Kriesha Ziskind Teo Tiu (lahir 20 Disember 1998) atau dikenali sebagai Kriesha Chu, ialah penyanyi wanita Filipina-Amerika yang menetap di Korea Selatan.

Kriesha Chu
크리샤 츄
Chu pada 2018.
Kelahiran
Kriesha Ziskind Teo Tiu

(1998-12-20) 20 Disember 1998 (umur 25)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Kerjaya muzik
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
Urban Works Media
Nama Korea
Hangul크리샤 츄
Perumian SemakanKeurisya Chyu
McCune–ReischauerK'ŭrisya Ch'yu
Laman web rasmikrieshachu.urbanworks.co.kr
Tandatangan

Kehidupan awal

sunting

Kriesha dilahirkan di Bandar Raya Makati, Filipina kepada ibu bapa Filipina berbangsa Cina. Pada usia 2 tahun, beliau berpindah ke San Francisco bersama keluarganya.[1] Kini, beliau diuruskan oleh Urban Works Entertainment. Beliau fasih berbahasa Inggeris, Cebuano, Tagalog dan Korea serta memegang dua kerakyatan Filipina dan Amerika Syarikat.

Kerjaya

sunting

2017: K-pop Star 6: The Last Chance dan single sulung

sunting

Chu menghadiri K-pop Star 6: The Last Chance. Beliau tersingkir di episod ke-7[2] namun kembali sebagai peserta wild card.[3] Beliau kemudian menjadi ahli kumpulan KWINs, yang terdiri dari Kim So-hee dan Kim Hye-rim, setelah menjadi juara kedua pada pertandingan itu.[4]

Selepas K-Pop Star 6 tamat, Kriesha melancarkan album singlenya pada 24 Mei 2017.[5]

2018–kini: Dream of Paradise dan penampilan runut bunyi

sunting

Kriesha melancarkan EP pertamanya, Dream of Paradise, yang juga memuatkan lagu "Like Paradise". Single utama digubah oleh Hui dan Flow Blow. "Sunset Dream" digubah oleh Denis Seo, Sophia Pae dan Chu sendiri. Beliau juga menyumbang sebagai penulis lirik versi bahasa Korea dan Inggeris. "Falling Star" merupakan projek kolaborasi antara Chu dan Kim Min-joo, kini menjadi ahli latihan UrbanWorks Entertainment. Projek ini menjadi sorotan awal antara Kriesha dengan ahli latihan lain dan diberi judul Project Diary.

Pada 24 Januari 2020, beliau muncul dalam muzik video "Count to Three Like a Habit" oleh KCM.[6] Chu membintangi siri web Live with a Ghost.[7] Beliau berhasrat ingin mengembangkan kerjayanya di China.[8]

Diskografi

sunting
Tajuk Keterangan Kedudukan carta lagu Penjualan
KOR
[9]
Dream of Paradise 67

Album single

sunting
Tajuk Keterangan Kedudukan carta lagu Penjualan
KOR
[9]
Album single pertama Kriesha Chu
  • Tarikh keluaran: 24 Mei 2017
  • Label: Urban Works Entertainment, LOEN Entertainment
  • Jenis: CD, muat turun
35

Single

sunting
Tajuk Tahun Kedudukan carta lagu Penjualan (Muat turun) Album
KOR
[10]
"Trouble" 2017 Album single pertama Kriesha Chu
"Like Paradise" 2018 Dream of Paradise
"—" menunjukkan keluaran yang tidak masuk dalam carta lagu atau tidak dikeluarkan di wilayah itu.

Penampilan runut bunyi

sunting
Tahun Tajuk Album Artis terlibat
2017 "Wings" (날개) Kpop Star Season 6 Top 10 Jeon Min-ju[11]
"Crazy In Love" Kpop Star Season 6 Top 8
"Say You Love Me" (좋아한다 말해) Pink Pink OST Samuel[12]

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Rangkaian TV Tajuk Peranan Catatan
2016-2017 SBS K-pop Star 6: The Last Chance Peserta Juara kedua[4]

Aneka ragam

sunting
Tahun Rangkaian TV Tajuk Peranan Catatan
2017 OBS Eodi Road Peranan utama
2018 Netflix Busted! Tetamu undangan Muncul dalam Ep 8
2018 JTBC Hitman! Tetamu undangan

Penampilan radio

sunting
Tahun Rangkaian Tajuk Peranan Catatan
2017 TBS EFM Double date setiap Khamis
2018 SBS Power FM Hwa-Jeong Choi’s Power Time Tetamu undangan 12 Januari
KBS2 Music Bank Tetamu undangan
KBS World Radio One Fine Day by Park Jung-Hyun Tetamu undangan 10 Januari

Rujukan

sunting
  1. ^ "After School Club ep. 304" (dalam bahasa Inggeris). Arirang.
  2. ^ Hicap, Jonathan (January 4, 2017). "Fil-Am Kriesha Tiu eliminated from 'K-pop Star' show". Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Antonio, Psylocke (January 12, 2017). "CHRISHA CHOO RETURNS TO THE K-POP STAR 6 STAGE VIA UNANIMOUS WILD CARD DECISION". Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ a b "Boyfriend wins 1st place, Kriesha Tiu's KWINs runner-up on 'K-pop Star 6' grand finals". Manila Bulletin. 14 April 2017. Dicapai pada 12 May 2017.
  5. ^ "Kriesha Chu debuts with high-energy album 'Trouble'". Korea Herald.
  6. ^ "크리샤츄, KCM 신곡 "버릇처럼 셋을 센다" MV 참여". 서울경제 (dalam bahasa Korea). 2020-01-20. Dicapai pada 2020-06-15.
  7. ^ "크리샤츄 "연기하다가 계속 카메라 봐…감정 표현 어려워"(`귀신과 산다`)". 스타투데이 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2020-06-15.
  8. ^ "Singer Kriesha Chu denies having plastic surgery". koreatimes (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-17. Dicapai pada 2020-06-23.
  9. ^ a b "Gaon Album Chart". Gaon Music Chart.
  10. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart.
  11. ^ "'K팝스타6' 크리샤 츄, '심쿵'한 첫 등장-아쉬웠던 준우…데뷔 초읽기?" (dalam bahasa Korea). Kookje.
  12. ^ "코미카 웹툰 '분홍분홍해' OST 선봬" (dalam bahasa Korea). The Games.

Pautan luar

sunting