Kompleks Islam Putrajaya

bangunan pentadbiran agensi Islam di Putrajaya, Malaysia

Kompleks Islam Putrajaya merupakan kompleks bangunan pentadbiran bagi agensi kerajaan Malaysia yang terletak di pusat pentadbiran persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kompleks Islam Putrajaya terletak di Presint 3, Putrajaya dan bermotifkan seni bina Islam moden. Ia terdiri daripada empat blok iaitu Blok A, B, C dan D. Ia telah dirasmikan pada 18 Julai 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak[1].

Kompleks Islam Putrajaya
Map
Maklumat umum
JenisBangunan pentadbiran Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaIslamik
LokasiPutrajaya, 62000 Sunting nilai ini di Wikidata
Bandar/pekanPutrajaya
NegaraMalaysia
Koordinat2°55′1.502″N 101°40′56.014″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermulaOktober 2011
Disiapkan padaJulai 2016
PembukaanDisember 2016
Reka bentuk dan seni bina
JuruteraTH Properties
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah pembinaan

sunting

Kompleks Islam Putrajaya mula dibina pada Oktober 2011 di Presint 3, Putrajaya. Pembinaannya siap sepenuhnya pada Julai 2016 dan mula beroperasi pada 1 Disember 2016. Blok pejabat yang dinamakan sebagai Kompleks Islam Putrajaya dibina oleh TH Properties di atas tapak yang berkeluasan 2.21 hektar. Kompleks Islam Putrajaya yang bermotifkan seni bina Islam moden terdiri daripada empat blok iaitu Blok A, B, C dan D. Kompleks ini menempatkan sembilan agensi agama di bawah portfolio Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri. Blok A, C dan D dihubungkan dengan jejantas yang berada di tingkat dua di setiap blok. Bangunan ini juga mempunyai auditorium bawah tanah dan mampu menampung kira-kira 773 orang[1].

Perasmian

sunting

Kompleks Islam Putrajaya telah dirasmikan pada 18 Julai 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kompleks Islam Putrajaya menampilkan seni bina Islam yang mempunyai nilai estetika tersendiri, progresif dan berteknologi terkini. Gerbang di atas bumbung menunjukkan keindahan geometri yang menampilkan lengkungan berbentuk seperti “tenunan bumbung”[1].

Peranan

sunting

Kompleks Islam Putrajaya berperanan secara signifikan sebagai mercu tanda dan kesinambungan kepada kegemilangan pentadbiran Islam. Dengan pemusatan agensi agama dalam satu kompleks, hasrat kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan dapat dipertingkatkan. Urusan hal ehwal Islam seperti permohonan sijil halal, urusan haji dan umrah, perkhidmatan kewangan dan perbankan Islam dan urusan kekeluargaan Islam dapat disampaikan kepada pelanggan dengan lebih mudah dan cepat[1].

Keunikan seni bina

sunting

Keunikan façade bangunan Kompleks Islam Putrajaya yang bermotifkan “Islamic trellis” membentuk jalinan renda memberikan pencahayaan semula jadi dan mengurangkan silau. Bangunan ini berkonsepkan cahaya, ketelusan dan dinamik. Diilhamkan daripada perumpamaan “nur” iaitu cahaya sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah An-Nur ayat 35. Kanopi utama dengan reka bentuk seperti separa kubah berstruktur keluli, secara halus memberi tafsiran perhiasan Islam dekoratif muqarnas (hiasan tiga dimensi). Konsep bangunan KIP dibina bertujuan untuk merealisasikan persekitaran bekerja yang lebih luas dan selesa. Di ruang masuk utama disediakan kawasan bertutup atau berbumbung bagi kemudahan keluar masuk pengguna. Lobi utama atau kawasan orang awam direka bentuk dengan ketinggian (double volume height) agar tampak lebih luas dan membolehkan pencahayaan serta pengaliran udara yang mencukupi. Kemudahan akses bagi orang kelainan upaya disediakan di setiap kawasan strategik[1].

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani; Haji Zakaria bin Othman (2018). Mercu Tanda Risalah JAKIM (PDF). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 154–187.