Koloni Sungai Swan
Koloni Sungai Swan merupakan hak milik koloni British yang diwujudkan pada tahun 1829 di tepian Sungai Swan, bahagian barat Australia. Nama asalnya ialah pars pro toto untuk barat Australia. Pada tahun 1832, koloni British telah menamakannya semula dengan nama Koloni Barat Australia oleh Laftenan Gabenor Kapten James Stirling. Namun istilah Koloni Sungai Swan tetap menjadi sebutan orang ramai beberapa tahun kemudian.
Penjelajahan Eropah
suntingKali pertama direkodkan orang Eropah ternampak darat di mana terletaknya Perth kini dan yang terlihatnya ialah pelayar Belanda. Kemungkinan besar pengunjung pertama ke kawasan Sungai Swan ialah Frederick de Houtman pada 19 Julai 1619, di atas kapal-kapal Dordrecht dan Amsterdam. Rekodnya menunjukkan beliau mula sampai di pantai Australia Barat di latitud 32°20' yang akan bersamaan dengan Rottnest atau hanya selatan situ. Beliau tidak mendarat kerana ombak ganas, jadi menuju ke utara tanpa banyak penyiasatan.[1]
Pada 28 April 1656, Vergulde Draeck (Gilded Dragon) dalam perjalanan ke Batavia (kini Jakarta) telah karam 107 km utara Sungai Swan berhampiran Ledge Point. Daripada 193 orang di atas kapal, hanya 75 berjaya ke pantai. Bot kecil yang terselamat kemudian belayar ke Batavia untuk meminta pertolongan tetapi sebuah kumpulan pencarian berikutnya mendapati tiada yang terselamat. Bangkai kapal itu ditemui semula pada tahun 1963.[2]
Pada tahun 1658, tiga buah kapal Republik Belanda, yang juga sebahagiannya mencari Vergulde Draeck melawat kawasan itu. Waekende Boey di bawah Kapten S. Volckertszoon, Elburg di bawah Kapten J. Peereboom dan Emeloort di bawah Kapten A. Joncke terlihat Rottnest tetapi tidak menghampiri lebih dekat dengan tanah besar kerana terdapat banyak terumbu. Mereka kemudian mengembara ke arah utara dan kemudiannya menemui bangkai Vergulde Draeck (tetapi masih tiada yang terselamat). Mereka memberi pendapat sebahagiannya disebabkan oleh terumbu berbahaya.[1]
Kapal pertama yang berjaya berlabuh di Sungai Swan ialah HMS Challenger. Selepas sauh dilabuhkan berhampiran Garden Island pada 25 April 1829. Kapten Charles Fremantle dari Tentera Laut Diraja British, mendeklarasikan Sungai Swan diserahkan kepada Koloni British pada 2 Mei 1829.
Ekspedisi kedua pula disusuli oleh kapal Parmelia yang membawa rombongan Kapten James Stirling pada 31 Mei 1829. Kemudian kapal HMS Sulphur pula berlabuh pada 8 Jun 1829. Dalam masa yang singkat tiga buah kapal berlabuh di Sungai Swan antaranya Calista pada 5 Ogos 1829, St. Leonard pada 6 Ogos 1829 dan Marquis Anglesea pada 23 Ogos 1829.
Kapten Belanda Willem de Vlamingh ialah orang Eropah seterusnya di kawasan itu. Memerintah tiga buah kapal, Geelvink, Nyptangh and Wezeltje, beliau tiba dan menamakan Rottnest pada 29 Disember 1696, dan pada 10 Januari 1697 menemui dan menamakan Sungai Swan. Kapal-kapal beliau tidak dapat belayar ke hulu sungai kerana timbunan pasir pada muaranya, jadi beliau menghantar sebuah sekoci yang walaupun begitu memerlukan beberapa orang menyeret di atas pasir. Mereka berlayar sehingga sampai ke hamparan lumpur mungkin berhampiran Pulau Heirisson. Mereka melihat beberapa orang asli tetapi tidak dapat berjumpa secara rapat. Vlamingh juga tidak tertarik dengan kawasan itu, dan ini mungkin punca kekurangan penerokaan Belanda selepas itu.[1]
Lihat juga
suntingNota kaki
sunting- ^ a b c Appleyard & Manford, 1979
- ^ "Shipwrecks Audio Transcript : Gilt Dragins & Elephant Tusks". ABC online. 2003. Dicapai pada 2009-02-14.
Rujukan
sunting- Appleyard, R. T. and Manford, Toby (1979). The Beginning: European Discovery and Early Settlement of Swan River Western Australia, University of Western Australia Press. ISBN 0-85564-146-0.
- Fornasiero, Jean; Monteath, Peter and West-Sooby, John. Encountering Terra Australis: the Australian voyages of Nicholas Baudin and Matthew Flinders, Kent Town, South Australia,Wakefield Press,2004. ISBN 1-86254-625-8
- Goulding, Dot (2007) Recapturing Freedom: Issues Relating to the Release of Long-term Prisoners Into the Community. (Hawkins Press). ISBN 978-1876067182
- Marchant, Leslie R. France Australe : the French search for the Southland and subsequent explorations and plans to found a penal colony and strategic base in south western Australia 1503-1826 Perth : Scott Four Colour Print, c1998. ISBN 0-9588487-1-8
- Marchant, Leslie R. French Napoleonic Placenames of the South West Coast, Greenwood, WA. R.I.C. Publications, 2004. ISBN 1-74126-094-9
- Straw, Leigh S.L. A Semblance of Scotland: Scottish Identity in Colonial Western Australia, The Grimsay Press, 2006. ISBN 9781845300326
- Toft, Klaus The Navigators - Flinders vs Baudin, Sydney, Duffy and Snellgrove, 2002. ISBN 1-876631-60-0
Pautan luar
suntingJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.