Krian Laut (kawasan persekutuan)
Krian Laut ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Kuala Kurau dan Parit Buntar.[1]
Kawasan pilihan raya Perak | |
---|---|
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi | |
Badan perundangan | Dewan Rakyat |
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1958 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1974 |
Kali pertama dipertandingkan | 1959 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1969 |
Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Krian Laut ialah Sulaiman Taib dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.[1]
Sejarah
suntingKawasan Krian Laut terletak di barat laut negeri Perak yang juga bersempadan dengan negeri Pulau Pinang dan Selat Melaka di barat.[1] Ia diciptakan dari Krian. Walaubagaimanapun, kawasan Krian Laut telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Parit Buntar. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak dua calon telah bertanding di kerusi parlimen Krian Laut. Mereka ialah Abdul Rauf Abdul Rahman dari Parti Perikatan, dan Ahmad Hussain dari Persatuan Islam Se-Malaya/Tanah Melayu (kini Parti Islam Se-Malaysia). Abdul Rauf telah menang dan telah menewaskan satu calon lainnya dengan mendapatkan undian sebanyak 8,074.[3]
Kawasan parlimen Krian Laut merangkumi tiga mukim dalam Daerah Kerian, Sungai Kurau, pekan Bagan Serai, dan pekan Kuala Kurau menghadap ke utara, Simpang Lima, Jalan Bharu, dan kawasan perkampungan Tanjung Piandang.[4]
Sejarah perwakilan
suntingAhli Parlimen untuk Krian Laut | |||||
---|---|---|---|---|---|
Parlimen | Tahun | Ahli | Parti | Undian yang didapatkan | Majoriti |
Kawasan parlimen diciptakan dari Krian | |||||
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu | |||||
ke-1 | 1959-1963 | Abdul Rauf Abdul Rahman | Perikatan (UMNO) | 8,074 | 497 |
Parlimen Malaysia | |||||
ke-1 | 1963-1964 | Abdul Rauf Abdul Rahman | Perikatan (UMNO) | 8,074 | 497 |
ke-2 | 1964-1966 | 10,109 | 2,657 | ||
1966-1969 | Sulaiman Taib | 11,206 | 2,722 | ||
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6] | |||||
ke-3 | 1971-1973 | Sulaiman Taib | Perikatan (UMNO) | 11,092 | 300 |
1973-1974 | Barisan Nasional (UMNO) | ||||
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Parit Buntar |
Keputusan pilihan raya
suntingParti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Sulaiman Taib | 11,092 | 50.69 | ||
PMIP | Mohamed Ja'afar Ibrahim | 10,792 | 49.31 | ||
Jumlah undian sah | 21,884 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 1,163 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 23,047 | 75.60 | |||
Pemilih berdaftar | 30,485 | ||||
Majoriti | 300 | ||||
Perikatan kekal | Peralihan | ||||
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Sulaiman Taib | 11,206 | 56.91 | ||
PMIP | Baharuddin Abdul Latiff | 8,484 | 43.09 | ||
Jumlah undian sah | 19,690 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | |||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | |||||
Pemilih berdaftar | 26,953 | ||||
Majoriti | 2,722 | ||||
Perikatan kekal | Peralihan | ||||
Sumber |
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Abdul Rauf Abdul Rahman | 10,109 | 50.94 | ||
PMIP | Abdul Wahab Mohd Noor | 7,452 | 37.55 | ||
Barisan Sosialis | Mohd Nordin Abdul Jalil | 2,282 | 11.50 | ||
Jumlah undian sah | 19,843 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 583 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 20,426 | 79.77 | |||
Pemilih berdaftar | 25,605 | ||||
Majoriti | 2,657 | ||||
Perikatan kekal | Peralihan | ||||
Sumber
|
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
Perikatan | Abdul Rauf Abdul Rahman | 8,074 | 51.59 | ||
PMIP | Ahmad Hussain | 7,577 | 48.41 | ||
Jumlah undian sah | 15,651 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 126 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Keluar mengundi | 15,777 | 70.40 | |||
Pemilih berdaftar | 22,409 | ||||
Majoriti | 497 | ||||
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan. | |||||
Rujukan
sunting- ^ a b c d e "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
- ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, m/s 152. ISBN 0-19-924959-8
- ^ a b "Senarai chalun2 pilehan raya Dewan Parlemen Tanah Melayu" [Senarai calon-calon pilihan raya Dewan Parlimen Tanah Melayu]. Berita Harian. 16 Julai 1959. m/s. 3. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
- ^ "The constituencies for general elections" [Kawasan pilihan raya untuk pilihan raya umum]. The Straits Times. 2 September 1958. m/s. 4. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
- ^ Ahmad Fauzi Mustafa (12 Mac 2012). "Hanya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa panggil Parlimen bersidang". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-04. Dicapai pada 13 September 2020.
- ^ Penyata Rasmi Dewan Ra'ayat Parlimen Ketiga Penggal Parlimen Pertama (PDF) (Laporan). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2016-05-20.
- ^ "Wakil Ra'ayat Krian Laut Meninggal Sa-telah Lama Sakit" [Wakil Rakyat Krian Laut Meninggal Setelah Lama Sakit]. Berita Harian. 20 Januari 1966. m/s. 5. Dicapai pada 20 Januari 2021.
- ^ "聯吉盟〓沿海區補選勝利蘇萊曼誓言將忠誠服務感謝各族熱烈支持". 南洋商报 (Nanyang Siang Pau). 14 Mac 1966. m/s. 10. Dicapai pada 6 Jun 2021.
- ^ "P-raya kechil Krian—March" [Pilihan raya kecil Krian Laut-Mac]. Berita Harian. 22 Januari 1966. m/s. 2. Dicapai pada 6 Jun 2021.
- ^ "The line-up for Parliament: Perak" [Barisan Parlimen: Perak]. The Straits Times. 25 April 1965. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
- ^ "Malaysia General Election 1964 | Parliament - House of Representatives" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Parlimen - Dewan Rakyat] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
- ^ "Krian Laut sa-lepas tahun 1965 mulai lemah" [Krian Laut srlepas tahun 1965 mulai lemah]. Berita Harian. 31 Oktober 1968. m/s. 8. Dicapai pada 6 Jun 2021.
- ^ "Putusan2 penoh semua negeri" [Keputusan-keputusan penuh semua negeri]. Berita Harian. 21 Ogos 1959. m/s. 6. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
- ^ "All the Federal Election Results" [Semua Keputusan Pilihan Raya Persekutuan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Free Press. 20 Ogos 1959. m/s. 9. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
Pautan luar
sunting- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-04-29.