radar" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Petikan

sunting
  1. ^ Pope, m/s. 7.

Rujukan

sunting
  • "Bürkner, Leopold". Bordgemeinschaft der Emdenfahrer. Dicapai pada 18 October 2013.
  • Ciupa, Heinz (1997). Die Deutschen Kriegsschiffe 1939–1945. Rastatt: Moewig. ISBN 978-3-8118-1409-7.
  • Edwards, Bernard (2003). Beware Raiders!: German Surface Raiders in the Second World War. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-210-0.
  • Gardiner, Robert; Chesneau, Roger, penyunting (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-913-9.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-0-87021-790-6.
  • Grützner, Jens (2010). Kapitän zur See Ernst Lindemann: Der Bismarck-Kommandant – Eine Biographie (dalam bahasa German). VDM Heinz Nickel. ISBN 978-3-86619-047-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Hümmelchen, Gerhard (1976). Die Deutschen Seeflieger 1935–1945 (dalam bahasa German). Munich: Lehmann. ISBN 978-3-469-00306-5.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Meier-Welcker, Hans; Forstmeier, Friedrich; Papke, Gerhard; Petter, Wolfgang (1983). Deutsche Militärgeschichte 1648–1939. Herrsching: Pawlak. ISBN 978-3-88199-112-4.
  • O'Hara, Vincent P.; Dickson, W. David; Worth, Richard (2010). On Seas Contested: The Seven Great Navies of the Second World War. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-646-9.
  • Pope, Dudley (2005). The Battle of the River Plate: The Hunt for the German Pocket Battleship Graf Spee. Ithaca, NY: McBooks Press. ISBN 978-1-59013-096-4.
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-119-8.
  • Showell, Jak P. Mallmann (2003). German Naval Code Breakers. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-308-6.
  • Watson, Bruce (2006). Atlantic Convoys and Nazi Raiders. Westport, CT: Praeger. ISBN 978-0-275-98827-2.
  • Whitley, M. J. (1998). Battleships of World War II. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-55750-184-4.
  • Williamson, Gordon (2003). German Pocket Battleships 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 978-1-84176-501-3.
  • Zetterling, Niklas; Tamelander, Michael (2009). Tirpitz: The Life and Death of Germany's Last Super Battleship. Havertown, PA: Casemate. ISBN 978-1-935149-18-7.

Pautan luar

sunting

Koordinat: 54°19′35″N 10°09′39″E / 54.3264°N 10.1608°E / 54.3264; 10.1608