Frederick de Houtman
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Belanda. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Frederick Pietersz de Houtman[1] (s. 1571 – 21 October 1627) adalah seorang penjelajah dan pengemudi Belanda yang terlibat dalam rombongan jelajah pertama Belanda ke kepulauan Melayu/Nusantara buat pertama kalinya dari 1595 hingga 1597. Beliau adik kepada Cornelis de Houtman, seorang penjelajah yang serombongan berjaya menghubungkan suatu laluan rempah untuk pihak Belanda kepada kepulauan Melayu lalu berjaya menggugat monopoli dagang rempah dikuasai Empayar Portugis di sana.
Frederick de Houtman فريديريک دي هاوتمن | |
---|---|
Gubernur Maluku | |
Dalam jawatan 11 Julai 1621 – 25 Februari 1623 | |
Didahului oleh | Laurens Reael |
Digantikan oleh | Jacques le Fèbre |
Gubernur Amboyna | |
Dalam jawatan 1 Mac 1605 – 18 Februari 1611 | |
Didahului oleh | Jawatan didirikan |
Digantikan oleh | Caspar Janszoon |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Frederik de Houtman tidak diketahui, s. 1571 Gouda, Tujuh Belas Provinsi |
Mati | 21 Oktober 1627 Alkmaar, Republik Belanda | (umur 55–56)
Pasangan | Vrouwtje Cornelisdr Clock |
Saudara | Cornelis de Houtman (abang) |
Pekerjaan | Penjelajah, pengemudi, gabenor |
Majikan | |
Penjelajahan | |
Beliau terkenal sebagai pengarang pertama kamus bahasa Melayu kepada bahasa Belanda pada mula abad ke-17.
Awal hidup
suntingDe Houtman lahir di Gouda. Beliau seorang dari tiga adik-beradik selain Cornelis (lahir 1565) dan Stijntje (lahir 1562); beliau dinamakan sempena datuk sebelah ibunya.[1] Datuk sebelah bapanya seorang pedagang balak.[2]
Kerjaya
suntingPelayaran ke Hindia Timur
suntingBeliau menyertai penjelajahan Syarikat Hindia Timur ke kepulauan Melayu/Nusantara 1595 hingga 1597 sebagai pembantu Pieter Dirkszoon Keyser melakukan pencerapan falak di sana.[3]
Adik-beradik Houtman memulakan pelayaran kedua mereka ke kepulauan Melayu pada 1598. Di situ rombongan mereka bertelagah dengan tentera laut kesultanan Banten dalam perjalanan mereka ke Aceh. Di Aceh, abangnya Cornelis terlibat dalam suatu insiden di mana Cornelis menunjukkan langkah yang dianggap kurang ajar atau angkuh di hadapan Sultan Alauddin al-Qahhar Riayat Syah; rombongan mereka diserang balatentera Inong Balee pimpinan Keumalahayati yang mengorbankan banyak pelayar dan askar itu termasuk Cornelis. Frederick antara yang terselamat dipenjarakan di Banda Aceh selama 2 tahun dari September 1599 hingga Disember 1601.
Kembalinya ke Belanda
suntingBeliau meninggal dunia di Alkmaar pada 21 Oktober 1627.[1] Mayatnya disemadikan di perkarangan gereja Protestan Santo Laurentius (Sint-Laurenskerk).[2]
Sumbangan
suntingSepanjang penahanan beliau selama 2 tahun di Aceh, beliau mengambil peluang mengumpul banyak maklumat berkaitan kawasan jelajahnya termasuk mencatatkan bahasa setempat dituturkan mereka.
Perkamusan Melayu
suntingBeliau mengumpul dan menyusun perbendaharaan kata bahasa Melayu di Aceh meliputi banyak bidang dari banyak rakan setahanan beliau dengan bantuan seorang jurubahasa bernama "Pak Kamis" dikatakan berasal dari Luxembourg yang berkhidmat dengan armada Portugis dan Belanda. Laras bahasa Melayu yang dicatatkan beliau dalam sistem Rumi dikembangkan sendiri berdasarkan pencerapan mendengar bahasa tersebut dituturkan di Banda Aceh; yang mana banyak kosakata dari bahasa-bahasa Arab dan Turki diserap ke dalam jenis bahasa Melayu ini. Kamus ini dicetakkan kemudian tidak lama selepas beliau kembali ke Eropah tahun 1601; kosakata bahasa Belanda dalam rupa huruf patah atau Gotik digandingkan dengan kosakata Melayu yang dicetak berupa huruf biasa.[4]
Kamus ini dirahsiakan penggunaannya dalam kalangan pegawai Syarikat Hindia Timur buat seketika masa sebelum ia akhirnya disebarkan melalui terjemahan dalam Inggeris, Perancis dan Jerman yang menjadi barang wajib kelasi yang ingin berlayar ke Asia Tenggara seterusnya "membuka jendela Nusantara bagi bangsa Eropa[h]" terutamanya di mata pihak Belanda yang meneruskan peluasan taklukan dan pengaruh di rantau kepulauan ini berabad-abad kemudian.[4]
Pencerapan bintang
suntingFrederick melakukan pencerapan langit baharu semasa duduk di Aceh ini melanjut dari kerja dahulu dilakukan bersama Pieter Keyser dalam penjelajahan pertama mereka di kepulauan ini. Pengemaskinian kajian falak ini termasuk lakaran buruj-buruj baharu mula disebarkan dahulu kepada Petrus Plancius, seorang pemeta Flanders, dalam sebiji glob dihasilkan beliau antara 1597–1598;[5] sekaligus menjadi sumbangan bersama ketiga-tiga mereka.[3] Pemerhatian falak Frederick turut dilampirkan dalam kamus Melayu-Malagasi beliau.[6]
Sebanyak 12 rasi atau buruj utama yang ditemukan beliau dalam pencerapan baru ini lalu diperkenalkan dalam pernajaman Barat iaitu:[7]
Rujukan
sunting- ^ a b c Gomes, Rob (1 September 2022). "Frederick Pietersz Houtman". Geneanet (dalam bahasa Belanda).
- ^ a b Dam, M.J. van (1998). Cornelis en Frederick de Houtman van Gouda, pioniers van de vaart op Oost-Indië (PDF) (dalam bahasa Belanda). m/s. 68, 88. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12. Dicapai pada 2022-09-01.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ a b Kanas 2012, m/s. 119.
- ^ a b Yudi Anugrah Nugroho (11 Februari 2015). "Kamus dari Penjara Sultan". Historia. Dicapai pada 1 September 2022.
- ^ Dekker 1987, m/s. 439–470.
- ^ De Houtman 1603.
- ^ Ridpath, Ian. "Frederick de Houtman's Catalogue". Star Tales. self-published. Dicapai pada 30 May 2016.
- Sumber utama
- De Houtman, F. (1603). Spraeck ende woord-boeck (dalam bahasa Belanda). Amsterdam: Cloppenburgh. OCLC 68675342.
- Dekker, E. (1987). "Early exploration of the southern celestial sky". Ann. Sci. 44 (5): 439–470. Bibcode:1987AnSci..44..439D. doi:10.1080/00033798700200301.
- Kanas, N. (2012). Star Maps: a history, artistry, and cartography. New York: Springer. ISBN 9781461409168.
- Lohuizen, J. Van (1966), "Houtman, Frederik de (1571–1627)", Australian Dictionary of Biography, Canberra: National Centre of Biography, Australian National University
Pautan luar
sunting- Kamus dwibahasa Belanda-Melayu dan Belanda-Malagasi dikarang beliau kelolaan Universiti Utrecht