Kongres Benua Pertama
Kongres Benua Pertama (bahasa Inggeris: First Continental Congress ) merupakan persidangan 12 utusan dari tiga belas jajahan British di Amerika Utara. Persidangan yang pertama telah diadakan di Philadelphia pada bulan September 1774 sebagai tindak balas kepada pelulusan Akta-akta Tak Terderita yang diperkenalkan oleh Parlimen British. Kongres ini dihadiri oleh 56 ahli yang dilantik oleh badan perundangan 12 daripada 13 koloni kecuali Georgia. Kongres bertemu untuk membincangkan tindakan seterusnya, boikot perdagangan dengan British, menyenaraikan hak dan sungutan mereka, dan petisyen kepada Raja George untuk menangani sungutan mereka.
Kongres ini tidak berjaya membatalkan penguatkuasaan Akta-akta Tak Terderita (Intolerable Acts). Rayuan mereka kepada Monarki tidak berkesan dan Kongres Kontinental Kedua bersidang pada tahun berikutnya untuk mengerah tentera dan bersiap sedia untuk berperang.
Secara ringkas
suntingSetiap koloni iaitu 13 koloni telah menghantar wakil kecuali Georgia, dan ini secara tidak langsung telah menunjukkan perpaduan yang pertama di antara 13 koloni ini. Tokoh penting dalam persidangan ini ialah John Adams, Patrick Henry, George Washington, Samuel Adams dan Roger Sheeman. John Adams dari Massachusetts ,Patrick Henry dari Virginia telah memberi pendapat bahawa pihak parlimen tiada hak ke atas pemerintahan koloni. Pada awalnya mereka telah bertindak secara aman iaitu dengan membentuk satu jawatankuasa perhubungan (jawatankuasa koresponden) iaitu wakil membawa surat kepada raja bahawa menerima pegawai British dalam perdagangan koloni tetapi mestilah membatalkan undang-undang yang telah diluluskan sejak tahun 1763 lagi yang tidak diterima oleh penduduk koloni sebelum ini. Selain itu mereka juga mengisytiharkan penentangan terhadap British iaitu dengan memboikot barangan British dan memutuskan semua bentuk perdagangan dengan British di Boston. Manakala sesetengah Patriot telah membakar barangan British dan barangan mereka yang tidak sama turut serta dalam pemboikotan tersebut. Tindakan dari penduduk ini telah menyebabkan barangan import dari England jatuh merosot. Keadaan ini menyebabkan Raja George III telah menghantar tentera ke Amerika bagi memaksa penduduk koloni mematuhi akta yang telah diperkenalkan.
Rentetan ini telah membawa tindakan penduduk kepada bantahan secara bersenjata. General British di Boston iaitu Thomas Gaye menyatakan penduduk memperoleh senjata seperti ubat peledak dari Concord, Massachusetts dan lain-lain tempat.Ini menyebabkan beliau telah meminta supaya menhantar tentera seramai800 orang untuk menghentikan bantahan ini .Namun begitu tindakan penduduk disebabkan akta yang terlalu menekan ini meyebabkan British kalah kemudianya. Usaha-usaha ini rupanya tidak dapat mengubah dasar British.
Kongres Kedua diadakan pada 10 May 1775 di Philadelphia. Di antara tokoh penting adalah Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson. Kongres ini telah menyusun satu angkatan tentera yang diketuai oleh George Washington dari Virginia, angkatan ini dikenali sebagai Tentera Kontinental. Ia disusun pada 14 Jun 1775 yang bertanggungjawab terhadap 13 koloni. Namun begitu Kongres ini masih mengharapkan keamanan dengan menghantar wakil kepada George 111 tetapi telah ditolak.
Berdasarkan “Articles of Confederation” menyebabkan wakil-wakil persidanagn ini bertindak sebagai kerajaan ke atas 13 jajahan di Amerika diperintah dibawah bentuk Konfederasi di antara tahun 1776 hingga 1781 yang telah disokong oleh perancis .abertujuan untuk memperoleh kebebasan dan kemerdekaan bagi setiap negara ,melengapi struktur pemrintahan ,kongress ada kah menentukan perang dan keamanan,menggerakkan perkhidmatan pos, duit syiling dan menyelesaikan masalah dengan orang-orang Indian. sepertimana yang dinyatakan oleh David: ” ....set up limited national court,conduct war, coin money, regulate Indian affair and appropriate funds.”
Namun begitu kerajaan yang mengamalkan bentuk pemerintahn ini mengalami masalah serius terutama dalam masalah perselisihan diantara 13 jajahan tadi dalam hal sempadan dan perdagangan. . Dalam tempoh ini tiada perkembangan yang berkesan berlaku dan merupakan tempoh kritikal bagi Amerika. Ini kerana Organisasi pusat yang mempunyai kuasa terhad bukan saja dalam pemerintahan bahkan dalam perdagangan di mana pemerintah pusat tiada hak untuk mengawal perdagangna di semua negara dimana setiap negara mempunyai undang-undang sendiri boleh meletakkan cukai yang tinggi keatas barangan diantara 13 jajahan tadi. Ini menyebabkan pemerintah pusat menjadi lemah kerana tidak dapat memperoleh pendapatan dari negara-negara tersebut hanya peroleh pendapatan dari cuaki perkhidmatan mail . Oleh kerana itu tiada pembaharuan yang dapat dibuat apatahlagi memberi modal kepada bidang ketenteraan dan segala program yang dijalankan oleh negeri jajahan tersebut. Kerajaan ini juga menghadapi masalah membayar hutang dari peperangan termasuk gaji tentera dan masalah orang asing.
Walaupun perjanjian perdamaian di Paris pada tahun 1783 telah terlaksana yang mengemukakan syarat-syarat bagi mendamaikan British dan Amerika. Dalam perjanjian ini British mengesahkan kemerdekaan 13 jajahan, menyerahkan wilayah-wilayah di Barat, mengarahkan supaya angkatan tentera darat dan laut British meninggalkan Amerika dan memulangkan Florida kepada Sepanyol. Manakala Amerika bersetuju membayar gantirugi kepada pihak yang setia kepda pemerintah British. Selain itu kedua-kedua negara ini boleh berdagang di lautan Mississppi dan di kawasan New FoundLand dan Nova Scotia. Didapati Amerika masih menghadapai masalah yang kritikal yang melibatkan hal-hal ekonomi .Oleh itu beberapa perubahan telah dilakukan yang akhirnya mereka telah bersama-sama membentuk satu pengisytiharan kemerdekaan.