Kris (kumpulan muzik)

kumpulan muzik slow rock Malaysia

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan menyampaikan lagu-lagu rock berbahasa Melayu. Kumpulan Kris muncul di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanah air, sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock lain seperti Dinamik, WOW, Blackrose, Damasutra dan Laksamana. Kris juga merupakan kumpulan rock ketiga dari Malaysia yang menandatangani kontrak dengan Life Rekod (kini Life Records) selepas Bumiputra Rockers dan XPDC.

Kris
Anggota kumpulan Kris.
Dari kiri: Lomaq, Joey, Alim dan Mukhris
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreHard rock, Pop rock, Rock kapak
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1995
Syarikat rakaman
Gong Production (1991-1995)
Life Records (1991-1995)
Pengkarya berkait
M. Nasir
Hattan
Kumpulan Mega
Kumpulan Search
Ella
Ruhil
AhliAlim - Vokal
Mukhris@Aboi - Gitar
Lomaq - Bes
Joey - Dram

Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

Sejarah Awal

sunting

Pengasasan kumpulan Kris ditelusuri seawal tahun 1991 apabila pengurus syarikat produksi Gong Production iaitu Hussien Ali atau Pak Hussein hendak menggabungkan artisnya, Alim dengan pemuzik-pemuzik berkaliber untuk membentuk sebuah kumpulan rock baharu atas saranan M. Nasir. Pak Hussein kemudiannya mendekati Munir, pemain dram kumpulan Ella & The Lips dan mengajaknya untuk turut serta dalam projek tersebut. Merasakan itu peluang keemasan untuk keluar dari Ella & The Lips, Munir terus sahaja menerima pelawaan tersebut dan kemudiannya memanggil Lomaq untuk merealisasikan projek tersebut dengan Munir bertindak sebagai pemain dram, Lomaq sebagai pemain bes dan Mukhris (Aboi@Boy) sebagai gitaris.

Malangnya, Munir tidak dapat meneruskan projek tersebut apabila mendapat tawaran untuk menyertai kumpulan Mega. Projek tersebut diteruskan dengan penyertaan Joey bersama-sama Lomaq, Mukhris dan Alim bagi memenuhi tawaran Pak Hussien. Dengan kemasukan Joey, terbentuklah kumpulan rock baharu yang dinamakan Rajawali dan menandatangani kontrak rakaman album pertama yang hanya tinggal rakaman vokal sahaja.

Namun setelah proses tersebut siap, mereka dikejutkan dengan isu nama Rajawali apabila terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut dan telahpun memasarkan album mereka di bawah label Sinar Muzik. Tidak mahu isu tersebut berlarutan, mereka sepakat untuk menukar nama kumpulan kepada Kris yang diambil daripada nama sebuah senjata yang digunakan oleh orang Melayu iaitu keris. Akhirnya, album pertama Kris berjudul Tiara mendarat di pasaran pada pertengahan tahun 1991 di bawah label Gong Production sambil Life Rekod (kini Life Records) bertindak sebagai pengedar album.

Anggota kumpulan

sunting
  1. Abdul Halim bin Mohd Bukhari (Alim) - vokal
  2. Mukhris bin Abdul Talib (Mukhris@Aboi) - gitar
  3. Musa bin Mohd Taib (Musa@Lomaq) - bass
  4. Abdul Hamid bin Shahlan (Hamid@Joey) - dram

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
  1. Tiara (1991)
  2. Ratna (1993)

Album lain

sunting
  1. Revival of the Forgetten Rock Kapak (2012)

Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012)

sunting
 

Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.

 

Anugerah dan Pencalonan

sunting
Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik FM)
Tahun Tajuk Kedudukan
(23Ogos - 19 Sep) 1993 Lagu Cenderawasih 1
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Karya Keputusan
1991 Tiara Menang

• Juara Lagu

tempat ke -3


• Persembahan Terbaik tempat -3


• Lirik Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1992 Penyanyi Berkumpulan Popular Tercalon
Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Karya Keputusan
1993 Video Muzik Terbaik Cenderawasih Tercalon

Info Tambahan

sunting
  • Pemain bass Kris, Lomaq merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan rock lagenda negara, Search iaitu Kid (gitaris asal kumpulan Gersang) dan Din. Lahir dalam keluarga seni, Lomaq merupakan anak kepada pemuzik terkenal Taib Othman dan juga anak saudara kepada bekas anggota kumpulan Carefree iaitu Rahim Othman yang juga seorang komposer dan penerbit terkenal.
  • Lomaq juga merupakan pemain bes asal kumpulan Mega dan sempat terlibat dalam rakaman album pertama Mega pada tahun 1989. Namun setelah siap merakamkan beberapa buah lagu, Lomaq meninggalkan kumpulan tersebut atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
  • Joey merupakan pemain dram asal kumpulan Mega sejak era Maiden Child pada tahun 1987 dan terlibat sepenuhnya dalam album pertama Mega. Namun disebabkan gaya permainannya yang terlalu mengikut gaya muzik Iron Maiden, Joey terpaksa dikeluarkan daripada Mega tidak lama selepas selepas vokalisnya, Zarith disingkirkan oleh pihak pengurusan.
  • Mukhris atau Aboi merupakan bekas gitaris kumpulan Pratayuda, sebuah kumpulan rock dari Kuala Lumpur yang pernah disertai oleh Dato' Hattan sebelum menyertai kumpulan FRU. Pratayuda sempat muncul dalam album kompilasi War Rock 1 di bawah terbitan Mutiara Records.

Rujukan

sunting